Total Pageviews

Sunday 31 May 2015

Sembang Undang Undang bersama ASI - isu penyewaan tanah ToL

Sembang undang undang bersama ASI 

Isu tanah sewa hubungan kontrak antara penyewa dan tuan empunya 

Kajian kes - penyewaan tanah Tol 

1- kebiasaan sewa di Malaysia dalam bentuk barang fizikal seperti tanah rumah kereta 

2- ada jenis sewa beli ada jenis sewa cara pajakan dan lain lain 

Kita tumpukan topik kepada penyewaan tanah tol 

3- tanah tol adalah hak milik sementara seseorang kepada pejabat tanah atau hak milik kerajaan negeri atau nama lesen duduk sementara 

            Hakim Suffian dalam kes Fatimah lwn Moideen Kutty[6] menyebut mengenai status tanah itu dan status orang yang diberi Lesen Pendudukan Sementara. Beliau menekankan, antara lain,

“Sebelum sahaja tanah itu diberi Lesen Pendudukan Sementara …, tanah berkenaan adalah tanah negeri. Selepas diberi Lesen Pendudukan Sementara, tanah itu masih tanah negeri tetapi… (orang itu) … ada suatu lessen untuk mendudukinya secara sementara.”

4- antara syarat utama tanah tol ialah tidak boleh disewakan kepada pihak ketiga dan tanah tol kebiasaan diberi ikut budi bicara pihak berkuasa negeri kerana urusan tanah bawah kuasa negeri

Apakah yang Dikatakan Lesen Pendudukan Sementara?

5- Dalam kes Papoo lwn Veeriah, Hakim Good ada menyebut, antara lain: 

“Suatu Lesen Pendudukan Sementara adalah tepat tersirat seperti namanya. Ia suatu lesen untuk menduduki dan tidak lebih daripada itu.”

Prasyarat Pemberian Lesen Pendudukan Sementara

6- Prasyarat ialah takat atau had yang perlu diperhatikan sebelum pihak berkuasa negeri boleh member Lesen Pendudukan Sementara. Peruntukan undang-undang yang berkaitan dengan hal ini ialah seksyen 65 Kanun Tanah Negara yang perlu dibaca bersama-sama syarat-syarat yang diperuntukan oleh subseksyen (2) kepada seksyen 42 Kanun Tanah Negara. Peruntukan seksyen 42 Kanun Tanah Negara 1965 adalah seperti berikut:

7- Seksyen 42. Kuasa Untuk Melupuskan


(2) Tiada apa yang terkandung di dalam Akta ini yang membolehkan Pihak Berkuasa Negeri-

(a) melupuskan mana-mana tanah bagi maksud perlombongan (dalam ertikata takrif di bawah Enakmen Perlombongan);

(b) membenarkan pengambilan atau mengalih batu batan dari mana-mana tanah bagi maksud mendapatkan logam atau mineral daripadanya;

(c) untuk melupuskan mana-mana tanah bagi maksud mengalih hasil hutan daripadanya; atau

(d) memberimilik mana-mana tanah yang menjadikan kesannya tanah itu menjadi kurang daripada dua-perlima hektar bagi tanah kategori “pertanian” atau mana-mana syarat yang menghendaki ia digunakan untuk pertanian dimiliki oleh mana-mana orang atau badan, dengan syarat Pihak Berkuasa Negeri, dalam keadaan terkecuali, memberikan milik tanah tersebut kepada lebih daripada seorang atau badan tanpa mengira sama ada ianya kurang daripada dua-perlima ekar.


Menurut seksyen 42(2) Kanun,pihak berkuasa negeri dilarang menberi Lesen Pendudukan sementara untuk tujuan perlombongan dan untuk tujuan mengambil hasil hutan.
            Seksyen 3(2) Akta (Kawasan-kawasan Penempatan Berkelompok) 1960, melarang Pihak Berkuasa Negeri menberi Lesen Pendudukan Sementara tanah negeri yang telah ditandakan dalam Warta sebagai kawasan penempatan berkelompok. Lesen Pendudukan Sementara juga tidak boleh lagi dikeluarkan bagi tanah yang dirizabkan untuk Orang Asli. Walau bagaimanapun, tanah dalam rizab Melayu boleh diberi Lesen Pendudukan Sementara


9- maka tanah tol tertakluk kepada syarat kerajaan negeri dan jika tanah tol tamat tempoh maka hendaklah dikembalikan kepada kerajaan negeri 

10- tiada pembinaan kekal dibenarkan dibina dan tiada ganti rugi jika kerajaan hendak bil semula tanah berkenaan 

Jadi kesimpulan 

Tanah tol hanya tanah sementara dan kerajaan boleh ambil bila bila masa . 

Sekian 

Ahmad Shuaib Ismail - ASI 

LLB Hons Law DSLA Law syariah . Master in LPW 

31 Mei 2015 

No comments:

Post a Comment