Total Pageviews

Monday, 29 June 2015

Masuk Dap bukan perjuangkan Hak Melayu

" kami bukan perjuangkan hak Melayu apabila kami masuk Dap " 

Pengakuan dari orang Melayu diambil dari kenyataan rasmi segolongan orang Melayu yang telah sertai Dap 

Ia jelas bercanggah dengan perlembagaan Malaysia yang menetapkan hak hak Melayu bumiputra 

Kenyataan dari roketkini http://www.roketkini.com/2015/06/29/sertai-dap-bukan-untuk-perjuangkan-hak-melayu/

Kenyataan Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Dr Jayum Jawan seperti yang dilaporkan media bahawa penyertaan orang Melayu ke dalam DAP kerana mahu memperjuangkan kepimpinan dan hak orang Melayu jelas semberono dan memandai-mandai.

Kami melihat kenyataan sedemikian tidak tepat dalam menggambarkan mengapa kebanyakkan orang melayu terutamanya anak muda seperti kami menyertai DAP.

Berbanding dakwaan kami menyertai DAP untuk tujuan memperjuangkan hak Melayu, kami sebaliknya menyertai DAP kerana sudah jemu mendengar dan melihat politik negara ini masih berputar sekitar soal perjuangan kaum tertentu.

Kami menyertai DAP bukan untuk mengangkat kepimpinan kaum kami, sebaliknya mengangkat kepimpinan rakyat. Bukan untuk perjuangkan hak kaum kami tetapi hak setiap rakyat sebagai mana yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.

Kami mahu lihat demokrasi subur, yang mana usaha mewujudkan negara yang lebih baik digerakkan secara bersama, dalam satu pertubuhan berbilang kaum. Dalam kata mudah kami lebih tertarik dengan agenda perjuangan dari rakyat untuk rakyat yang lebih inklusif and progresif.

Kami bersetuju dan mahu memperjuangkan ide bahawa Malaysia adalah milik kita bersama dan setiap warga tidak kira kaum atau asal usul harus bertindak bersama seiringan untuk menjadikan ide itu kenyataan. Dengan semangat solidariti, berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing.

Rasanya tidak terlewat lagi untuk kami mengucapkan tahniah kepada Profesor Dr Jayum Jawan kerana dilantik menyandang Kerusi Tun Abdul Razak, Universiti Ohio.

Namun kami berharap pengiktirafan demikian akan membuatkan seorang ahli akademik lebih bersungguh mengeluarkan pandangan bernas bagi mengatasi masalah-masalah meruncing yang dihadapi negara. Bukannya menjadi ‘Professor Serba Tau’ mengulas sesuatu hanya berdasarkan imaginasi liar semata-mata.

Sudah sepatutnya Malaysia berganjak dari wacana politik berasaskan kaum kepada politik berasaskan ideologi kebebasan dan membebaskan, memperjuangkan nasib golongan terpinggir serta menjamin keadilan dan kesaksamaan untuk semua warga. Dan kami merasakan prinsip-prinsip itu jelas dalam DAP dan menjadi sebab kami memilih DAP.

Sekian.

Edry Faizal, Ketua Pemuda DAP (DAPSY) Subang

Young Syefura, Naib Ketua DAPSY Subang

Tarmizi Anuwar, Bendahari DAPSY Subang

Numan Saada, Setiausaha Publisiti DAPSY Subang

 
ASI post 29 jun 2015 

No comments:

Post a Comment