Total Pageviews

Wednesday 18 June 2014

Perundangan Islam dalam alternatif akta hasutan

Sistem perundangan Islam adalah sistem terbaik mengantikan akta hasutan 1948 . satu kajian ringkas

Undang undang Syariah adalah undang undang terbaik untuk dijadikan rujukan dalam rang undang undang Harmoni yang dikatakan menggantikan akta hasutan 1948

1. Ramai di kalangan kita mengetahui akan wujudnya undang-undang Syariah di negara kita yang pada dasarnya dijalankan prosidingnya oleh Mahkamah Syariah.

2. Namun ramai yang menyangka bahawa undang-undang Syariah itu hanya bersangkutan dengan perkara-perkara Munakahat semata-mata iaitu nikah-kahwin, cerai-rujuk, hak-hak barkaitan selepas perceraian untuk orang-orang Islam dan tidak lebih dari itu.

3. Adakah undang-undang Syariah itu hanya mencakupi bidang yang terbatas sebagaimana sangkaan ramai orang?

Adakah tidak terpakai dalam kes kes melibatkan perundangan keharmonian kaum dan agama mengantikan akta hasutan ?

3. undang-undang Syariah, yang sebenarnya sangat luas dan menyeluruh baik dari segi pengertiannya mahupun amalan dan perlaksanaannya.
Undang-undang Syariah adalah undang-undang yang bukan ciptaan manusia bahkan ia merupakan undang-undang dari Pencipta iaitu Allah S.w.t yang diperturunkan menerusi Rasul-Nya. Syariah dari segi bahasa membawa maksud “Jalan yang Lurus” sebagaimana Firman Allah S.w.t di dalam Al-Quran,

“Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu jalan yang lurus (Syariah) maka hendaklah kamu mengikutnya. Dan jangan sekali-kali mengikuti nafsu mereka yang tidak mengetahui” (Al-Quran 45:18)

Antara maksudnya juga ialah sebagai ‘saluran air yang mengalir yang menjadi sumber minuman’.

4. Ahli-ahli perundangan Islam yang terdiri dari Ulama’-ulama’ Muktabar boleh melibatkan diri dalam mencari idea bagi alternatif kepada akta hasutan kerana kita  kemudiannya meluaskan lagi definisi Syariah ini daripada maksud jalan yang lurus tadi iaitu meliputi segala hukum-hakam yang diatur oleh Allah S.w.t kepada umat manusia.

Syariah Islam adalah merupakan hukum-hukum perundangan Allah yang termaktub di dalam sumber perundangan utama bagi umat Islam iaitu Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.a.w. Sumber perundangan kedua iaitu hasil ijtimak para Ulama’ termasuk Ijma’, Qiyas, Istihsan, Mursalah Mursoleh dan sebagainya yang berasaskan Quran dan Sunnah juga termasuk di dalam sumber perundangan Syariah.

Undang-undang Syariah ini adalah sebagai pengatur hidup manusia yang perlu berlandaskan segala Perintah dan Larangan dari Allah sebagai Pencipta kepada kita, makhluk dan hamba-Nya maka ia sesuai untuk dirujuk dan mencari faedah kepada pengantian akta hasutan 1948.

5. Undang-undang Syariah ini sesuai dengan fitrah semulajadi kita tidak kira tempat dan masa. Tujuannya diperturunkan dan disyariatkan tidak lain adalah untuk kita manusia beriman dan beramal dengan apa yang telah diperintahkan oleh Allah untuk kebaikan di dunia dan akhirat.

Firman Allah S.w.t lagi :

“Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mukmin dan juga bagi perempuan yang mukminah apabila Allah dan Rasulnya telah menetapkan sesuatu ketetapan akan ada pula pilihan yang lain dari mereka

So kesimpulan

Draf undang undang harmoni hendaklah boleh dirujuk pemakaian kaedah perundangan Islam dalam mengantikan akta hasutan

Kajian ringkas ini pada dasarnya hanya mengambil minda kekawan untuk memastikan jika akta hasutan hendak dimansuhkan hendaklah mengambil Kira element perundangan Islam dalam gubal perundangan baru seperti akta harmoni Nasional

Sekian ....Ahmad Shuaib Ismail

No comments:

Post a Comment