Total Pageviews

Thursday, 15 October 2015

Belanjawan 2016

Berita baik untuk seluruh rakyat malaysia. Antara intipati Belanjawan 2016 yang akan diumumkan kerajaan penghujung tahun ini:

1. Pemberian BR1M dinaikkan kepada RM400 (Bujang) dan RM1,200 (Keluarga)

2. Harga petrol RON95 dan Diesel diturunkan sebanyak 60sen, manakala RON97 sebanyak 40sen

3. Wang royalti minyak sebanyak 15% daripada keuntungan bersih tahunan syarikat carigali bertanggungjawab akan diberikan kepada kerajaan negeri yang terlibat.

4. Bantuan Kereta 1 Malaysia (BAK1M) bakal diperkenalkan dengan bantuan bayaran deposit sebanyak RM5,000 untuk warganegara berumur 21 tahun ke atas yang tidak pernah memiliki kenderaan (Model Proton sahaja)

5. Kadar faedah bank akan dikurangkan sebanyak 0.8% bagi kakitangan kerajaan dan 0.5% bagi kakitangan swasta swasta

6. PTPTN akan dilupuskan secara berperingkat bermula dengan peminjam yang tamat pengajian dengan pencapaian PNGK 3.0 dan ke atas

7. Graduan yang tamat pengajian dan telah menganggur melebihi 1 tahun akan diserap masuk ke sektor awam dibawah Skim Latihan Graduan 1 Malaysia (SLAG1M) dengan gaji permulaan sebanyak RM1,600

8. Ibu tunggal dan warga emas akan mendapat diskaun sebanyak 50% untuk setiap pembelian di Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M)

9. Diskaun sebanyak 30% diberikan kepada remaja berumur 18-25 tahun untuk pembelian motosikal berjenama Malaysia

Berikut adalah antara intipati penting Belanjawan 2016 yang telah diberitahu oleh seorang pesakit mental Hospital Bahagia Tanjung Rambutan awal pagi tadi jika dia dipilih menjadi Perdana Menteri pada PRU akan datang.

No comments:

Post a Comment