Total Pageviews

Tuesday 15 March 2016

ke arah perpaduan ummah siri 1

kearah perpaduan ummah  umno Pas

Hasil perbincangan dengan wakil ulama Pas kedah dan Beberapa Tuan Guru pondok di Sungai Petani Kedah

antara cadangan bersama

1. Apabila mendengar azan, segeralah mendirikan solat walau dalam keadaan apa sekali pun.

2.   Bacalah al-Qur’an, tatapilah buku-buku, pergilah mendengar perkara-perkara yang baik, amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah.

3.   Berusahalah sedaya upaya untuk berpolitik dengan aman harmoni 

4.   Janganlah banyak bertengkar kerana pertengkaran kosong tidak mendatangkan kebaikan.

5.   Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.   Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7.   Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang diperlukan oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring adalah resmi yang sia-sia dan boleh menyakiti hati orang.

8.   Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan mengecam sesebuah parti ; dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.

9.   Berkenal-kenalanlah dengan setiap  Rakyat  Malaysiayang ditemui walaupun dia tidak meminta saudara berkenalan dengannya… asas gerakan Umno Pas ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.  Kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada; oleh itu tolonglah saudaramu agar mereka dapat menggunakan masa dengan berfaedah; dan jika anda mempunyai tugas sendiri, ringkaskanlah pelaksanaannya.

Ahmad Shuaib Ismail

15 Mac 2016-

sg petani Kedah Darul Aman

No comments:

Post a Comment