Etika ahli UMNO dan penyokong kerajaan dalam media sosial siri 1
Hujahan Peguam isu penyokong PR akan maki hamun caci mencaci apabila menjawab posting kebenaran anda bagi menangkis fitnah buruh hasutan jahat mereka dalam media sosial
1. Apabila kita dimarah atau dimaki, apakah respon yang kita berikan? Jika ikut kata hati, sudah tentu kita akan marah orang tersebut, lagi-lagi dalam perkara yang tidak patut berlaku. Tetapi jika ikut kata iman, kita akan bersabar dan membalas dengan senyuman.
Allah berfirman dalam surah An-Nisa, ayat 148, maksudnya:
"Allah tidak menyukai ucapan buruk (yang diucapkan) dengan terus terang, kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah adalah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui."
2. Dalam tafsir Ibnu Katsir, Ibnu Abbas mengatakan bahawa Allah memberikan keringanan kepada orang yang dizalimi untuk mendoakan keburukan kepada orang tersebut. Jika ia bersabar, maka itu lebih baik baginya.
Dalam hadis riwayat Abu Daud, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Dua orang yang saling mencela, maka dosanya ditanggung oleh orang yang memulainya, selama orang yang dizalimi tidak melampaui batas."
(lafaz hadis ini juga terdapat dalam Sahih Muslim)
Hadis ini menunjukkan dengan jelas bahawa orang yang memulai sesuatu perbalahan atau celaan itu akan menanggung dosa. Manakala orang yang dicela itu dibolehkan membalas, tetapi tidak boleh melampaui batas. Contohnya orang mengutuk kita dengan kata-kata, maka tidak boleh kita membalas dengan menampar mukanya, tetapi cukuplah hanya dengan kata-kata juga.
"Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan atau menyembunyikannya atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Mahakuasa"
-surah An-Nisa, ayat 149-
Kesimpulan
Kita boleh balas makian mereka Macai pencacai bertarat keoala berserban dan berjiwa iblis tetapi bersabar ITU utama kerana
Rakyat akan suka sikap Kita gentleman baik jujur menyampaikan misi parti dalam masa sama menangkis dakyah penipuan mereka
Ahmad Shuaib Ismail
LLB hons Law DSLA Syariah Law
7122014
No comments:
Post a Comment