Total Pageviews

Thursday, 12 November 2015

Apa itu UG Pas - UMNO

'Unity Government" bermakna Satu Kerajaan Tiada Pembangkang. Semua parliamentarians adalah anggota kerajaan kerna elaun merekadibayar oleh kerajaan (Rakyat) bukan parti yang diwakili. Namun status dan identiti kekal seperti sedia ada. Tiada sebarang perubahan dari segi konsep dan prinsip perjuangan parti masing-masing dan ianya bukannya menjadi 'Coalition Government" (Kerajaan Campuran) maupun 'National Front" BN atau Pakatan Rakyat. Konsepnya berlainan sama sekali sebab 'Unity Government" sebenarnya pada hakikatnya gugur BN, gugur Pakatan tegak RAKYAT.

Tiada lagi wakil BN atau Pakatan. Semuanya adalah wakil rakyat Malaysia bukan lagi wakil parti. 'Mind-set " parliamentarians kena berubah kernatatkala mengangkat sumpah sebagai parliamentarians gugur habis pengaruh dan kongkongan kepartaian kerana semua anggota parliament dalam Dewan Rakyat yang mulia ini adalah bertaraf sama sahaja; yakni ANGGOTA KERAJAAN (PILIHAN RAKYAT) yakni, selaku WAKIL RAKYAT BUKAN LAGI WAKIL PARTI. Justeru kerana, rakyatlah sebenarnya yang membayar elaun mereka dan yang pasti bukannya daripada sumber parti. Justeru itu, yang ada hanyalah Kerajaan Perpaduan ( Rakyat ) bukannya kerajaan Parti BN atau Pakatan.

 Bukan parti yang bayar elaun parliamentarians tetapi kerajaan Malaysia (WANG RAKYAT). Justeru itu, di dalam parliament; tiada parti pemerintah dan tiada parti pembangkang. Semua parti gugur dan ahli parliament semua parti tiada lagi terikat dengan parti masing-masing, BEBAS daripada sebarangikatan dan kongkongan parti (parti hanya diguna pakai sewaktu pilihanraya sahaja). Bila menang dan angkat sumpah selaku anggota parliament Malaysia; automatis gugur parti dan element kepartaian dalam parliament justeru kerna semua sudah menjadi angota kerajaan perpaduan belaka, satu negara, satu warga. Sudah bersumpah berkhidmat untuk rakyat tanpa mengira parti lagi. Bahkan bukan lagi boleh dianggap sebagai wakil parti kerna persidangan di Parliament bukan lagi mesyuarat Bahagian atau Kawasn parti masing-masing. Tenyata di dalam Parliament; parti bukanlah kerajaan dan kerajaan bukanlah parti; tetapi kesemua parliamentarians adalah anggota kerajaan Perpaduan (Rakyat) bukan lagi boleh dinisbahkan sebagai wakil parti lagi.

Justeru itu, tiada perlu lagi ISA untuk tangkap pembangkang tanpa bicara, Akta Percetakan sekat akbar pembangkang, Akta Universit/Kolej sekat pelajarsokong pembangkang (Di Kedah, Perak, Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang amalan konsep guna pakai sekarang Umno/BN adalah pembangkang). Kesemua akta draconion ini dimansuhkan kerna di dalam dewan mengikut Konsep 'Unity Government" sudah tiada lagi parti pembangkang tetapi kesemua ahli parliament pada hakikatnya datang dari rakyat, kepada rakyat, untuk rakyat; yakni untuk semua rakyat malaysia, mana ada parti lagi mengikut konsep dan sumpah selaku wakil rakyat.

SEMUA PARLIAMENTARIANS ADALAH ANGGOTA KERAJAAN YAND DIPILIH RAKYAT SATU KERAJAAN (KERAJAAN PERPADUAN /RAKYAT) THE PEOPLE'S GOVERNMENT NO MORE BN OR PAKATAN; Satu Negara, Satu Kerajaan dan Satu Rakyat ( Warga ) yang SAMA.

'Wakil Rakyat BN' atau ' Pakatan' boleh kritik parliamentarians dari parti masing-masing dlm berhujjah kerna pada hakikat dan konsepnya tiada lagi wujud parti di dalam Dewan Rakyat yang mulia ini. Justeru, nama pun DEWAN RAKYAT bukannya Dewan BN atau Dewan Pakatan.

 PM bukanlah Presiden Parti di dalam Dewan Rakyat, tetapi PM rakyat Malaysia. Tiada lagi parti dan gugur-mansuh kepentingan parti dan element-element kepartaian kerna yang ada hanyalah KEPENTINGAN RAKYAT,AGAMA DAN BANGSA: MENEGAKKAN NAFIDEENILLAHU DAN MEMERINTAH DUNIA DENGANNYA; Nescaya bisa tertegaknya Insya Allah Hu Negara Baidatun Thoiyibatun Warobbun Ghafur ( " Negara yang makmur , aman damai dan mendapat keredhaan Allah Hu Ta'ala.

PDRM, SPR, Jabatan Pendafaran Negara, IGP, Peguam Negara, Hakim Negara, Pengarah Penjara, Audit Negara, Akauntan Negara, Ketua Turus Tentera, dalam 'Unity Government" bebas lepas daripada "Ketiak" atau sebarang pengaruh PM sebaliknya diletakkan seratus peratusdibawah kuasa Parliament (DYMM Agong). Justuru, ruang lingkup sistem pemerintahan negara dalam "Uniy Government" Insya Alla Hu Ta'ala, dengan petunjuknya bisa menjadi telus, berwibawa dan berintegrity tinggi kerna tiada amalan-amalan "Bias" dan berkepentingan Kroni bisa bertapak kerna PM , Peguam Negara, Hakim serta pegawai tertinggi kerajaan sendiri bisa di bawa ke muka pengadilan (Mahkamah) jika berlaku korupsi, salahguna kuasa dan penyelewengan tanpa sebarang imunity atau perlindungan politik. Rakyat bisa bicara bebas tanpa budaya takut ISA yag dipaksakan utkmenyambung talian hayat 'parti pemerintah' dan negara akan berkembang maju dan makmur insya Alla hu tanpa rasuah politik dan budaya kronisma. Jika ada element yg mengancam negara bawa sahaja ke mahkamah terbuka atau dakwa bawah Akta Hasutan yg boleh bela-diri bukannay di cekup bawah ISA yang ternyata zalim, primitif , tiada bertamadun dan ketinggalan zaman.

 "Unity Government" juga bererti; Tiada lagi campur tangan PM ke atas kehakiman(Judisciary) atau kehakiman ke atas badan perundangan/Legislatif (Speaker). Tetapi berlakumnya '"Separation of Powers" secara teori dan praktis ke atas tiga cabang Pemisahan Kuasa

No comments:

Post a Comment