Total Pageviews

Thursday, 26 March 2015

Perang Arab Saudi - Yaman petanda jelas Wahabi sekutu kuat Zionis Amerika

Ada dua peperangan sedang berlaku di Yaman. 


Wahabi bersama Amerika Zionis 

Pertama perang antara Sunnah wal Jamaah dan Syiah.

 Kedua, perang antara pengganas dan tentera.

 Di antara Sunnah dan Syiah, maka pihak kerajaan adalah yang Sunnah. 

Sementara Syiah merupakan golongan pemberontak. Di kalangan pengganas dan tentera pula, kedua-duanya adalah Sunnah. 

Di pihak pengganas, mereka adalah mujahidin yang menentang kerajaan yang menjadi sekutu Amerika Syarikat. Sementara di pihak kerajaan pula, mereka melihat pengganas itu sebagai mengancam keselamatan negara dan rakyat. 

Tetapi Yaman mempunyai sejarah konflik yang panjang. Dalam sejarah silam, Yaman pula terkenal sebagai negara bertamadun purba yang pernah menjadi wilayah Habsyah semasa zaman sebelum kelahiran Rasulullah s.a.w. Kemudian di situ jugalah muncul raja terkenal, Abrahah yang menyerang Mekah dan kisahnya diabadikan sebagai pihak yang dimusnahkan oleh burung ababil. Dalam sejarah Islam, Yaman diperintah oleh kerajaan Syiah. Mereka berpegang kepada fahaman mazhab Syiah Zaidiah. Iaitu mazhab Syiah yang paling hampir dengan Sunnah wal Jamaah. 

Pegangan mereka berbeza daripada Syiah yag ada di Iran. Maka sehingga hari ini, terdapat banyak penganut Syiah di bahagian selatan. Di akhir pemerintahan Islam pula, Yaman adalah sebahagian daripada pemerintahan khilafah Uthmaniah

. Tetapi selepas kejatuhan Uthmaniah, di sebelah utara menjadi bebas dan dikenali sebagai Yaman Utara dengan ibu negara Sanaa.

 Sementara di sebelah selatan dikenali sebagai Yaman Selatan dengan kota pelabuhan Aden terletak di dalam penjajahan Britain. Dalam keadaan begini, Yaman Utara lebih konservatif, sementara Yaman Selatan oleh kerana di bawah penjajahan Britain serta mempunyai pelabuhan adalah lebih terbuka dan dipengaruhi oleh idea-idea Barat khususnya fahaman nasionalisme kiri dan sosialisme. Maka tidak hairanlah di sebelah selatan, muncul pergerakan kebangsaan yang berupa pengangkatan senjata menentang penjajahan Britain.

Maka ketika dunia melalui proses pembebasan tanah jajahan, muncul dua Yaman yang berlainan fahaman, malah berperang di antara satu sama lain. 

Yaman Utara merupakan kerajaan Yaman yang pro-Amerika Syarikat dan bersekutu dengan Arab Saudi. Sementara Yaman Selatan menjadi Republik Demokratik Rakyat Yaman, sebuah negara sosialis, malah boleh dikatakan komunis. 

Ia bersekutu dengan Mesir pimpinan Presiden Gamal Nasser dan pada satu masa bergabung dengan negara itu serta Syria untuk menjadi Republik Arab Bersatu (UAR), suatu gagasan yang gagal. Tetapi kejatuhan Kesatuan Soviet dan pergerakan komunis keseluruhannya membawa perubahan mendadak kepada Yaman.

 Kerajaan kiri Yaman Selatan tumbang dan ia digantikan dengan pemerintahan biasa, bermaksud tidaklah bersifat kiri dan pro-komunis.

Dengan kejatuhan kerajaan kiri Yaman Selatan, negara itu menurut jejak langkah Jerman. Jerman yang berpecah kepada Jerman barat dan Jerman Timur telah bersatu. Maka begitulah dengan Yaman. Yaman Utara disatukan dengan Yaman Selatan untuk menjadi satu Yaman, dengan Sanaa di utara sebagai ibu negara. Bermaknanya kuasa berada di tangan bahagian utara. Apabila kuasa berada di sebelah utara, ia bermakna bahawa pihak yang mendominasi ialah di kalangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan bukannya Syiah.

 Bermakna juga golongan konservatif lebih berpengaruh daripada golongan radikal. Perbezaan ini jugalah akhirnya menghasilkan jurang yang mencetuskan dua peperangan, iaitu antara pihak Sunnah dan Syiah, dan golongan konservatif dan radikal.

 Tetapi pertembungan antara konservatif dan radikal pula menghasilkan satu aliran yang pemikirannya ultra-konservatif tetapi tindakannya ultra-radikal hingga terkelauar daripada nilai-nilai kemanusiaan. 

DI sinilah muncul golongan yang bersekutu dengan pergerakan pengganas bunuh diri yang menjadi musuh Amerika Syarikat, iaitu Al-Qaeda. 

Timbul persoalaan mengapakah Yaman muncul sebagai negara yang menjadi pangkalan baru bagi Al-Qaeda selepas Afghanistan? Mudah untuk melihat bahawa Al-Qaeda menjadikan Yaman sebagai pangkalan dari sudut bahawa pemimpinnya Osama bin Laden berasal usul dari negara itu. Tetapi tentunya bukan irtu menjadi penyebab utama. Perlu diingat bahawa pangkalan awal bagi Osama adalah di Sudan. Dia tidak memilih Yaman walaupun tentunya dia mempunyai banyak rangkaian sanak saudara di situ. Mungkin kerana keadaan kerajaan Sanaa dan Khartoum yang berbeza hingga mendorong Osama untuk berada di Sudan dan bukannya Yaman. Setelah ditolak daripada Sudan, barulah Osama berpindah ke Afghanistan dengan mendapat ruang daripada Taliban yang memerintah. Tetapi apabila digempur, tentunya Al-Qaeda perlu mencari tempat lain walaupun ia mempunyai sekutu di Pakistan. Dari segi tempat yang sedang kacau dan boleh dijadikan pangkalan baru Al-Qaeda ialah di Iraq dan Somalia. 

Namun begitu ternyata kedua-dua tempat ini tidak pula muncul sebagai pangkalan baru. Mungkin di Ieaq kehadiran tentera Amerika menyukarkan kehadiran mereka. Sementara Somalia yang mempunyai penduduk yang berminda merdeka mungkin tidak memberi ruang kepada pengganas ini. Justeru apabila disedari bahawa Yaman muncul sebagai tempat baru kumpulan ini, maka ia menimbulkan tanda tanya. 

Tetapi apa yang Amerika Syarikat mahu lakukan ialah berusaha bersungguh-sungguh untuk membanteras Al-Qaeda di Yaman. Kalau di Iraq, mereka mempunyai kedudukan untuk melakukannya. 

Begitu juga di Pakistan dan Afghanistan. Tetapi Amerika belum begitu menguruskan kehadirannya di Yaman. Maka itulah yang sedang dilakukan dan menjadi medan peperangan bagi kuasa besar itu. - Azli Shukri 

No comments:

Post a Comment