Jawapan Peguam Melayu isu kafir mengkafir
Soalan:
Apa hukum ulamak Pas pemimpin Pas menuduh kafir terhadap orang islam yang lain dari Umno ?
Jawapan:
Agama Islam mengharamkan seseorang islam itu menuduh kafir terhadap seorang islam yang lain kerana Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
“ لا يرمى رجل رجلا بالفسوق ولا يرميه بالكفر الا ارتدت عليه أن لم يكن صاحبه كذلك “ .
Ertinya diriwayatkan oleh Abu Zar sebagaimana yang tersebut dalam kitab –kitab Sahih Imam Bukhari dan Sahih Imam Muslim yang bermaksud: “ Barang siapa yang menuduh fasik atau kafir terhadap seorang lain adalah dia sendiri akan menjadi fasik atau kafir jika tuduhannya tidak benar.Telah ijmak sekalian ulama Islam pada menyatakan perbuatan itu adalah suatu dosa yang besar-kalau pun tidak boleh dikatakan sebesar-besar dosa kerana menyebabkan orang yang membuat tuduhan itu sendiri menjadi kafir akibat dari tuduhan yang tidak sebenar itu.
Maka mana pemimpin Pas yang telah menuduh UMNO kafir atau murtad maka mereka menjadi kafir maka haram solat jenazah keatas jenazah mereka kerana mayat mereka hendaklah dibakar cara pengikut agama Kristian kerana mereka bukan Islam lagi dan batal semua syariat Islam ke atas mereka sperti nikah kawin dan harta perwarisan
Bertaubatlah selagi Allah terima dan ucapkanlah Dua kalimah syahadat semula
Ahmad Shuaib Ismail
LLB Hons Law DSLA Syariah Law
No comments:
Post a Comment