Total Pageviews

Monday, 19 May 2014

Uitm tiada tempat dalam dasar DAP

Saya juga bekas pelajar lulusan  Fakulti Undang Undang Uitm ..saya seorang ahli Umno dan berterima kasih kepada dasar kerajaan ke atas orang Melayu bumiputra sebagaimana perkara 153 perlembagaan Persekutuan

Uitm dibina hasil perjuangan Umno mahupun kaum Melayu bumiputra mendapat pendidikan sempurna demi memajukan dan memakmurkan negara dan dapat membantu menaiktaraf pendidikan bangsa Melayu bumiputra

Saya malu jika ada keluaran uitm menyokong dap yang jelas hendak menghapuskan hak Melayu bumiputra kepada hak idelogi sosialis hak sama rata tanpa memikirkan kontrak sosial semasa negara kita hendak merdeka dengan persetuan ketua bangsa cina India dll tentang hak istimewa Melayu bumiputra

1 comment:

  1. Kalau UMNO dulu ok jugalah, UMNO sekarang dengan ramai pemimpin-pemimpinnya yang rasuah dan mengamalkan kroniisma dan nepotisma, hanya mementingkan orang-orang Melayu yang ada di dalam kelompok mereka sahaja (inner circle) yang lain lain terbiar dan tidak dipedulikan.

    Atas kesedaran beberapa pemimpin-pemimpin Melay zaman itu seperti Dato’ Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak dan Tun Dr Ismail Abdul Rahman, UMNO telah ditubuhkan berdasarkan soal amanah demi kepentingan bangsa, agama dan Negara.

    Mula-mula UMNO ditubuhkan, ramai irang Melayu membantu dengan mendermakan sebahagian daripada wang pendapatan mereka, hasil-hasil ladang, dusun, bendang, dan daripada wang yang mereka terima setelah menjual ikan-ikan yang telah mereka tangkap dan kaum wanita dan ibu-ibu pula dengan sukarela memberikan barang-barang kemas yang ada dibadan mereka untuk membentuk dan membangunkan UMNO. Malah Tunku Abdul Rahman sendiri sanggup menjual banglonya dan menggunakan wang yang diterimanya daripada hasil jualan tersebut untuk didermakan kepada UMNO. Zaman itu, semua orang memberi, tidak ada orang yang mengambil. UMNO bermula dengan harapan orang Melayu untuk keluar daripada tempurung yang melindungi mereka, untuk mengusir penjajah, mempertahankan apa yang ada dan mendapatkan kembaliapa yang telah hilang. Harapan yang tidak dapat tidak harus UMNO terima sebagai satu tanggungjawab.

    “Gabungan segala harapan itulah yang menyebabkan orang Melayu berlumba-lumba menyertai UMNO dan dengan harapan yang sama menyebabkan orang Melayu tidak takut-takut untuk turun berarak menentang gagasan Malaysan Uniton ciptaan Harold Macmillan. Dan dengan harapan-harapan itu juga orang Melayu memenuhi Padang Kelab Selangor untuk melihat Union Jack diturunkan dan kerana harapan yang sama mereka membanjiri Stadium Merdeka untuk melaungkan ‘Merdeka!’ bersama-sama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.”

    “Harapan itu terus hidup sehingga kini. Terus marak walaupun dalam bentuk yang mungkin kian berbeza. Harapan tersebut juga tidak mungkin padam selagi UMNO tidak padam!”

    Walaubagaimanau, keadaan telah berubah daripada ‘memberi’ bertukar pula kepada ‘mengambil’ yang kita lihat telah berlaku kebelakangan ini. Yang ambil tu bukan sikit-sikit, tak cukup-cukup, semakin banyak mereka ambil semmakin tamak pula jadi mereka sehingaa isteri, anak-anak, saudara mara kawan-kawan rapat dlll semua ambil sama.

    Orang Melayu tidak menyertai UMNO kerana mahu mencari wang atau kekayaan 50 tahun dahulu; Orang Melayu tidak berebut-rebut untuk mendapatkan jawatan ataupun kedudukan 40 tahun dahulu; orang Melayu tidak menjadikan UMNO sebagai pentas untuk cantas mencantas kaki kawan 30 tahun dahulu. Mereka ingin membina satu persatuan yang boleh menjadi pendinding dan pelindung bangsa, mereka bertolak ansur dan mementingkan adab dan sopan, semuanya kerana bangsa, agama dan negara.

    “Malah 20 tahun dahulu, UMNO masih tampak sihat, penyakitnya belum banyak dan penyakit yang ada pula kelazimannya ringan-ringan. Sebab itu tidak hairanlah jika ketika itu UMNO tidak perlu melantik ‘spy’ untuk menjejaki perangai buruk ahli-ahlinya sendiri.”

    “Sekarang semua itu telah menjadi sebahgian daripada sejarah. Ia tibggal kenangan dan UMNO sudah memasuki fasa lain yang tidak pernah dibayangkan oleh pejuang-pejuang Fasa yang cukup hodoh disebalik kegemilangan dan kejayaan”.

    Baca di sini untuk cerita selanjutnya: http://hak55.blogspot.com/2010/09/penyakit-nak-hidup.html

    As - Salaam. HAK

    ReplyDelete