Total Pageviews

Tuesday, 21 April 2015

Gagal fahami undang undang kontrak buat seseorang tanggung kerugian malah boleh bankrap !

Mari kita kenal asas asas hendak memasuki kontrak ap apapun meliputi kontrak perjanjian . Jual beli rumah , pembinaan , dan apa jua kontrak yang menjadi asas perundangan di Malaysia agar kita mudah mengetahui asas 

Selalu menjadi masalah kepada para peniaga usahawan malah orang awam apabila gagal mengetahui asas perjanjian dan terma terma perjanjian 

Jika ada masalah boleh hubungi Ahmad Shuaib Ismail - hp 0193330608  


Undang-undang Perniagaan

1.         PENGENALAN  
            1.1  DEFINISI AKTA KONTRAK 1950
            Takrif mengikut AK 1950 adalah:
            Seksyen 2(h)-“ Sesuatu perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oelh undang undang adalah kontrak.

            Merujuk kepada seksyen 10(1) yang memperuntukkan bahawa “ semua perjanjian adalah kontrak jika dibuat atas kerelaan bebas pihak-pihak yang layak membuat kontrak, untuk suatu balasan yang sah, dan dengan sesuatu tujuan yang sah; dan tidak ditetapkan dengan nyata mengikut peruntukan Akta ini bahawa ianya batal”.

            Seksyen 10(2) – Tiada sesuatu yang terkandung dalam Ordinan ini boleh menyentuh mana-mana undang-undang yang berkuatkuasa di Persekutuan yang menetapkan bahawa mana-mana kontrak mestilah dibuat secara bertulis atau di hadapan saksi, atau mana-mana undang-undang mengenai pendaftaran dokumen-dokumen.  

2.         ELEMEN ELEMEN KONTRAK
2.1      TAWARAN
Istilah tawaran juga dirujuk sebagai cadangan. Ia ditakrifkan mengikut Seksyen 2(a) AK 1950 – “apabila seseorang menyatakan kesediaan kepada seorang yang lain untuk melakukan atau menahan diri daripada berbuat sesuatu itu, maka bolehlah dikatakan bahawa orang itu membuat cadangan”.

Cadangan atau perjanjian yang dibuat oleh pembuat yawaran kepada penerima untuk melakukan sesuatu atau menahan  diri daripada melakukan sesuatu. Tawaran mesti jelas, lengkap dan muktamad. Penerima tawaran mesti disebutkan sama ada individu atau sekumpulan individu atau umum.

Contohnya tawaran untuk mencari kucing yang hilang. Manakala pelawaan tawaran seperti: membeli barangan yang di lelong atau iklan.
      
2.2      PENERIMAAN
Akta 1950 mentakrifkan penerimaan mengikut Seksyen 2(b) AK 1950 sebagai: “apabila orang kepada siapa tawaran itu dibuat menyatakan persetujuan dengan tawaran berkenaan diterima: sesuatu tawaran bila diterima, adalah menepati janji”.

Suatu menerima  cadangan daripada pihak yang membuat tawaran. Penerimaan mestilah jelas, tepat dan muktamad. Dibuat secara biasa dan munasabah melainkan jika tawaran menetapkan cara penerimaan. Ia juga mesti dikomunikasikan dan dibuat dalam jangka masa yang munasabah dan dianggap lengkap sebaik sahaja pembuat tawaran mengetahui dan menerimanya.

2.3      BALASAN
Seksyen 2(d) AK 1950: “menurut kehendak pembuat janji, apabila penerima janji atau siapa sahaja yang telah membuat atau telah menahan diri dari membuat sesuatu, atau memi membuat sesuatubuat atau menahan diri dari membuat sesuatu, maka perbuatan atau penahanan diri atau janji itu adalah disebut balasan untuk janji itu”.

Unsur-unsur balasan:
2.3.1   Timbal balik
2.3.2   Balasan lampau adalah sah
2.3.3   Balasan tidak semestinya berpadanan
2.3.4   Mesti sah disisi undang-undang
2.3.5   Balasan tidak semestinya dating daripada penerima janji


2.4      NIAT
Elemen niat ini ialah sesuatu yang perlu ditentukan oleh mahkamah sebagai wujud sebelum memutuskan kewujudan kontrak yang mengikat.
Mengikut undang-undang Inggeris, perjanjian tidak akan membentuk kontrak yang mengikat melainkan pihak yang terbabit  dengan perjanjian berkenaan mempunyai niat untuk menjalinkan ikatan di sisi undang-undang. Ini diputuskan dalam kes Weeks lwn Tybald(1605)

2.5      KETENTUAN 
Seksyen 30 AK 1950 memperuntukkan:
“Perjanjian-perjanjian yang mana maknanya tidak boleh ditentukan, adalah batal”.
Sesuatu kontrak yang sah mestilah mengandungi peruntukan yang nyata dan tentu atau tidak samar-samar.
Contohnya ; Keputusan mahkamah dalam kes Karuppan Chetty lwn Suah Thian(1916). Tidak ada ketentuan di sini apabila pihak berkontrak bersetuju memajak tanah dengan harga RM35 sebulan ‘ seberapa dia suka’. Mahkamah memutuskan kontarak batal.

2.6      KEUPAYAAN BERKONTRAK
            Seksyen 10 AK 1950 memperuntukkan:
(1)               Semua perjanjian adalah kontrak jika dibuat atas kerelaan bebas pihak-pihak yang layak membuat kontrak, untuk sesuatu balasan yang sah, dan dengan sesuatu tujuan yang sah; dan tidak ditetapkan dengan nyata mengikut peruntukan ordinan ini bahawa ianya batal.
Seksyen 11 memperuntukkan “ setiap orang adalah layak membuat kontrak sekiranya ia dewasa menurut undang-undang yang mana ia tertakluk, dan sekiranya ia berakal sempurna, dan tidak hilang kelayakkan untuk membuat kontrak menurut mana-mana undang-undang yang mana ia tertakluk.
3.        FAKTOR FAKTOR MEMBATALKAN KONTRAK 1950
            Seksyen 2(g) memperuntukan:
           “sesuatu perjanjian yang tidak boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang adalah batal”.
            Apabila sesuatu kontrak batal, ia bermakna bahawa tidak wujud tanggungjawab sama sekali bagi pihak yang berkontrak untuk melaksanakan kontrak. Kontrak berkenaan adalah tidak sah dari awal lagi dan tiada hak dan tidak bertanggungjawab mengikut kontrak sedemikian. Antaranya adalah;
3.1      Perjanjian Menyalahi Undang-undang
Seksyen 24(a) AK 1950 – Ini bermaksud perjanjian yang dipersetujui oleh pihak berkontrak secara jelas bercanggah dengan peruntukkan sebarang undang-undang. Apabila terdapat percanggahan, maka perjanjian sedemikian adalah batal kerana dilarang oleh undang-undang.
Dalam kes Govindji &  Co. lwn Soon Hin Huat (1982), seseorang pembeli tidak berdaftar telah menandatangani kontrak membeli kelapa kering dan ini bertentangan dengan peraturan yang dibuat mengikut Federal Agricultural Marketing Authority Act 1965. Mahkamah memutuskan kontral batal kerana bertentangan dengan undang-undang.
Seksyen 24(b) – Ini merujuk kepada kontrak yang ditandatangi tetapi tidak dengan nyata melanggar peruntukan undang-undang. Sebaliknya, undang-undang Cuma melarang perjanjian atau kontrak berkenaan secara implikasi, iaitu dengan mengenakan denda atau hukuman jika terdapat pelanggaran.
Contohnya, sesuatu undang-undang membenarkan sesuatu kontrak ditandatangani pada masa ia melarang kontrak dibuat oleh orang yang tidak mempunyai lessen atau permit.
Seksyen 24 (c) AK 1950 – Perjanjian yang balasan atau tujuannya bersifat penipuan adalah menyalahi undang-undang. Contohnya satu perjanjian untuk membahagikan habuan yang diperoleh secara tipu daya adalah batal.
Seksyen 24 (d) AK 1950 -  Perenggan (d) ini digunakan  untuk diri atau harta orang lain. Atas prinsip ini, jika dua pihak bersetuju untuk memusnahkan rumah pihak ketiga dengan bayaran dari seorang lain, maka perjanjian ini batal berdasarkan perenggan (d).
Dalam kes Syed Ahamed bin Mohamed Alhabshee lwn Puteh binti Sabtu (1992), defenden bersetuju menjual harta kepada plaintif yang yang melibatkan kepentingan seorang kanak-kanak. Urusan ini merugikan kanak-kanak tersebut dan telah dibatalkan oleh mahkamah.
Seksyen 24 (e) AK 1950;
i)                    Perjanjian yang Tidak Bermoral
Dalam kes Pearce lwn Brooks (1986), plaintif syarikat pembuat kereta menyewakan kepada seorang pelacur (defenden) kereta kudanya untuk digunakan dalam kegiatan pelacuran. Defendan gagal menjelaskan bayaran sewaan dan plaintif mengambil tindakan untuk mendapatkan kembali wangnya. Mahkamah memutuskan plaintif tidak berjaya untuk mendapatkan kembali wang sewaan daripada defendan, kerana perjanjian yang dibuat bertentangan dengan undang-undang dan tidak bermoral.
ii)                  Perjanjian yang Bertentangan dengan Muslihat Awam
Menurut penulis seperti Wu Min Aun dan Beatrix Vohrah, perjanjian yang bertentangan dengan muslihat awam ialah perjanjian yang membawa mudarat kepada masyarakat.
Mahkamah mengambil pendirian yang sama dengan mahkamah Inggeris walaupun memiliki kuasa budi bicara, iaitu doktrin muslihat awam tidak akan diluaskan untuk meliputi kes-kes selain daripada yang telah diputuskan sebagai termasuk doktrin.
1.2    Perjanjian Menghalang Perdagangan
Mengikut AK 1950 Seksyen 28 memperuntukan:
“setiap perjanjian  dengan mana seseorang dihalang dari menjalankan profesyen, atau tred atau apa-apa perniagaan yang sah adalah adalah batal setakat itu”.
Seksyen 28 ini menjelaskan bahawa sesuatau kontrak yang mengandungi sekatan adalah batal, tidak kira setakat mana sekatan berkenaan dilakukan walaupun ia munasabah. Walau bagaimanapun, sekatan tidak akan membatalkan keseluruhan kontrak. Ini bermaksud bahagian kontrak yang tidak mengandungi sekatan adalah sah dan boleh dikuatkuasakan.
Contohnya kes Wringgleswoth lwn Anthony Wilson (1964). Dalam kes ini, suatu perjanjian telah dibuat di antara plaintif dengan defenden yang menghalang defenden daripada menjalankan perniagaan sebagai peguam bela dan peguam cara dalam lingkungan 5 batu dari Kota Bharu, dalam tempoh 2 tahun selepas tamat perjanjian perkhidmatanya dengan majikan. Plaintif memohon injuksi untuk menyekat defenden. Mahkamah memutuskan halangan ini adalah batal secara mutlak mengikut Seksyen 28 AK 1950.
1.3    Perjanjian Menghalang Tindakan Undang-undang
Seksyen 29 AK 1950 memperuntukan:
“Setiap perjanjian, dengan mana sesuatu pihak perjanjian berkenaan dihalang dari menguatkuasakan hak-haknya secara mutlak mengikut atau mengenai mana-mana kontrak, dengan tindakan lazim di sisi undang-undang di hadapan tribunal biasa, atau yang menghadkan masa dalam mana ia boleh menguatkuasan hak-haknya, adalah batal setakat itu”.
Dalan kes Corporation Royal Exchange lwn Teck Guan(1912), satu fasal dalam polisi insurans kebakaran memperuntukan bahawa sekiranya tuntutan telah dibuat dan ditolak oleh syarikat insurans, tindakan guaman harus dibuat dalam tempoh 3 bulan selepas penolakan tersebut dan kegagalan akan mengenepikan segala manfaat mengikut polisi.
Mahkaman memutuskan bahawa masa yang diberikan untuk membuat tuntutan adalah kurang dari masa diperuntukan mengikut Akta Had Masa dan dengan itu fasal ini bertentangan dengan Seksyen 29 dan ia adalah batal.
Walaubagaimanapun, tiga pengecualian kepada prinsip am yang mengekalkan kontrak sebagai sah walaupun terdapat sekatan. Pengecualian 1 dan 2 memperuntukan tentang timbangtara dan sebarang perjanjian yang meletakkan syarat rujukan kepada timbangtara masalah yang akan timbul dan yang telah timbul berkaitan kontrak adalah sah. Ini adalah keputusan daripada kes Inggeris, iaitu Scott lwn Avery (1836).
Walaubagaimanapun, kontrak tidak boleh mengenepikan terus hak satu pihak untuk merujuk keputusan timbangtara ke mahkamah. Sekiranya kontrak mengatakan keputusan timbang tara adalah muktamad dan tidak boleh dirayu di sebarang mahkamah, maka kontrak berkenaan batal setakat halangan. Ini diputuskan dalam kes Joshi lwn United Indian Association (1936).
Ini bermakna semua pihak berkontrak boleh bersetuju untuk menggunakan timbang tara terlebih dahulu sebelum award timbangtara dirayu di mahkamah.


Ahmad Shuaib Ismail 
LLB Hons Law UKM 
DSLA syariah UiTM 


22/4/2015

No comments:

Post a Comment