Isu buat jenayah untuk beli nasi -
Sampai isu kes jenayah pun pencacai nak spin
Saya seorang " pegawai mahkamah " saya pengamal undang undang Malaysia amat kesal tuduhan jijik kepada sistem perundangan Malaysia oleh puak baruah madey dan pencacai seangkatan
Kita malu penipuan dibuat oleh pencacai madey kutty dan seangkatan konon kes kena hukum penjara 16 bulan sebab curi minyak wangi dan beri alasan untuk beli nasi dengan bandingkan kes kes lain sedangkan tertuduh adalah penjenayah tegar sering lakukan kesalahan oleh itu mahkamah putuskan hukuman lebih berat atas kesalahan berulang ulang
Fakta kes mereka tak bagi tahu bahawa tertuduh mempunyai terlalu banyak rekod lampau jenayah dilakukan ke atas masyarakat seperti mencuri dll sejak 1993 hingga 2006 oleh sebab itu mahkamah jatuhkan hukuman berat atas perbuatan beliau
KUANTAN - Seorang lelaki yang mendakwa baru keluar wad kerana sakit mental sebelum ditangkap kerana mencuri minyak wangi dan sembilan berus gigi berjenama dalam sebuah pasar raya di sini mengaku terpaksa berbuat demikian kerana ketiadaan wang untuk membeli nasi.
Tertuduh, Mohd Khairulnizam Jaafar, 33, berasal dari Pasir Putih, Kelantan yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan semalam atas tuduhan mencuri bagaimana pun gagal membuktikan status penyakitnya itu sebaliknya dia memaklumkan kad pengesahan sebagai pesakit mental sudah lama hilang.
Dalam rayuannya juga, tertuduh yang tidak bekerja memohon supaya hukuman diringankan memandangkan dia terpaksa menyara ibu saudara di kampung.
Ketika berada dalam kandang pesalah, tertuduh, mengadu tidak sihat dan sakit-sakit tubuh bagaimana pun tindak-tanduknya itu hanya satu alasan bagi mengelak menjawab pertanyaan Majistret Nurulnaim Abdullah berhubung rekod kesalahan lampau dan hukuman yang pernah dijalani sebelum ini.
“Saya tidak ingat semuanya puan,” jawabnya ringkas selepas mahkamah menyenaraikan rekod kesalahan lampaunya sejak 1993 hingga 2006 atas kesalahan mencuri, memiliki barang curi dan lari dari pusat serenti.
Tertuduh yang mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Ungku Alfiati Zabeidah Ungku Ismail tetap merayu supaya hukuman ke atasnya diringankan bagaimana pun mahkamah terpaksa menjatuhkan hukuman setimpal ke atasnya mengambil kira kesalahan berulang yang dilakukan lelaki itu.
Mohd Khairulnizam sempat mengucapkan terima kasih kepada mahkamah selepas dihukum penjara 16 bulan bermula dari tarikh hukuman semalam.
Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri sebotol minyak wangi dan sembilan batang berus gigi bernilai RM132.74 dalam sebuah pasar raya di sini kira-kira jam 2.30 petang 19 September lalu bagaimana pun perbuatannya disedari pengawal keselamatan premis tersebut dan dia berjaya ditangkap.
Ahmad Shuaib Ismail 26/9/2015 ASI
No comments:
Post a Comment