Petua servis untuk balik kampung perlu kita buat untuk pastikan kereta kita berada dalam keadaan selamat dan mantap.
1. Tayar. Peranan utama semasa pemanduan. Make sure tayar kereta tu masih boleh di pakai. Takder la tayar tu botak. Nanti susah nak handle jika jalan basah dan berminyak. Lagipun tayar botak ni merbahaya dan boleh mengakibatkan tayar pecah akibat pemanduan yang terlalu lama, tayar panas dan boleh meletup.
Kos tayar baru sekitar RM600 ke RM2,000 bergantung kepada jenis tayar.
2. Enjin. Sebaiknya, kalau dah lebih 3 bulan, servis la kereta dengan menukar minyak hitam dan oil filter, Biar enjin kereta berganti dengan minyak engin baru untuk perjalanan yang jauh. Kos tukar minyak engin dan filter sekitar RM100 ke RM300 termasuk upah, bergantung kepada jenis minyak enjin samada Fully Synthetic, Semi atau Mineral.
3. Brek. Pastikan pad brek masih lagi tebal dan boleh diguna. Kerana semasa bawak kereta, kita akan menggunakan brek setiap minit. Mana tau brek kereta kita sudah haus atau habis, rosak disc brake dan jugak cengkaman yang tidak kemas buatkan kereta boleh terbabas. Kos sepasang brake pad sekitar RM40 dan RM120 mengikut jenis brek.
4. Radiator. Semasa perjalanan jauh, kereta akan menjadi panas dan perlukan angin dan ‘coolant’ untuk menyejukkan bahagian radiator dan enjin. Ramai yang cuma mengisi air sahaja ke dalam tangki radiator. Ya ini pun boleh menyejukkan radiator, tetapi cuba korang penuhkan tangki radiator tersebut dengan “coolant sepenuhnya. Korang akan perasan aircond akan smooth, enjin juga akan smooth dan kegunaan minyak juga lebih jimat.
Kos coolant untuk 4 Botol sekitar RM40 ke RM160 bergantung kepada jenis.
5. Tayar “balancing” dan “allignment”. Tayar mestilah dalam keadaan yang betul. Kedudukan pusingan tayar yang betul, tidak benkok, sama seimbang dan selari dengan steering kereta akan menolong korang memandu secara selamat dan comfort. Rims tayar yang bengkok membuatkan pemanduan yang tidak selesa dan bergegar. Kos untuk balancing RM20, kos untuk allignment sekitar RM30 dan kos untuk membaiki rims yang bengkok RM50 ke Rm150 sebijik.
6. Air Wiper. Perlu di isi dengan penuh. mana la tau kebetulan korang melalui jalan berdebu dan kotor. Kalau nak jimat, isi tangki wiper anda dengan air sabun atau air shampoo. Ia akan menjadikan cermin kereta korang lagi senang di”wipe” dan cepat bersih. Tidak meninggalkan bunyi bising bila wiper digerakkan.
Kos air sabun dan air shampoo, mungkin RM1 sahaja.
7. Pastikan “spare” tayar korang ada angin dan boleh digunakan. Pada yang pakai lock nut, jangan lupa bawak sekali. Nanti tak boleh bukak nuts tayar kerana tertinggal “lock nuts”.
8. Aircond juga perlu diservis jika perlu. Sebaiknya boleh check dikedai. Kalau kereta baru, mungkin tak jadi masalah, kalau kereta yang dah lebih 3 tahun, baik tukar penapis filter aircond atau paling teruk, tambah gas aircond. Kos filter aircond sekitar RM60 ke RM100. Kos tambah gas sekitar RM50.
9. Lampu headlight, signal dan lampu brek kenalah berfungsi. Jangan tiba-tiba terbakar pulak. Susah nanti. Headlight mungkin mahal sikit, sekitar RM100. Signal dan lampu brek cuma sekitar RM20.
Selain tu, benda-benda sampingan seperti Jump Cable untuk bateri yang lemah, Lampu untuk emergency, Payung sediakan lah dalam kereta. Mana tau tiba-tiba nak guna.
Last sekali, pemandu kena la cukup rest. Tak yah nak bawak laju-laju. Jalanraya kat Malaysia ni pun, bukannya bagus sangat. Kekadang sana lubang sini lubang. bawak dengan berhemah. Di jalanraya, kita hormat orang lain, orang lain hormat kita balik.
Selamat memandu dan selamat sampai ke destinasi.
No comments:
Post a Comment