Total Pageviews

Wednesday, 5 August 2015

Kes pulau batu putih wajib dituntut semula melalui semakan

Tarikh penghakiman 23 Mei 2008 - maka ada masa sehingga 23 Mei 2018 iaitu tempoh 10 tahun untuk diadakan semakan terhadap penghakiman 

Kita mohon Peguam Negara dan kerajaan Malaysia failkan rayuan terhadap kes Mahkamah Antarabangsa terhadap Pulau Batu Putih kerana masa masih ada 


Ini kerana Statut ICJ sendiri mempunyai peruntukan khusus – Artikel 61 - yang memungkinkan penyemakan semula sesuatu kes jika perlu. Artikel 61 dalam Statut ICJ ini membolehkan permohonan untuk semakan semula terhadap sesuatu kes yang telah diputuskan oleh ICJ. Syaratnya, pihak yang memohon semakan semula itu hendaklah menemui fakta baru yang boleh menjadi faktor penentu. Bagaimanapun, pada ketika penghakiman terhadap kes berkenaan dibuat sebelum itu, fakta baru tersebut tidak diketahui oleh pihak ICJ.

Satu lagi syarat yang dikehendakki oleh Artikel 61 dalam Status ICJ ini adalah: fakta yang baru ditemui itu telah tidak dapat dikemukakan sewaktu perbicaraan sebelumnya, bukan akibat sesuatu kecuaian. Lebih jelas lagi, ini bermakna bahawa fakta yang baru ditemui itu hendaklah benar-benar tidak diketahui oleh pihak yang memohon semakan semula, sewaktu perbicaraan ke atas kes terbabit dijalankan sebelum itu.

Artikel 61 ini juga mensyaratkan supaya sesuatu permohonan untuk semakan semula terhadap sesuatu kes yang telah diputuskan oleh ICJ perlulah dilakukan dalam tempoh enam bulan daripada tarikh penemuan fakta yang baru, dan dalam tempoh 10 tahun mulai tarikh penghakiman terhadap kes terbabit yang telah diputuskan oleh ICJ sebelum itu.

Ahmad Shuaib Ismail 5/8/2015 

Demi maruah negara kita 


Rakyat Malaysia 




No comments:

Post a Comment