Menjawab kenyataan media Biro sosial etika Pergerakkan Pemuda Umno Malaysia dalam isu ini iaitu Tidak perlulah kaitkan atas dasar bangsa Melayu pemilik #CDM25 dengan lelaki tua cina kerana mereka kedua rakyat Malaysia dilindungi hak hak di bawah Perlembagaan
Ini masalah rakyat Malaysia bukan masalah bangsa mana pun.
Mohon media dan masyarakat selepas ini jangan klasifikasikan bangsa seseorang dalam apa jua keadaan dan letak terus mereka sebagai rakyat Malaysia seperti kata 2 bangsa India kemalangan la dua bangsa Melayu ditangkap tiga bangsa cina menerima bantuan tapi letakkan terus nama nama mereka tadi tanpa merujuk pada bangsa atau agama tetapi atas nama dan hak rakyat Malaysia
Sudah sampai masa kita :-
1. Tolong jangan rasiskan letakkan sesuatu perbuatan bangsa . kita anak Malaysia .
2. Melayu ke India ke cina ke iban kadazan ke jika mereka rakyat Malaysia maka letak sebagai rakyat Malaysia .
Tidak perlu lagi letakkan persoalan perbuatan sesuatu bangsa . Bangsa tidak salah apa pun .yang salah individu
Kita berjuang pertahankan rakyat Malaysia tidak kira siapa salah atau betul dan tidak perlu letak lagi perbezaan bangsa serta diskriminasi bangsa lagi
Yang benar
Ahmad Shuaib Ismail
Pemuda Umno Bandar Baru Bangi
No comments:
Post a Comment