Total Pageviews

Thursday, 11 February 2016

hujah ulamak pas boleh menipu dlm politik

BOLEHKAH PAS  MENIPU DALAM BERPOLITIK?

hujah ulamak pas

Mungkin ada yang berpendapat, menipu dalam berpolitik adalah dibenarkan syarak. Ia dikira tipudaya perang dengan mengqiyaskan kepada sebuah hadis Sahih Bukhari dan Muslim yang disebutkan oleh Rasulullah SAW:
الحرب خدعة
"Peperangan adalah tipudaya."

Mereka menganggap jihad dalam politik sama seperti jihad dalam peperangan. Ataupun menganggap lebih dari itu; apa-apa sahaja tindakan yang dikira jihad maka dibenarkan untuk menipu. Seolah-olah maksud dari lafaz Nabi itu adalah:
الجهاد خدعة
"Jihad adalah tipudaya"

Maka pihak tersebut membenarkan penggunaan pengundi hantu untuk memenangi sebarang pemilihan, mengharuskan janji palsu kepada rakyat, melempar fitnah, menyatakan pembohongan demi untuk meraih sokongan dan berbagai lagi kelakuan. Segala tindakan di atas dikira sebagai sebuah kebijaksanaan politik, dengan tidak melanggar syariat kerana berpegang kepada hadis yang mereka fahami di atas.

Lebih malang, kefahaman ini diajar dalam usrah-usrah dan program tarbiah sebilangan parti atau NGO yang mendakwa sebagai jemaah Islam. Maka ramailah abnaul harakah yang cetek ilmu agamanya terus menerima doktrin sebegini bulat-bulat dan mengamalkannya dalam politik kampus, hingga terbawa-bawa apabila terjun di kancah politik sebenar tanahair

Sebenarnya ini adalah salah faham terhadap nas yang amat jelas. Jika bukan salah faham, ini adalah tindakan mempergunakan nas demi matlamat politik. Beberapa perkara harus diperhatikan dalam isu ini:

1. Sebelum memahami nas secara literal, ia perlulah terlebih dahulu merujuk kepada asbab wurudnya iaitu punca hadis ini dinyatakan oleh Nabi SAW. Mengikut para muhadditsin, hadis ini disebut oleh Nabi SAW ketika mengutuskan Nuaim bin Mas'ud yang baru memeluk Islam dalam peperangan Khandaq bagi menipu kabilah quraisy dan kabilah arab lain supaya mereka berkelahi. Hadis serupa juga dinyatakan dalam saty peristiwa Rasulullah mengutuskan Muhammad bin Salamah untuk membunuh seorang Yahudi yang banyak melakukan keburukan terhadap orang Islam.

Berdasarkan peristiwa di atas, Rasulullah SAW hanya menggunakan hadis tersebut dalam peristiwa perang sahaja, tanpa peristiwa yang lain.

2. Merujuk kepada nas tersebut secara literal pula, Nabi SAW tidak menyebutkan perkataan jihad itu tipudaya, tetapi menggunakan perkataan harb/perang. Justeru erti harb amatlah berlainan dengan jihad. Harb bermaksud peperangan fizikal di medan perang. Ia hanyalah salah satu mekanisme jihad yang popular di zaman Nabi dan beberapa kuru selepasnya, sedangkan jihad pula adalah makna lebih luas daripada itu.

Maka lafaz harb yang disebut oleh Nabi adalah khusus untuk peperangan bersenjata sahaja, tidak boleh diluaskan maknanya kepada semua bentuk jihad. Jika ia bermaksud jihad, nescaya Nabi pasti akan menyebutkan perkataan jihad di situ sebagaimana banyak hadis-hadis yang lain dimana Rasulullah SAW secara jelas menyebut perkataan jihad.

3. Didalam ayat al-Quran dan Hadis yang lain, jelas larangan kepada umat Islam daripada berbohong. Maka apabila datang suatu nas mengharuskannya seperti hadis tentang perang di atas, maka ia dikira satu pengecualian daripada hukum umum yang asal. Mengikut kaedah usul fiqh, suatu nas yang mengecualikan hukum asal, tidak boleh diqiyas ke atasnya. Kaedah tersebut disebut sebagai:
ما ثبت على خلاف القياس لا يقاس عليه
"Perkara yang sabit bertentangan dengan qiyas, maka ia tidak diqiyaskan"

Contoh yang lain seperti air kencing. Ia diketahui sebagai sesuatu yang haram. Tetapi terdapat hadis menghalalkan air kencing unta. Maka benda lain tidak boleh diqiyaskan ke atas air kencing unta.

4. Nas hadis tersebut ditafsirkan sendiri melalui perbuatan baginda SAW. Sepanjang sirah, baginda tidak pernah sekalipun menipu dalam politik dan muwajahah silmiyyahnya. Bahkan dalam muwajahah bil quwwah, Nabi SAW tidak pernah direkodkan menipu, tetapi sekadar membenarkan para sahabtnya melakukan tipudaya atas tujuan itu.

Sebagai contoh, ketika Nabi SAW berunding dengan raja-raja sekitar semenanjung arab melalui surat. Baginda SAW menyatakan segala kebenaran tentang Islam tanpa menipu sesuatupun walaupun terpaksa menerima berbagai reaksi negatif. Begitu juga ketika baginda bertemu satu persatu kabilah arab pada musim haji bagi memohon kerjasama untuk membela Islam, tiada satupun janji palsu yang diberikan oleh Nabi semata-mata untuk meraih sokongan. Bahkan ketika Rasulullah SAW ditawarkan jawatan menjadi pemimpin arab supaya dia meninggalkan dakwah Islam, baginda langsung tidak menerimanya walaupun beliau mungkin berpeluang menggunakan tipudaya bersetuju dahulu dengan tawaran tersebut, kemudiannya menggunakan kuasa yang diberikan untuk melaksanakan Islam sesudahnya.

Tetapi dalam peperangan, Rasulullah mengutuskan Nuaim bin Masud, untuk menipu tentera Ahzab sehingga mereka berpecah belah. Rasulullah SAW juga mengutus Muhammad bin Maslamah bagi memperdaya saudara susuannya Kaab bin Asyraf untuk membunuhnya dalam Perang Uhud. Maka pengkhususan tipudaya hanyalah berlaku dalam perang sahaja.

5. Politik merupakan wasilah untuk menyampaikan mesej Islam dan memperolehi kuasa pemerintahan. Justeru imej yang perlu dibawa oleh politikus Islam perlulah mencerminkan sifat Islam yang sebenar. Jika kita silap mengamalkan Islam dalam politik, akibatnya akan menimbulkan fitnah terhadap Islam.

Sekiranya kita mengamalkan pembohongan dan tipu helah dalam politik, orang akan memandang kita orang Islam dengan pandangan yang jelek. Fitrah semulajadi manusia tidak kira apa bangsa dan anutan, amat membenci akan pembohongan dan pengkhianatan. Justeru dalam politik, haruslah jujur sentiasa walaupun terkadang kejujuran itu boleh membuatkan kita hilang sokongan.

Kesimpulannya, politik bukanlah peperangan menurut hadis tersebut, justeru menipu atau apa jua tindakan lain yang dibenarkan atas srbab peperangan tidaklah dibenarkan dalam medan politik. Justeru sebagai sebuah gerakan yang mendakwa sebagai jemaah Islam, mereka harus menjadikan seluruh sirah perjuangan Rasulullah SAW sebagai panduan asas, bukan hanya mencedok mana-mana bahagian yang disukai sahaja dan meninggalkan bahagian yang tidak disukai.

Mudah-mudahan kita semua terselamat dari mengikut jalan yang terpeson

No comments:

Post a Comment