Total Pageviews
Saturday, 16 May 2015
Analisa terkini - akhirnya dr mahathir akan kalah dengan najib
Masing masing ada kepentingan politik
Friday, 15 May 2015
Dr mahathir perlu bunuh karektor imej najib dahulu
Cara Dr mahathir dalam isu najib
Umno masih gagal guna tiga cara asas Nabi SAW dalam pembinaan politik
Mengenali politik ds Anwar Ibrahim siri 2
Mengenali politikal ds Anwar Ibrahim siri 1
Kisah ds Anwar Ibrahim dan saya
Kita lancarkan #ABCD ASALKAN BUKAN CAI DAP
Siapapapun jadi presiden Umno dah Takda guna dah
China turunkan beratus lambang salib kristian
BEIJING, Jumaat – Sebuah wilayah di China di mana pihak berkuasanya menurunkan beratur-ratus simbol salib dari atas geraja Protestan dan Katolik telah mencadangkan pengharaman lambang agama di atas mana-mana rumah ibadat.
Ia sebahagian langkah pengharaman simbol keagamaan ke atas mana-mana premis termasuk rumah ibadat yang terkandung dalam undang-undang baru negara itu.
Draf undang-undang itu, jika diluluskan, akan memberi kuasa kepada pihak berkuasa di wilayah timur Zhejiang untuk menurunkan salib di atas bumbung gereja secara sah.
Sejak 2014, lebih 400 salib diturunkan secara paksa sehingga mencetus pertempuran dengan penganut kristian di negara itu.
Pihak berkuasa mendakwa salib melanggar kod bangunan, tetapi penganalisis berkata peningkatan mendadak penganut kristian membuatkan Parti Komunis bimbang.
Draf undang-undang itu menyebut, salib harus dilekatkan sepenuhnya kepada dinding hadapan bangunan dan tidak boleh lebih satu per sepuluh daripada ketinggian muka bangunan itu.
Agama Kristian telah berkembang di China sejak tahun 1980-an, apabila Beijing melonggarkan kawalan ke atas agama.
Ogos lepas, pihak berkuasa Beijing memanggil pastor Kristian menyampaikan arahan agar kepercayaan Kristian mestilah bebas daripada pengaruh asing dan perlu mentaati Parti Komunis.
Bandar Wenzhou dikenali sebagai Jerusalem China kerana ia mempunyai separuh daripada 4,000 gereja di wilayah itu.
Pada April 2014, kerajaan secara paksa merobohkan Gereja Sanjiang, bangunan yang amat menonjol dibina di atas bukit tidak jauh dari lebuh raya utama di Wenzhou.
Baru-baru ini, mahkamah Wenzhou menjatuhkan hukuman penjara ke atas paderi Kristian Huang Yizi selepas dia secara terbuka mempersoalkan penurunan salib di atas bumbung.