Total Pageviews

Tuesday 17 November 2015

Fakta rakyat Malaysia perlu tahu- pemimpin Pembangkang ramai buat fitnah kemudian minta maaf

Fakta yang rakyat Malaysia wajib tahu πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡Ύ

1. Ahli Parlimen PKR Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md Akin FITNAH Jamil Khir Baharom guna duit zakat untuk biayai kos guaman Menteri dalam kes qazaf Anwar Ibrahim. Jamil Khir bawa ke mahkamah. Setelah fitnah berjalan begitu jauh, akhirnya Shamsul mengaku bersalah dan mohon maaf. 

2. Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah FITNAH bekas Menteri, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin sehari sebelum PRU 13 berhubung isu pembelian tanah di Bukit Kiara. Reputasi merudum, Raja Nong Chik kalah di Lembah Pantai pada PRU 13. Fitnah bermaharajalela tanpa sempadan. Kesudahannya, kes dibawa ke mahkamah. Nurul Izzah mengaku bersalah dan mohon maaf. 

3. Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli FITNAH isteri PM, Rosmah Mansor beli cincin bernilai RM24 juta. Setelah dibawa ke mahkamah, Rafizi kata, dia hanya bergurau. Penipuan merebak begitu cepat dan pantas. Bagi Rafizi 'Rosmah beli cincin RM24 juta hanyalah gurauan'. Rafizi mengaku bersalah dan mohon maaf. 

4. Ahli Parlimen PKR Batu, Tian Chua FITNAH bahawa UMNO terlibat merancang konspirasi pencerobohan di Lahad Datu. Masuk mahkamah, Tian Chua mengaku bersalah dan minta maaf kepada UMNO. 

5. Bekas MB Perak, Nizar Jamaluddin FITNAH Perdana Menteri, Najib Razak kononnya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dipanggil untuk siap siaga berbuat sesuatu jika BN kalah pilihan raya umum. Nizar mengaku salah dan mohon maaf. 

6. Kini, setelah tempoh 24 jam tamat, Jamil Khir tampil membuat laporan polis terhadap Ketua Cabang PKR Johor Bahru, Akmal Nasir berhubung isu perbelanjaan YAPEIM. Kali ini bagaimana? Fitnah! Mangsa buat laporan polis! Jadi kes mahkamah bertahun lamanya! Berakhir dengan mohon maaf. Episod apakah ini?

Sekian 

ASI - 17/11/2015

No comments:

Post a Comment