Total Pageviews

Friday, 13 November 2015

Penubuhan Jakim Berperlembagaan

Jakim - penubuhan selaras dengan perlembagaan Persekutuan  

Penubuhan Jakim adalah atas perkenan Majlis Majlis Raja Melayu 


1- Sejarah awal penubuhan JAKIM bermula apabila dengan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) pada tahun 1968 yang mana penubuhannya dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja. Pada tahun 1974 pula, Urus Setia MKI telah dinaikkan tarafnya kepada sebuah Bahagian Agama di Jabatan Perdana Menteri dan diberi nama Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS).


2- Selaras dengan perkembangan negara dan keperluan masyarakat Islam semasa, Bahagian Hal Ehwal Islam ( BAHEIS ) ini telah disusun semula. Maka pada 2 Oktober 1996, Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju dengan perakuan supaya BAHEIS, Jabatan Perdana Menteri dinaikkan taraf menjadi sebuah Jabatan berkuatkuasa 1 Januari 1997 dengan nama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

3- Penglibatan Majlis Raja-raja serta kerajaan persekutuan dalam penubuhan JAKIM menunjukkan tuduhan DAP tersebut tidak benar. 

Malah penubuhan JAKIM menepati semangat Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam agama persekutuan dan mengikut undang-undang perlembagaan, pihak eksekutif bertanggungjawab mempertahan kakitangan perkhidmatan awam dan bukan sebaliknya.

4- Proses penubuhan JAKIM bermula dengan sebuah urus setia kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) pada tahun 1969 selepas MKI ditubuhkan oleh Majlis Raja-Raja pada tahun 1968.

5- Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan, Perkara 1 (4),  Perkara 12 (2), Perkara 121 (1A) dan ikrar Yang DiPertuan Agung di bawah Perkara 37 (1) memanifestasikan bahawa pihak kerajaan mempunyai kuasa mutlak untuk menubuhkan, mengurus dan memberikan dana kepada mana-mana institusi berkaitan Islam 

6-Peruntukan mengenai Islam sebagai agama negara dalam Perlembagaan Persekutuan semestinya memanfaatkan umat Islam dan memberikan kelebihan kepada agama Islam sebagai agama rasmi manakala YDPA adalah ketua agama negara dan para Sultan adalah ketua agama bagi negeri-Negeri .

Sekian ๐Ÿ“๐Ÿ“๐Ÿ“


Ahmad Shuaib Ismail 

LLB hons . DSLA Syariah

14/11/2015 

Maklumat lanjut perundangan wassap ASI 0193330608
 

No comments:

Post a Comment