BUAT APA DS NAJIB KERANA BELIAU BUKAN KERJA PEGUAM NEGARA DAN BELIAU TIDAK HAK TERLIBAT DALAM KES MAHKAMAH BUKAN BUDANGKUASA BELIAU NAK JAWAB SEDANGKAN JELAS PEGUAM SIRUL SENDIRI MENYATAKAN SIRUL TIADA BERI KENYATAAN DIARAH MEMBUNUH
PEGUAM SIRUL DAH CAKAP
Peguam sirul yang kata so siapa kita termasuk kita nak Cakap !
Maka terang dan jelas peguam yang mewakili sirul dalam kes bunuh altantuya sendiri menyatakan sirul tidak Pernah kata mendapat Arahan untuk membunuh
Maka
1. Jelas tiada Arahan . Ini kata peguam bela sirul sendiri
2. Peguam bela sirul adalah orang yang mewakili sirul sudah tentu Tahu semua cerita sebenar
3. Apabila sirul kata dia Diarah membunuh sedangkan dalam mahkamah tidak Pernah sirul beri keterangan macam ini sedangkan dia diberi Peluang besar malah peguam beliau sendiri menafikan KENYATAAN sirul kata dia mendapatkan Arahan membunuh
Peguam Hasnal Rezua Merican yang mewakili Sirul dalam kes itu berkata, Sirul sebelum ini tidak pernah berkata dia diarahkan sesiapa.
"Kalau betul apa yang dikatakan, tiada halangan untuk polis menyiasat dan buat pendakwaan baharu mengikut kenyataan itu. Percakapan itu di bawah Seksyen 112 (pemeriksaan saksi oleh polis).
"Tetapi polis Malaysia perlu memohon kebenaran terlebih dahulu daripada pusat tahanan di Australia di mana Sirul ditempatkan sekarang. Selepas dapat kebenaran, baru polis boleh ke sana untuk rakam keterangan Sirul," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Katanya, selepas mendapatkan rakaman percakapan Sirul, polis boleh mula menyiasat kes itu berdasarkan kenyataan yang diberikan.
Namun beliau tidak tahu sama ada polis Malaysia boleh mendapatkan akses mudah untuk bertemu Sirul.
"Saya tidak tahu bagaimana, kerana setahu saya tidak ada lagi kes melibatkan tahanan (Malaysia di luar negara) yang dirakamkan keterangan oleh pihak polis. Mungkin untuk kes lain ada, cuma bagi kes ini, saya tidak tahu," katanya.
Seorang lagi peguam jenayah, Hafiz Zainal berkata, jika polis ingin membuka kes baharu terhadap Sirul, ia perlu diletakkan di bawah kesalahan dan seksyen lain.
Menurutnya, pihak pendakwaan tidak boleh menggunakan tuduhan yang sama kerana konsep double jeopardy dalam undang-undang melarang tuduhan sama dibuat ke atas seseorang tertuduh bagi kes sama selepas mahkamah telah membuat keputusan muktamad.
Ulasan Ringkas Dari ASI Post 4/4/2015
No comments:
Post a Comment