Total Pageviews

Tuesday 12 May 2015

Presiden Pas Secara terbuka sokong Kepimpinan Ds Najib Tun Razak




Presiden Pas Tuan Guru Ds Haji Hadi Awang secara terbuka sokong kepimpinan Ds Najib Tun Razak 

Ke arah kerajaan perpaduan UG Umno - Pas 

Hadi mahu Najib terus kekal sebagai PM

Published: 12 May 2015 1:49 PM
The Malaysian Insider

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersetuju yang Datuk Seri Najib Razak tidak perlu meletakkan jawatan dan perlu diberi peluang untuk menghabiskan penggalnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Mei, 2015.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu Datuk Seri Najib Razak yang diserang hebat kerana skandal membabitkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terus kekal sebagai perdana menteri kerana beliau dipilih menerusi sistem yang adil.

Kenyataan Hadi ini merupakan pertama daripada Pakatan Rakyat (PR) – menyokong Najib yang kini diserang hebat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. 

"Beliau tidak sepatutnya tunduk kepada desakan dan beliau seharusnya diberi peluang untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya," kata Hadi di Kuala Terengganu seperti dilaporkan Mstar Online.

"Saya bersetuju dengan beliau yang beliau tidak perlu meletakkan jawatan dan saya mesti katakan yang beliau seharusnya diberikan peluang untuk menghabiskan penggalnya." – 12 Mei, 2015.
MENYUSUL LAGI

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hadi-mahu-najib-terus-kekal-sebagai-pm#sthash.SxtoehQB.dpuf

No comments:

Post a Comment