Total Pageviews

Friday, 16 May 2014

Umno saman Malayskini buat fitnah kes libatkan mb terengganu

UMNO saman Malaysiakini terbit artikel berunsur fitnah

Kuala Lumpur: UMNO dan Presidennya mengemukakan notis tuntutan saman terhadap portal berita, Malaysiakini, berikutan penerbitan artikel berunsur fitnah yang bertajuk ‘A Case Of The PM Reaping What He Sows dan How Much Will Najib Spend To Keep Terengganu’, kelmarin.

Penguambela dan Penguamcara Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, yang mewakili UMNO berkata, notis tuntutan saman itu dihantar ke pejabat operasi Malaysiakini di Bangsar Utama, petang kelmarin.

Menunjukkan niat jahat

“MKINI DOTCOM Sdn Bhd melalui portal beritanya, Malaysiakini secara sedar telah mengumpul dan memilih komen-komen yang berunsur fitnah dan hasutan yang jelas menunjukkan niat jahat terhadap anak guam kami dan telah diterbitkan di laman web itu bertarikh 14 Mei 2014 barubaru ini.

“Pada awalnya wakil daripada portal berita itu berkeras tidak mahu menerima notis berkenaan, namun akhirnya mereka akur dan menerimanya,” kata syarikat guaman berkenaan.

Notis tuntutan itu antara lain meminta Malaysiakini membuat permohonan maaf, penarikan balik artikel, menyediakan akujanji bertulis tidak akan mengeluarkan lagi sebarang kenyataan terhadap UMNO dan Presidennya, Datuk Seri Najib Razak, menyediakan aku janji akan lebih berhati-hati untuk menerbitkan semula komen pengguna secara amnya serta membayar ganti rugi serta kos perbelanjaan dalam perkara ini.

“Segala tuntutan yang dibuat oleh anak guam kami itu hendaklah dipenuhi oleh portal berita Malaysiakini dalam tempoh masa 48 jam dan sekiranya mereka gagal, maka kami akan meneruskan prosiding mahkamah bagi permohonan memfailkan injunksi bagi menghalang sebarang penerbitan lanjut berhubung isu berkenaan terhadap Malaysiakini,” katanya.

Turut menerima notis tuntutan saman itu ialah Ketua Pengarang Malaysiakini, Fathi Aris Omar dan juga Ketua Editor, Steven Gan.

No comments:

Post a Comment