Jelas haram hukum dalam Islam membela perbuatan meliwat
Sifat tolong menolong di antara satu sama lain memanglah digalakkan oleh Islam dengan syarat ianya di dalam perkara kebajikan dan ketaqwaan, bukannya di dalam perkara dosa dan maksiat. Firman Allah Ta'ala :
Tafsirnya : " Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan."
( Surah al-Mai'idah : 2 )
Adapun bertolong-tolongan di dalam perkara dosa dalam kes liwat Anwar Ibrahim dan maksiat bukan sahaja dilarang, bahkan Islam memerintahkan setiap orang Islam itu diperintahkan membanteras akan segala kemungkaran mengikut kemampuan masing-masing, sama ada dengan kekuatan tangan (kekuasaan), dengan lidah (nasihat) dan yang sekurang-kurangnya dengan hati iaitu dengan membencinya. Ini jelas sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Abu Sa'id al-Khudri, dia berkata :�
Maksudnya : "Aku mendengar Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda "Sesiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya, jika sekiranya dia tiada berkuasa, maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya, jika sekiranya dia tiada juga berkuasa, maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya, dan yang demikian itu (iaitu mengubah dengan hatinya ) adalah selemah-lemah iman."
(Hadis riwayat Muslim)
Berkata Imam Ibnu Hajar al-Haitami di dalam kitabnya Fath al-Mubin li Syarh al-Arba'in dalam mensyarah kalimat� di dalam hadis yang tersebut di atas bahawa mengingkari dengan hati itu ialah : "Membenci akan kemungkaran itu dengan hatinya dan dia berazam jika dia berkuasa (mengingkarinya) dengan kata-kata atau perbuatan,(nescaya) dia akan menghapuskannya, kerana membenci maksiat wajib hukumnya. Maka orang yang redha (tidak membenci) maksiat adalah (dikira) bersekutu dan bersubahat dengan orang yang melakukan maksiat itu. Jika redhanya itu kerana menghalalkannya (beri'tiqad bahawa kemaksiatan itu tidak haram) sedangkan hukum kemaksiatan itu haram dengan ijma' dan telah diketahui umum iaitu ma'lum min ad-din bi adh-dharurah, maka dia dihukumkan kufur. Manakala jika redhanya itu kerana menurutkan hawa nafsu ( tidak beri'tiqad bahawa kemaksiatan itu tidak haram), maka dia dihukumkan fasiq, tidak kufur dengannya. Perkara ini ( membenci kemungkaran) adalah wajib 'ain ke atas setiap orang kerana semua orang berkuasa pada melakukannya".�