Cadangan kepada Ketua Pengarah DBKL dan Kementerian Wilayah Persekutuan sebagai saya pembayar cukai kepada DBKL dan nak tahu tak apa punca Kuala Lumpur KOTOR ?
1. Tangkap serta merta peniaga peniaga di Jalan Petaling Street yang menjual barangan tiruan dan cop trademark hakcipta palsu . Sita perniagaan dan rampas bangunan mereka dan seret ke Mahkamah dan kenakan penjara mandatori
2. Sita dan rampas mana mana premis menjalankan kegiatan pelacuran . Buat pindaan terhadap undang undang dibawah DBKL membenarkan penyitaan dan rampasan terhadap premis dan tanah yang membuat aktiviti pelacuran setelah pemilik bangunan dan Tanah diberikan terlebih dahulu notis amaran pemberitahuan dan satu public notis diberikan kpada pemilik bangunan .
3. Sita dan rampas bangunan bangunan yang memberi warga asing berniaga tanpa permit dan pemilik bangunan dikenakan penjara mandatori melalui pindaan undang undang
4. Lesen dirampas dan penjara mandatori dikenakan kepada rakyat Malaysia yang sewa lesen dan premis perniagaan kepada warga asing yang tiada permit atau kuasa sah menjalankan perniagaan .
5. Tahan pelacur dan hantar ke pusat pemulihan. Bagi latihan kepada mereka agar mereka boleh hidup berdikari .
6. Amaran serta merta mana mana pekerja DBKL dan Kontraktor yang gagal jalankan kerja pembersihan
7. Tindakan tegas termasuk penjara mandatory mana mana pihak membuang sampah dan kotoran secara terbuka di Kuala Lumpur
Akhir kata dihadapan Ketua Pengarah DBKL dan Kementerian Wilayah Persekutuan Peminta sedeqah dan gelandangan bukan punca bandaraya Kuala Lumpur ada tikus dan Kotor tetapi 7 perkara disebut di atas
Ahmad Shuaib Ismail
Suite 8
Menara Mutiara Bangsar
Jalan Liku Off Jalan Bangsar
59100 Kuala Lumpur
No comments:
Post a Comment