Total Pageviews

Thursday 17 September 2015

Sultan Johor murka isu perkauman - rujukan kepada perlembagaan Malaysia

Analisa dari perundangan dan perlembagaan persekutuan Malaysia tentang titah murka sultan Johor kepada perbuatan menghasut ke arah perkauman. 

DYMM sultan Johor murka dan arah polis tangkap di Johor siapa terlibat perhimpunan bersifat perkauman dan arah keluar dari Johor . 

Adakah ia terjatuh dibawah seksyen 4 akta hasutan apabila seseorang mempertahankan hak dijamin dibawah perlembagaan persekutuan dan adakah menjadi satu kesalahan apabila seseorang Melayu bangkit menentang amalan penghinaan terhadap Islam seperti dilakukan oleh alvin tan dan seangkatan ? 

Soalan : siapa yang mulakan dahulu menghina agama orang lain dan mempertikaikan hak hak rakyat yang dijamin dibawah perlembagaan persekutuan ? 

Polis terletak bawah kuasa persekutuan bukan kuasa Negeri dan bertindak bagi pihak kerajaan Persekutuan Malaysia atas nama yang di-Pertuan Agong 

Istilah Bangsa Johor adakah membawa istilah rasis untuk membezakan rakyat Melayu Cina India iban Kadazan yang tinggal lahir di negeri negeri selain Johor ? 

Di Malaysia kita atas nama bangsa Malaysia merujuk kepada rakyat Malaysia bukan ikut negeri masing masing 

Rujuk link ini 

http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/keluar-johor-jika-amal-perkauman-titah-sultan-1.431547

Malaysia ada lagi 8 raja raja Melayu yang tiada menitahkan apa apa pun pasal perhimpunan seperti perhimpunan Merah Melayu bersifat perkauman iaitu 

Sultan Selangor sultan Perak sultan Kedah sultan Perlis sultan Kelantan sultan Pahang sultan negeri sembilan sultan Terengganu tiada pernah pun bertitah :- 

Bangsa Terengganu bangsa Kedah bangsa Pahang bangsa negeri sembilan dan lain lain sebab :- 

8 sultan negeri diatas berpegang prinsip persekutuan Malaysia gabungan 14 negeri Malaysia termasuk Sabah Sarawak dan memakai istilah rakyat negeri masing masing dan istilah rakyat negeri merujuk kepada rakyat Malaysia tanpa kira kaum 

Maka kita pakai istilah mudah tanpa membezakan 14 negeri dalam Malaysia iaitu 

Kami rakyat Malaysia  

Kami anak Malaysia

Kami cinta Malaysia 

Kami bangsa Malaysia


ASI Universiti rakyat 17 September 2015

No comments:

Post a Comment