Total Pageviews

Monday 25 May 2015

Budaya kafir mengkafir dalam Pas diakui oleh timbalan Presiden Pas Haji Mat sabu

Timbalan presiden Pas haji Mat sabu mengakui sedang wujud budaya kafir mengkafir dalam Pas dan sesama ahli Pas mengkafirkan ahli Pas yang lain 

Sebelum ini terdapat pemimpin Pas yang mengkafirkan UMNO kini sesama ahli Pas kafirkan ahli Pas yang lain 

SERI ISKANDAR - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu hari ini menggesa agar budaya kafir-mengkafir yang kian menular dalam kalangan anggota Pas dibendung segera sebelum ia mencetuskan masalah serius kepada parti.
 
Beliau bagaimanapun menegaskan budaya itu hanya boleh ditangani jika setiap anggota menghormati dan menerima pelbagai perbezaan pandangan yang disuarakan di antara satu sama lain.
    
"Perkara ini cukup berbahaya malah akan menjahanamkan parti sekiranya tidak dibendung dengan baik.  
    
"Kita boleh berhujah, berbeza pandangan tetapi jangan sampai kafirkan satu kumpulan yang lain.  
    
"20 tahun pun belum tentu Pas akan capai tahap sepertimana parti ini berada sekarang sekiranya budaya ini dibiarkan menular.  
    
"Saya dahulu berbeza pendapat dengan Ustaz Abu Bakar Chik (AJK Pas Pusat) tetapi kami boleh duduk bersama dan buat pelbagai program menghadapi Umno dan BN," katanya.
    
Mohamad Sabu menyentuh isu tersebut ketika berucap merasmikan Konvensyen Pas Perak Kali Ke-18 di D'Hotel Seri Iskandar, di sini.
    
Turut hadir Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria; Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Idris Ahmad; dan bekas Pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang.
    
Mohamad Sabu turut mengulas mengenai Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) yang merupakan isu kecil dan Pas sendiri tidak terkesan dengan kewujudan pertubuhan berkenaan.
    
"Banyak lagi masalah yang lebih besar untuk kita fikirkan dan bagi saya Pasma ini perkara kecil dan tidak ada kesannya kepada parti," katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment