Total Pageviews

Friday, 4 July 2014

Siasah Ramadhan Siri 2 . Perbezaan jihad dengan pengganas

Siasah Ramadhan siri 2

Isu jihad tanggungjawab ummat Islam sesama ummat Islam .

Kita Tanya diri kita sendiri ...

Jika Malaysia timbul bencana alam kebuluran krisis kemanusia dan lain lain atau jadi macam Syria . adakah salah ummat Islam datang dari negara lain membantu rakyat Malaysia ?

Mudah nak faham .

So,  adakah kita hendak panggil mereka militant pengganas kepada mereka ummat Islam dari negara lain yang sanggup korbankan nyawa mereka harta keluarga untuk membantu rakyat di Malaysia jika Malaysia menerima nasib seperti Syria atau Iraq ?

Isu jihad dari segi bantuan kemanusia bantuan makanan ubatan termasuk bantuan mencegah kezaliman berlaku

Lihat dari sudut hukum syarak dan alawiyat keutamaan nya

Perkara ini wajib dilihat secara teliti

1. Jika berlaku salah tafsiran maka bukan sahaja mengundang satu kekacauan minda malah salahtafsiran mengenai hukum Islam sendiri

Pertama

Melihat kepada satu ummah satu agama tanggungjawab bersama

Kedua

Isu penindasan kezaliman . adakah kita biarkan saudara seagama ditindas begitu kejam ?

Ketiga

Isu sempadan negara dan diplomatic kerana isu diplomatic adalah mengikut acuan barat dan bukannya dari dasar siasah  Islam sendiri yang tiada garis sempadan .

2. Kita boleh rujuk sendiri Hadis daripada Ibn Umar R.A bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:

"Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu adalah bertanggungjawab terhadap pimpinannya, seorang ketua negara adalah penjaga dan dia bertanggungjawab terhadap rakyatnya, seorang suami adalah penjaga keluarganya dan dia bertanggungjawab terhadap keluarganya, seorang isteri adalah penjaga rumahtangga suaminya dan dia bertanggungjawab terhadap yang dipimpinnya, seorang khadam  (pembantu) adalah penjaga terhadap harta tuannya dan dia bertanggungjawab terhadap  dipimpinnya".
                                                                                           (Riwayat al-Bukhari) 
                  
Berdasarkan hadis ini,

i. kita semua adalah pemimpin dan setiap pemimpin bertanggungjawab dalam mengurus, mentadbir dan menjaga setiap apa yang diamanahkan kepadanya.

ii.   Kepimpinan dalam Islam merupakan amanah dan tanggungjawab bagi memastikan keamanan dan kesejahteraan rakyat Malaysia .

iii. Adakah termasuk luar Malaysia?

3. Kita lihat dalam kontek global iaitu Kepimpinan dalam Islam adalah amanah dan tanggungjawab besar yang perlu dilaksanakan, dipertanggungjawabkan dan tidak boleh diterima dan dipikul secara sambil lewa. Terdapat perbezaan pentafsiran dari kaedah barat dengan Islam tentang tanggungjawab ummat Islam membantu sesama mereka .

Firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat 72:

"Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah (tanggungjawab agama) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakankannya. (Pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikul amanah itu. (Ingatlah) sesungguhnya (kebanyakan) manusia adalah suka melakukan kezaliman dan amat bodoh".

So kekawan macam mana pndapat anda

Kita ambil contoh tindakan rakyat Malaysia pergi ke Syria seperti Ustaz lofti yang jelas beliau pergi atas tiket umat Islam bukannya atas nama parti politik atau mana mana pertubuhan . adakah beliau boleh digelar pengganas atau militant dan apa bukti beliau membahayakan negara Malaysia ?

Adakah dalam Islam dipanggil militant sebagaimana timbalan mufti Kedah menyatakan tiada istilah militant pengganas kepada golongan ummat Islam yang hendak membantu ummat Islam yang ditindas dizalimi .

Maka bagi saya :-

1. Isu ini perlu dibincangkan dalam majlis fatwa ulamak kebangsaan tentang isu jihad luar negara oleh rakyat Malaysia  dari Alquran Hadis ijma qiyas dan ijtihad semasa .

2. Tafsiran akta SOSMA tentang tafsiran jihad ummat Islam dengan aktiviti keganasan adakah sama ?

3. Adakah jihad ditakrif sebagai kerja pengganas atau keganasan ?

Mari sama sama fikirkan

Ahmad Shuaib Ismail

No comments:

Post a Comment