Total Pageviews

Thursday 11 June 2015

11 Jun tarikh kemusnahan Pakatan Rakyat

11 Jun 2015 - tarikh kemusnahan pakatan rakyat " Pas pembunuh Pakatan Rakyat " 

YB lim kit siang jelas menyatakan Pas pembunuh pakatan rakyat 

KUALA LUMPUR – Tiada cara lagi untuk mengelakkan realiti bahawa pakatan rakyat sudah musnah.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, keputusan pemilihan PAS baru-baru ini yang telah memusnahkan pakatan rakyat.

“Tiad acara untuk mengelak realiti bahawa barisan pimpinan baharu PAS pada Muktamar PAS Ke-61 telah membunuh pakatan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kit Siang berkata, keputusan muktamar meluluskan usul memutuskan kerjasama dengan DAP tetapi terus berada dalam pakatan rakyat juga tidak munasabah.

Menurutnya, adalah mengarut untuk mempercayai bahawa pakatan rakyat masih kekal selepas keputusan PAS tersebut.

Golongan pro-ulama yang diketuai Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyapu bersih jawatan utama dalam pemilihan pucuk pimpinan baru PAS di samping menguasai sepenuhnya teraju Dewan Pemuda dan Muslimat parti itu.

Abdul Hadi juga berjaya mengetepikan pencabarnya Ahmad Awang untuk mengekalkan jawatan presiden PAS, dengan memperolehi kira-kira 80 peratus daripada 1,160 undi.

Timbalan barunya adalah Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang memperoleh 76 peratus undi, untuk menewaskan penyandang dua penggal jawatan itu, Mohamad Sabu.

Manakala tiga penyandang jawatan naib presiden Datuk Husam Musa, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar tersingkir.

Bagi 18 jawatan jawatankuasa pusat pula, hanya seorang calon pilihan Abdul Hadi yang gagal, iaitu Kamaruzaman Mohamad.

Suhaizan pula tewas kepada Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dalam usahanya mengekalkan jawatan Ketua Pemuda PAS.

No comments:

Post a Comment