Total Pageviews

Saturday 20 December 2014

Cadangan heret mereka ke Mahkamah Syariah isu penghinaan kepada Islam

Cadangan perundangan kepada Ngo Ngo Islam seperti Isma Perkasa Pekida dan lain lain buat laporan aduan ke pejabat agama Islam terhadap semua pemimpin pas pkr dap yang beragama Islam yang melakukan kesalahan penghinaan terhadap Islam apabila setuju kalimah Allah dalam bible terjemahan Melayu

Tiba masa kita seret mereka ke Mahkamah Syariah kerana mereka buat kesalahan dibawah seksyen 7 akta kesalahan jenayah Islam dan seksyen sama di setiap negeri

Perlembagaan Persekutuan, Perkara 11(1) menyebut : ‘Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan tertakluk kepada Fasal (4) mengembangkan agamanya’. Fasal (4) menyebut : ‘Undang-Undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, Undang-Undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang yang menganuti agama Islam’. Fasal (4) secara jelas menyatakan bahawa melalui peruntukan Undang-Undang boleh ‘mengawal atau menyekat’ sebarang penyebaran lain-lain agama ke atas orang-orang Islam. Maka pihak berkuasa boleh mengambil apa-apa tindakan yang munasabah untuk memberi efek kepada Fasal (4) tersebut. Dan jika sekiranya tindakan kawalan dan sekatan oleh pihak berkuasa tidak berkesan, tindakan undang-undang dan hukuman yang sewajarnya hendaklah dilaksanakan mengikut kuasa yang telah diberi mengikut Undang-Undang.
Di dalam Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 ada memperuntukkan :

Seksyen 3 – Pemujaan salah
Seksyen 4 – Doktrin Palsu
Seksyen 6 – Dakwaan Palsu
Seksyen 7 – Menghina, atau menyebabkan dipandang hina, dll. agama Islam
Seksyen 8 – Mempersendakan, dll ayat Quran dan Hadis

Masa gunakan kuasa Mahkamah Syariah untuk dakwa mereka yang hina Islam dalam isu kalimah Allah

Ahmad Shuaib Ismail.

No comments:

Post a Comment