Total Pageviews

Thursday 22 May 2014

Pantang Anak Melayu

Madah pujangga: Pantang Anak Melayu berundur sebelum ajal

Mim Lam Alif  Ya Wau Itulah nama nya,
Melayu yang mempunyai seribu makna
Hakikat Melayu adalah Usul Agama.
Supaya melayu tak lupa tujuan nya.

Melayu sifatnya halus dan berbudi bahasa,
Tiada bangsa serupa dengannya,
Mengikut sunnah nabi utama,
Itulah sifat Muhammad yg diwarisinya.

Melayu itu berani orangnya,
Tajam fikirnya melihat petanda,
Amalannya ikhlas kepada yang maha kuasa,
Berfikiran waras jauh pandangannya.

Menjadi MELAYU bukannya mudah,
Banyak perjalanan perlu diredah,
Membawa diri utk bersyahadah,
Agar keyakinan tiada gundah.

Bila diri telah bersyahadah,
Di bahu pula terpikul amanah,
Tunaikan ia bersama Jemaah,
Agar Amanah terlaksana indah.

Nasihat menasihati jgn disanggah,
Fahsyak & mungkar perlu ditegah,
Hidup berkasih sayang tingkatkan Ukhwah,
Kerana di situ adanya amanah.

Korbankan Masa ,tenaga, harta & kehidupan,
Alquran dan hadis sebagai rujukan,
Utk berjuang menjadi benteng paling hadapan,
Demi allah dan rasul kami turutkan.

Melayu oh melayu,
Jejakilah semula jln usul sirahmu,
Banyak rahsia perlu ditahu,
Buat bekalan didalam perjuangan mu.

Tanya pada diri ingatlah mati,
Tepuk dada tanyalah iman,
Agar melayu terus menjadi,
pejuang agama umat akhir zaman.

Ahmad Shuaib Ismail

No comments:

Post a Comment