Total Pageviews

Saturday, 27 June 2015

Naib Ketua Pemuda Umno meletak jawatan

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO Kluang, Datuk Khairul Anwar Rahmat hari ini mengumumkan melepaskan semua jawatannya dalam parti berkuatkuasa 11 Julai ini. Penganjur forum Nothing2Hide itu berkata keputusan diambil selepas mendapat restu dari ibu serta perbincangan mendalam bersama ahli keluarga. Dalam satu kenyataan pagi ini, beliau menyebut selain jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, jawatan lain yang dilepaskan ialah Naib Ketua Pemuda UMNO Johor dan Ketua Sekretariat Perundangan UMNO Malaysia.

Info Dari wassap seperti berikut 

Salam - datuk selamat puasa salam Ramadhan 

Just nak confirm sekali lagi 

Adakah post ini betul atau sekadar khabar angin 

Pelepasan semua jawatan dalam Umno


Assalamualaikum WBT.

1. Saya ingin mengesahkan bahawa kenyataan media yang dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat Khairul Group pagi tadi adalah sahih.

2. Keputusan ini diambil selepas mendapat restu dari ibu saya serta perbincangan mendalam bersama ahli keluarga.

3. Mohon doakan saya berjaya dalam apa jua lapangan yang bakal saya ceburi kelak.

4. Semoga keputusan yang saya ambil ini telah dipandu oleh petunjuk Allah SWT seterusnya diterima dengan baik oleh teman-teman sekalian.

5. Jutaan terima kasih atas segala nasihat dan dorongan, izinkanlah saya dahului dengan ucapan penghargaan jazzakallahu khairan khatira.

Ikhlas,

Khairul Anwar Rahmat
Kluang, Johor
10 Ramadhan 1436
27 Jun 2015

-------------------------------

Kenyataan Media 
Khairul Group
27 Jun 2015

Pelepasan semua jawatan dalam Umno: Dato' Khairul Anwar Rahmat
*Ketua Pemuda Umno Bahagian Kluang
*Naib Ketua Pemuda Umno Johor
*Ketua Sekretariat Perundangan Umno Malaysia

1. Kami ingin memaklumkan keputusan Pengerusi kami, Dato' Khairul Anwar Rahmat untuk melepaskan semua jawatan dalam parti Umno berkuatkuasa 11 Julai 2015 bagi meneruskan kerja-kerja kemasyarakatan di dalam dan luar negara serta perluasan operasi korporat firma kami.

2. Serentak itu juga, pihak kami bakal meneruskan operasi firma Khairul Group ke Asia Barat dan Eropah yang tertangguh sebelum ini memandangkan Pengerusi kami (ketika itu) masih bergiat aktif dalam platform politik tempatan.

3. Semoga langkah terbaru ini dapat memberi manfaat kepada firma terutama bagi memuktamadkan beberapa rundingan dalam bidang hartanah, perundangan dan mediasi (mediation) antarabangsa.

Sekian, terima kasih.

Unit Komunikasi Korporat
Khairul Group
27 Jun 2015

Jawapan - ya menang Benar info diatas 

No comments:

Post a Comment