Sambungan novel dari pagoh ke sungai buloh
Pengumuman
Dengan ini saya memecat tok Maidin sebagai timbalan ketua kampung atas sebab
1- subahat dengan pihak asing hendak jatuhkan kampung kita
2- bersubahat dengan musuh untuk jatuhkan ketua kampung
3- terlibat dengan konspirasi dengan pemuda di negeri tomoi Palsukan dokumen projek ayam kampung
4-bocorkan rahsia akaun kampung dan rahsia kampung
5- bocorkan dokumen kepada pihak asing dibantu oleh Mat tail dan Mat bahar kepada Sarawak krepot dan wall street Zionis
6- hendak lakukan undi tidak percaya di mesyuarat persidangan JKK kampung untuk usul memecat ketua kampung
Dengan ini juga melantik tok Hid sebagai timbalan ketua kampung yang baru
Sekian ucapan dari tok jib ketua kampung
Apa dah berlaku ni tok Maidin tanya Mat tail
Tok Maidin : habis kita rahsia kita tok jib dah tahu maka mana aku nak cakap
Raja pasir empat butir panggil aku mengadap pasal apa kena pecat jawatan timbalan ketua kampung
Apa cadangan Mat tail
Mat tail : tok cakaplah yang tok kena zalimi dan tak mengaku dengan sebab sebab pemecatan yang dibuat ketua kampung
Betul tak
Tok Maidin : ya betul , aku mesti tunjuk baik kata aku tak salah dan perjuangkan kebenaran
Wayang kena kuat bagi rakyat termakan hasutan kita
Lagipun arwah bapa aku ulamak maka mesti rakyat percaya cakap aku dari ketua kampung
ππππππππππ
Mati kita Mat tail
Kata tok Maidin
Mat tail : pasal apa
Tok Maidin : bekas ketua kampung tok madey tak mahu masuk campur cara jahat kita
Tok madey dah tahu tok jib tak salah
Mat tail : apa susah , aku ada cadangan
Kita buat isu baru pasal dana 30 ribu yang tok jib yang dia terima dari Pak Sheikh saudagar unta dari negeri Syam.
Tok Maidin : aku ada dana 40 ribu duit aku kawtem dengan tauke lim pasal projek bijaknet pasal aku yang bagi tender kat dia
Kita gunakan sepenuhnya untuk bayar orang orang lawan tok jib
Jangan risau aku dah kawtem dengan ajk badan pencegah suapan agar kes aku kawtem projek bijaknet ditutup
Aku dah bayar ajk pencegah penyeludupan 60 ribu kawtem baik punya
Yang penting kita bak bagi tok jib jatuh
πππππππππππ
Mesyuarat tergempar
Tok Maidin : kita buat plan C
Kita kumpul pemuda kampung seperti keri pinky wan beruk termasuk pie bedal untuk buat usul tidak percaya di persidangan JKK kampung m
Kita mesti kasi tok jib mampos kerjaya beliau sebab dia berani pecat aku jawatan timbalan ketua kampung
Malam ini raja negeri pasir 4 butir nak jumpa
Mat tail : tok kena spin kata tok kena zalimi konon tok nak tegakkan kebenaran termasuk projek ayam kampung
Tapi tok jangan lupa skandal tok pasal projek bijak Net suplly internet pun tok dah balun banyak duit dan dengar dah ada laporan kat ajk pencegah suapan
Teruk tok kena nanti
Tok Maidin : aku pandai wayang - aku buat muka baik sembang keluar tiga empat hadis dan sumpah konon aku perjuangkan kebenaran agar orang kampung percaya pemecatan aku dari timbalan ketua kampung sebagai satu kezaliman dibuat oleh tok jib
Aku dah suruh Mat Johar wartawan kampung dan Mat pinky keluar kenyaatan sokong tindakan ajk pencegah penyeludupan siasat kes projek ayam kampung
πππππππππππ
Ini tak boleh jadi
Tok jib nampak makin kuat semangat nya kata Mat pinky
Tok Maidin : aku ada plan baru
Ko dengar baik baik Mat pinky
Kerja ko sekarang rosakkan imej tok jib pasal dia tukar dua orang anggota ajk pencegah suapan ke jabatan ketua kampung
Duit takda masalah , aku dengar duit Fund ko pun masih ada 500 hasil Share dengan abg ipar ko buat projek minyak sengugut
Pie bedal bagi aku 60 hasil dia pow kontraktor projek projek luar bandar di kampung kita
Mat pinky : aku dah bagi tahu wan berok standby
Kita rosakkan imej ketua kampung melalui media . Kita wassap semua penduduk kampung kata tok jib zalim
Tok Maidin : ko jaga jaga jawatan ko ajk belia nanti takut tok jib pecat
Mat pinky : ha hahahah mana tok jib berani , aku anak menantu dollah , dia tak berani walaupun dollah masih sokong tok jib , aku peduli apa sama bapak mertua aku
Anak dia aku kawin sebagai wayang untuk aku satu hari juga naik ketua kampung
Ha hahahah
ππππππππππππππ
Mesyuarat di rumah tok Maidin
Aku ada plan d kata tok Maidin
Pie bedal : apa dia
Tok Maidin : aku dah Fund setiap Team pemuda kampung dengan 20 seorang dengan Mat pinky ketua belia kampung ketuai
Aku buat macam ini
1- undi tidak percaya kepada tok jib di persidangan mesyuarat kampung
2- undi tidak percaya untuk penduduk kampung adakan mesyuarat tergempar usul pecat ketua kampung dalam pertubuhan keris bersatu
3- keluarkan dokumen pasal kewangan Pertubuhan keris bersatu pasal penyata dana kita spin kata tok jib dah makan wang JKKK kampung dan pertubuhan keris bersatu
4- aku dah bagi Fund kat mak jat tauke lembu untuk gerakkan wanita kampung dalam pertubuhan keris bersatu untuk sokong usul dan undi dalam persidangan
Mak jat orang kita jangan risau dia pun anti tok jib pasal tak tolong kes suami dia kena dakwa kat mesyuarat JKK kampung pasal tak bagi lembu makan dedak
πππππππππππ
Mat pinky : aku risau dengan ajk puteri kampung
Dia setia sama tok jib
Dia kata hanya taat pada tok jib dan tolak rancangan tok Maidin nak singkir ketua kampung
Tok dan Kasim pun sama tak nak campur dengan kekal setia
Tok Sham jangan tanya sebab dia sepupu dengan tok jib
Tok Maidin : so berapa kekuatan kita ada
Mat pinky : pemuda kampung setakat ini 60 orang setuju tumbangkan ketua kampung
Tok Maidin : aku pulak ada 35 penduduk setuju tumbangkan ketua kampung melalui persidangan mesyuarat tapi tak cukup sebab tok jib masih ada 154 sokong beliau
Nak buat macam mana
Mat pinky : kita arahkan tentera media kampung serang ketua kampung teruskan buruk imej ketua kampung diketuai oleh Mat bedil.
Tok Maidin : ha hahahah lega sikit hati aku
πππππππππππ
Sekarang kita ada ajk wanita kampung mak jat , ajk belia kampung Mat pinky , cukup ke kita mahu lawan ketua kampung tanya pie bedal
Tok Maidin : jangan risau aku sedang pujuk anak tok madey bekas ketua kampung agar join kita sekarang
Dia teragak-agak nak join sebab sebab tok madey dah pesan kat dia jangan jatuhkan ketua kampung cara kotor , dia tak setuju sebab dia suruh ketua kampung turun bukan dengan cara kita jatuhkan cara kotor
Pie bedal : aku pun sama , sekarang orang kampung lebih percaya cakap Mat keluak dan Mat nipah aman
So aku lemah sikit sekarang hanya ada 5 orang sahaja setuju tumbangkan ketua kampung
Tok Maidin : aku tengah usaha Fund ko jangan risau
Ketua lempung tumbang je maka semua projek buat jalan kampung aku bagi kat ko ya pie bedal
Pie bedal : bijak kepala tok hahahah
Draf novel dari pagoh ke sungai buloh
No comments:
Post a Comment