Total Pageviews
Wednesday, 26 November 2014
Usul Ahmad Shuaib Ismail dalam #PAU 2014
Assalamulaikumwarahmatullah
kepada Yab Presiden Umno dan semua kepimpinan Umno dan ahli Umno yang saya kasihi sekalian
Usul saya
Mohon maaf jika ada kesilapan kepada semua rakyat Malaysia, akui mana mana kesilapan yang dilakukan dan rakyat akan menerima dengan jiwa terbuka
1. Kembalikan Umno kepada perjuangan asal tahun 1946 dan kepada perjuangan cara Rasulullah saw , Sahabat sahabat alim ulamak ajmain dan memperkukuhkan asas aqidah ahlu sunnah waljamaah perjalanan mazhab Shafie.
2. kuatkan perpaduan ahli parti dengan ukhwah dan kasih sayang dalam semua peringkat
3. Gunakan segala kuasa yang masih ada dalam pertahankan Islam dan hak hak Raja dan Melayu Bumiputra dalam perlembagaan serta perkukuhkan perlembagaan dan perundangan sedia ada ke arah melaksanakan suatu hari kelak undang undang jenayah Islam
4. Kuatkan keadilan sosial perpaduan sesama Islam di Malaysia dengan mengajak mana mana Ngo mahupun parti politik seperti Pas bersatu atas dasar Islam
5. memberitahu dasar kerajaan dengan jelas dan membalas setiap isu dengan berkesan dalam apa jua keadaan dan peranan media dan pengurusan maklumat kepada rakyat wajib dipertingkatkan dalam semua sudut
6. Peranan pengurusan isu adalah amat penting dalam menangani politik semasa terkini dalam menangi fitnah dakyah propoganda keji dari pembangkang.
7. Mengambil rama ramai golongan profesional teknokrat cendikiawan ke dalam Umno dengan terbuka dan galakkan berjuang terus mulai peringkat akar umbi.
8. Perubahan hendaklah jelas dilakukan dan terang ia sedang dilaksanakan dengan jujur fakta keterangan hujahan yang tepat dan jitu.
9. rakyat mahukan kekuatan Pemimpin Melayu dalam menjaga Agama bangsa tanah air dalam sama saksama dan adil kepada semua kaum dan agama
10. Pertahankan hak hak rakyat dan keselamatan rakyat seperti kekalkan akta hasutan, kembalikan akta akta keselamatan seperti ISA dengan tegas melaksanakannya demi kebaikkan semua rakyat Malaysia
Ahmad Shuaib Bin Ismail
Ketua Unit Profesional Umno
Jabatan Penerangan Umno Selangor
26112014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment