Total Pageviews

Sunday, 15 February 2015

Pengganas Pakatan ISIS wahabi mahu letupkan di mahkamah Malaysia . Ancaman kepada Negara . PDRM cepat bertindak

Watch "Individu Bertopeng Ugut Letupkan Mahkamah Malaysia" on YouTube - Individu Bertopeng Ugut Letupkan Mahkamah Malaysia: http://youtu.be/yGWGV0VVtUI
PETALING JAYA: Sebuah video berdurasi 1:01 minit oleh sekumpulan empat orang pengguna YouTube mengugut untuk mengadakan bantahan terhadap sistem keadilan di Mahkamah dimuatnaik semalam.

Pengguna YouTube yang menggunakan ID ‘isis malaysia 69′ juga memberi amaran akan mengadakan bantahan terhadap sistem keadilan mahkamah dengan membakar mercun pada 18 Februari 2015 pada jam 11.30 malam.

“Kepada mana-mana parti yang telah lama memerintah, kami anak muda Malaysia dengan ini mengumumkan hasil manipulasi tipu helah selama ini menggunakan demokrasi, kami tidak lagi percaya sistem demokrasi.

“Andalah yang membentuk kami, kami terbentuk hasil dari tangan-tangan anda,” ugutnya.

Berlatarkan bendera Malaysia, empat orang individu itu berbaju hitam dan turut menutup muka dengan topeng hitam turut memberitahu ‘perjuangan’ mereka baru sahaja bermula.

“Kami baru bermula, dan akan pergi jauh, semakin rosak demokrasi, semakin berkembang dan jauh cara kami menentang,” katanya.

Ia disusuli dengan kata-kata cacian terhadap demokrasi.

Video tersebut telah dimuat naik di Youtube pada 15 Februari, dan setakat berita ini ditulis, lebih 350 pengguna telah menonton video tersebut.

Dalam keterangan video itu,empat individu tersebut juga didapati menghasut anak muda seluruh Malaysia supaya bersama perjuangan kumpulan tersebut.

Tindakan empat individu tersebut menyerupai video ugutan yang pernah dilakukan oleh pejuang-pejuang di timur tengah.

Sumber , http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/02/16/ugutan-letupkan-mahkamah-malaysia/ 

No comments:

Post a Comment