Sembang perundangan bersama ASI - Fitnah dan Isu perundangan Siri 1
Fitnah dalam erti kata lain bermaksud “dusta” “tipu” ataupun “kata-kata tidak benar”. Fitnah juga membawa maksud “kata-kata yang diutarakan untuk memburuk-burukkan seseorang”.
1- Kita Lihat pada Kes asas fitnah di Dalam tuntutan sivil pada penghakiman Abdul Wahab Petail J (sekarang JCA) didalam kes Subramaniam Paramasivam v Courts Mammoth Berhad & Anor, [2010] 1 LNS 904, menyatakan seperti berikut:
“There are three initial elements to an action in defamation. The first is whether the words by their natural and ordinary meaning (see Chong Swee Huat & Anor v. Lim Shian Ghee [2009] 4 CLJ 113 CA; [2009] 3 MLJ 665 CA) or by innuendo (Rajagopal v. Rajan [1971] 1 LNS 117 FC; Luk Kui Lam v. Sim Ai Leng [1978] 1 LNS 110 FC) is capable of being defamatory.
The second is whether the words refer to the Plaintiff.
The third is whether the words were published to a third party.
See Henry Ong Keng Sem v. Patrick Ong King Kok [2008] 4 CLJ 276; Ismail Shamsudin v. Abdul Aziz Abdan [2007] 8 CLJ 65; Kian Lup Construction v. Hongkong Bank Malaysia Bhd [2002] 7 CLJ 32
2- adalah undang-undang yang mantap bahawa beban adalah atas Plaintif untuk membuktikan tuntutan fitnah disisi undang-undang.
3- Dari kes-kes yang diputuskan termasuk kes diatas beban bukti adalah pada Plaintif untuk membuktikan semua elemen-elemen berikut untuk Plaintif berjaya didalam tuntutan beliau. Elemen-elemennya adalah seperti berikut:
Undang-undang telah menetapkan bahawa dalam tuntutan fitnah, Plaintif mestilah membuktikan 3 elemen penting seperti berikut:-
(i) Pernyataan tersebut adalah bersifat fitnah;
(ii) Pernyataan fitnah tersebut adalah merujuk kepada Plaintif dan
(iii) Pernyataan fitnah tersebut telah disiarkan kepada pihak ketiga.
4- Dalam kes, Ayob Bin Saud v T.S. Sambathamurthi [1989] 1 CLJ 152; [1989] 1 CLJ (REP.) 321, Yang Arif Hakim Mohamed Dzaiddin (pada masa itu) telah mengatakan:-
“In our law on libel, which is governed by the Defamation Act 1957, the burden of proof lies on the Plaintiff to show
(i) the words are defamatory;
(2) the words refer to the Plaintiff; and
(3) the words were published.
Where a defence of qualified privilege is set up, as in this present case, the burden lies on the Defendant to prove that he made the statement honestly, and without any indirect or improper motive. Then, if he succeeds in establishing qualified privilege, the burden is shifted to the Plaintiff in this case to show actual or express malice which upon proof thereof, communication made under qualified privilege could no longer be regarded as privileged.(Rajagopal v. Rajan [1072] 1 MLJ 45)”.
Wong Yoke Kong & Ors v Azmi M Anshar & Ors [2003] 4 MLJ 96, seterusnya mengatakan-
“The test involved in determining whether or not the words complained of are defamatory is also a 2 stage process.
📍Firstly, it must be considered what meaning the words would convey to an ordinary person. Once this has been established, secondly it must be considered whether under the circumstances in which the words were published, the reasonable man would be likely to understand them in a defamatory sense. The abstraction of the reasonable man was to create a balance between freedom of speech and the protection of reputation.
The test of whether the words are capable of conveying a defamatory meaning is a question of law calling for a decision by the Court.”
5- Perkataan-perkataan menjadi suatu fitnah jika perkataan-perkataan itu disifatkan sebagai mendedahkan Plaintif kepada kebencian, persendaan dan penghinaan pada pandangan seseorang yang munasabah atau merendahkan martabat Plaintif pada pemikiran masyarakat secara umum.
(Lihat kes Irene Fernandez v Utusan Melayu (M) Sdn Bhd & Anor [2008] 2 CLJ 814)
6- Semua perkataan-perkataan yang dikatakan fitnah tersebut mestilah dibaca dalam konteks keseluruhan laporan itu dibuat untuk menentukan sama ada perkataan-perkataan tersebut adalah fitnah.
Ini adalah kerana mungkin terdapat di mana-mana bahagian ayat atau perkataan yang berperanan untuk menghindarkan perkataan-perkataan itu dianggap sebagai fitnah
Lihat Soh Chun Seng v. Ctos – Emr Sdn Bhd [2004] 5 CLJ 46 at page 53) dan (Curistan v Times Newspaper Ltd [2009] 2 WLR 149-
“ Plaintiff cannot select an isolated passage in an article and complain of that alone if other parts of the article throw a different light on that passage”).
7- Samada perbuatan Yang Diterbitkan Adalah Perlindungan Bersyarat
Reynolds Privilege diasaskan daripada kes Reynolds v Times Newspaper Ltd [2001] 2 AC (di TAG I) yang mana telah menyebut bahawa terdapat sepuluh (10) ujian mengikut keadaan ataupun “circumstantial test” yang mana akan berubah mengikut kes.
Kes tersebut menyatakan:-
“The factors or circumstances to be considered are as below bearing in mind they should vary from case to case and a practical & flexible approach should be adopted taking into account the facts of each case.
i) The seriousness of the allegation. The more serious the charge, the more the public is misinformed and the individual harmed, if the allegation is not true.
ii) The nature of the information and the extent to which the subject matter is a matter of public concern.
iii) The source of the information. Some informants have no direct knowledge of the events. Some have their own axes to grind, or are being paid for their stories.
iiii) The steps taken to verify the information.
v) The status of the information. The allegation may have already been the subject of an investigation which commands respect.
vi) The urgency of the matter. News is often a perishable commodity.
vii) Whether comment was sought from the plaintiff. He may have information others do not possess or have not disclosed.
viii) Whether the article contained the gist of the plaintiff’s side of the story.
ix) The tone of the article. A newspaper can raise queries or call for investigation. It need not adopt allegations as statement of fact.
x) The circumstances of the publication, including the timing.
Whether comment was sought from the plaintiff. He may have information others do not possess or have not disclosed. (Note: an approach to the plaintiff will not always be necessary)”
8- tidak boleh sama sekali bergantung ke atas Pembelaan Perlindungan Bersyarat apabila dia telah menokok-tambah perkataan-perkataan yang tidak benar atau tidak pernah wujud pada asalnya.
9- Doktrin “qualified Privilege/Reynolds Privilege” ini didefinisikan sebagai doktrin yang memberi kelebihan imuniti terhadap seseorang yang mana ia memberi perlindungan kepada seseorang atau agensi media untuk menerbitkan apa-apa artikel ataupun berita yang mempunyai kepentingan awam tanpa niat yang jahat atau “malicious intent”.
10- secara asas
TORT: Fitnah - Libel - Sama ada pernyataan-pernyataan defendan mempunyai elemen-elemen tort fitnah - Sama ada pernyataan-pernyataan yang diadukan adalah mengandungi unsur-unsur fitnah - Sama ada pernyataan-pernyataan fitnah merujuk kepada plaintif - Sama ada pernyataan-pernyataan fitnah telah diterbitkan kepada pihak ketiga
TORT: Fitnah - Pembelaan - Komen berpatutan - Sama ada pembelaan komen berpatutan terbuka kepada plaintif - Sama ada terdapat sebarang kebenaran di atas tuduhan defendan - Sama ada artikel yang diterbitkan oleh defendan membawa maksud yang negatif terhadap plaintif - Sama ada tindakan defendan adalah bertujuan untuk merosak dan mencederakan reputasi plaintif
TORT: Fitnah - Pembelaan - Perlindungan bersyarat - Sama ada pernyataan yang dibuat oleh defendan adalah untuk tujuan murni dan niat baik - Sama ada defendan mempunyai tanggungjawab untuk mengeluarkan pernyataan-pernyataan terhadap plaintif - Sama ada tindakan defendan memuat naik pernyataan-pernyataan dari sidang media defendan ke laman blog defendan adalah untuk tujuan paparan umum - Sama ada defendan telah mengabaikan perlindungan bersyarat dengan tindakannya sendiri
TORT: Fitnah - Ganti rugi - Ganti rugi teruk - Sama ada plaintif layak diberikan ganti rugi teruk - Sama ada mahkamah boleh mengambil kira ketiadaan sebarang langkah bagi membetulkan pernyataan-pernyataan fitnah oleh defendan dalam memberikan ganti rugi teruk kepada plaintif
PROSEDUR SIVIL: Pliding - Fitnah - Niat jahat - Sama ada plaintif telah memplidkan unsur-unsur niat jahat yang hendak disandar - Sama ada ketiadaan pengulangan semula butir-butir niat jahat dalam jawapan kepada pembelaan adalah fatal dan memprejudiskan defendan - Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, A. 78 k. 3(3)
11- Pembelaan justification, defendan bersandarkan kepada pembelaan justifikasi. Adalah undang-undang asas bahawa pembelaan justifikasi merupakan satu pembelaan mutlak kepada sesuatu tuntutan fitnah.
Justifikasi dalam konteks kes fitnah ialah kebenaran dan untuk berjaya di dalam pembelaan ini, beban adalah terletak di atas bahu defendan untuk membuktikan kebenaran kata-kata yang didakwa berunsur fitnah itu.
12- Defendan tidak perlu membuktikan bahawa setiap kata-kata tersebut adalah benar; memadai untuk defendan menunjukkan bahawa sebahagian besar kata-kata tersebut adalah benar.
Ini diperuntukkan didalam s. 8 Akta Fitnah 1957. Di dalam kes Chong Swee Huat & Another v. Lim Shian Ghee (T/S L & G
13- Pembelaan Ulasan Saksama defendan adalah ‘fair comment’ atau ulasan saksama.
Dari segi undang-undang, pihak defendan tidak perlu membuktikan kebenaran kenyataan yang dikatakan fitnah itu untuk berjaya di dalam pembelaan ulasan saksama.
Bagaimanapun defendan perlulah menunjukkan perkataan yang digunakan itu adalah satu komen atau ulasan berkaitan perkara yang berkepentingan awam – lihat kes Kemsley v. Foot [1952] 1 AER 501; Chong Swee Huat & Anor v. Lim Shian Gheee [2009] 4 CLJ
14- Pembelaan Perlindungan Bersyarat/KewartawanaBerkaitan dengan pembelaan perlindungan bersyarat dan kewartawanan (qualified privilege and reportage), defendan dikehendaki memenuhi kehendak undang-undang sebagaimana yang dinyatakan di dalam kes Reynolds v. Times Newspapers Ltd And Others [2001] 2 AC 127. Dua keperluan perlu dipenuhi oleh defendan, iaitu:
a. bahawa penerbitan Laporan Berita tersebut merupakan atau berkait dengan kepentingan awam; dan
b. bahawa langkah-langkah bertanggungjawab dan adil telah diambil dalam mengumpul dan menentusahkan maklumat. Dengan lain perkataan, defendan perlu menunjukkan ia telah mengamalkan ‘responsible journalism’ dalam menerbitkan Laporan Berita tersebut.
15- Pembelaan Dalam Kes-Kes Fitnah
Seperti undang-undang tort yang lain, terdapat pembelaan yang disediakan dalam kes-kes fitnah.
Memandangkan, ia satu topik yang agak luas juga, maka saya akan cuba menulis dalan satu artikel khas di masa akan datang, insya-allah. Namun, buat artikel kali ini, cukuplah anda tahu yang terdapat beberapa pembelaan yang wujud iaitu:
Justifikasi/Justification
Komen Yang Adil/Fair Comments
Keistimewaan Mutalak Dan Tertentu / Absolute and Qualified Privilege
Innocent Dissemination
Fitnah Secara Tidak Sengaja/Unintentional
Defamation
Volenti non fit injuria
Setakat ini asas perundangan fitnah Dalam sivil
Kita bersambung Akan datang Dalam skop perundangan jenayah fitnah di Malaysia