Saturday, 18 April 2015
Ds Anwar Ibrahim kata PR akan laksanakan GST jika perintah Malaysia so pencacai
Bosnia sebuah negara Islam di Eropah
Bosnia dan Balkan
Untuk berbicara tentang sejarah Bosnia, kita tidak dapat lari daripada menceritakan tentang sejarah Semenanjung Balkan. Semenanjung Balkan adalah rantau yang terletak di antara Laut Hitam, Laut Adriatic, Laut Ionian, Laut Aegean dan Laut Marmara. Balkan hari ini terbahagi kepada Albania, Bosnia & Herzegovina, Bulgaria, Croatia, Greece, Kosovo, Macedonia, Montenegoro, Serbia, Slovenia dan sebahagian Turki. Sebelum wujudnya sempadan negara-negara ini, Balkan merupakan sebuah rantau luas yang asalnya dihuni oleh orang Greek dan Albani. Padah tahun 229 BC, Roman Empire mula menakluki Balkan. Akhirnya mereka menguasai seluruh Semenanjung Balkan dan menguasai peta politik wilayah itu. Disebabkan kemajuan yang dibawa oleh Rome, berlaku imigrasi besar-besaran bangsa Slavia dari Selatan Russia ke Semenanjung Balkan.
Bangsa Slavia
Bangsa Slavia adalah sebuah bangsa kulit putih yang berasal dari Selatan Russia. Pada kurun ke 6, mereka berimigrasi secara besar-besaran dan menduduki kawasan-kawasan Central Europe, Eastern Europe dan Semenanjung Balkan. Hari ini, bangsa Slavia menjadi penduduk majoriti di negara-negara Russia, Ukraine, Belarus, Poland, Czech, Slovakia, Bulgaria, Bosnia, Serbia, Montenegoro, Croatia, Slovenia, dan Macedonia. Orang Bosnia pada hari ini kebanyakannya berasal daripada rumpun Slavia ini.
Bangsa Slavia yang berimigrasi ini kemudiannya berasimilasi dengan penduduk tempatan dan menganut agama tempatan seperti Roman Catholic dan Christian Orthodox. Ada juga yang kekal Pagan.
Bahasa asal Slavia juga berevolusi menjadi pelbagai. Sebab itu hari ini banyak negara yang bertutur dalam bahasa yang lebih kurang sama. Rumpun Bahasa ini disebut Bahasa Slavic.
Bertahun kemudian, bangsa Slavia mula meletakkan identiti nasionalisme mereka berlatar belakangkan agama dan bahasa yang mereka gunakan. Maka, wujudlah pecahan-pecahan bangsa Slavia yang ada seperti hari ini – Polish, Czech, Slovak, Croat, Serb, Bosniak, Silesia dan sebagainya.
Kedatangan Islam Membawa Rahmat
Selama bertahun-tahun, rantau Balkan menjadi medan pertempuran akibat peperangan antara penganut Catholic dan Orthodox. Sejak perpecahan Roman Empire kepada Western Rome(Catholic) dan Byzantine(Orthodox), masing-masing cuba untuk menguasai wilayah yang besar. Peperangan berlangsung sejak kurun ke 12 di mana wilayah Bosnia menyaksikan pertembungan yang paling hebat kerana di sini terdapat bilangan penganut Catholic dan Orthodox yang hampir sama banyak. Tidak tahan dengan situasi perang yang berpanjangan, terdapat beberapa kelompok bangsawan di Bosnia yang keluar daripada agama masing-masing dan mencipta agama baru disebut sebagai Bogomil. Sejak daripada itu, berbondong-bondong masyarakat Bosnia menganut agama Bogomil kerana mahukan keamanan.
Bermula tahun 1463, Islam mula sampai ke Bumi Bosnia dan Balkan. Khilafah Uthmaniyyah menakluki wilayah Bosnia dan seterusnya seluruh Semenanjung Balkan sehingga ke Hungary. Sebagaimana Islam datang mendamaikan Aus dan Khazraj di Yathrib, begitulah juga yang berlaku di Bosnia dan Balkan. Peperangan antara kaum dan agama yang berlarutan tamat selepas kedatangan Islam ke rantau ini. Berbondong-bondong kaum Bosnia memeluk Islam. Penganut Bogomil menjadi kumpulan pertama yang masuk Islam secara beramai-ramai sehingga akhirnya agama Bogomil terus lenyap. Catholic dan Orthodox bebas mengamalkan agama masing-masing. Semenjak itu, kaum Bosnia mensinonimkan semua Muslim di rantau Balkan sebagai Bosniak (sama seperti Muslim di Malaysia dikenali sebagai Melayu). Penganut Orthodox di Bosnia menamakan diri mereka Serbs manakala penganut Catholic menamakan diri mereka Croats. Sehingga hari ini, Bosnia terdiri daripada 3 kaum utama ini – Bosniak, Serbs, Croats.
Khilafah Uthmaniyyah menguasai rantau ini selama 500 tahun lamanya. Selama itulah Semenanjung Balkan aman. Tamadun Bosnia dibangunkan. Urbanisasi besar-besaran menjadikan bandar seperti Sarajevo dan Mostar menjadi pusat tumpuan ekonomi, pendidikan dan sosial rantau ini.
Namun demikian, hanya beberapa kaum di Balkan sahaja yang menerima Islam seperti Bosnia, Albania dan Kosovo. Selebihnya kekal dengan agama masing-masing namun tunduk kepada kekuasaan khilafah.
Keharmonian Agama di Bosnia
Ketika pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah di Bosnia, sejarah mencatatkan berlaku diversity yang sangat besar dalam masyarakat. Ia pertama kali berlaku di Eropah di mana penganut-penganut agama yang berbeza boleh hidup harmoni dalam satu negara. Ia tidak pernah berlaku dalam mana-mana rantaian sejarah Ancient Rome di Eropah.
Islam, Catholic dan Orthodox dapat hidup bersama dalam suasana aman tanpa peperangan.
Bangsa Yahudi yang dibuang oleh Western Rome, Byzantine dan Iberia dari wilayah-wilayah mereka diterima masuk ke Bosnia. Bangsa Yahudi ketika zaman itu menjadi bangsa buangan. Kerajaan-kerajaan di Eropah ketika itu membunuh atau menghalau semua Yahudi daripada wilayah mereka. Namun, Muslim di Bosnia menerima kedatangan mereka dengan baik, hanya kerana mereka menyembah Tuhan yang satu. Sejak itu, Yahudi mula menduduki Bosnia dan sebahagian wilayah Balkan.
Bayangkan, sebuah negara yang dihuni Muslim, Catholic, Orthodox dan Yahudi pada masa itu, dapat hidup dengan tenteram. Jika berjalan di kota Sarajevo, kita boleh lihat masjid, gereja, katedral dan sinagog terletak bersebelahan atau bertentangan antara satu sama lain. Satu pemandangan yang unik, yang tidak ada di mana-mana tempat di dunia ini.
Saya sayang Ds Najib , dr mahathir , ds Mukhriz
Pas Permatang Pauh akan buat kejutan kepada calon PKR dalam PRK permatang pauh
PERMATANG PAUH: PAS Kawasan Permatang Pauh secara terbuka menyatakan akan membuat kejutan pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK), sekiranya PKR dan DAP terus menyinggung perjuangan parti itu.
Selain itu, jentera parti yang akan membantu kempen pada PRK Parlimen Permatang Pauh turut dinasihat supaya tidak akur sekiranya perjuangan diketengahkan bertentangan dengan syariat Islam.
Yang Dipertua PAS Kawasan itu, Omar Hassan, berkata pihaknya bersedia dengan setiap cabaran yang bakal dibawa oleh rakan sekutu pakatan pembangkang mahu pun parti lawan."Kita terbuka bagi setiap pandangan dan cadangan dikemukakan, selagi ia tidak bertentangan dengan syariat Islam.
"Kita juga bukan berebut untuk memegang jawatan, sebaliknya lebih menumpukan usaha untuk menjalankan amanah Allah.
"Saya ingin tegaskan, kita akan membuat kejutan kepada pakatan pembangkang sekiranya mereka menyinggung dasar perjuangan didukung PAS," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-38, PAS Kawasan Permatang Pauh, di Dewan Haji Yusof Ar-Rawa (DHYAR), di sini sebentar tadi.- berita harian
Senarai terkini pencalonan pemilihan Pas - Mat sabu hanya 9 undi jawatan timbalan presiden
Umno Kedah menyokong PM dan MB Kedah
Friday, 17 April 2015
Kenapa Haji hadi presiden PAS tidak saman pemimpin dap yang kata dia khianat
Kerajaan BN tanggung Rm800 wang guru agama kafa selangor dan kerajaan pkr dap pas tanggung rm 500 sahaja = rm 1300
Bagi tujuan itu katanya kerajaan persekutuan menyalurkan peruntukan tahunan berjumlah puluhan juta ringgit kepada majlis agama Islam negeri bagi membiayai aktiviti keagamaan di negeri masing-masing.
Untuk Majlis Agama Islam Selangor, kerajaan persekutuan menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menyerahkan lebih RM37 juta sebagai peruntukan tahun 2013
“Ini menunjukkan kerajaan persekutuan begitu prihatin dengan aktiviti keagamaan di Selangor lebih-lebih lagi peruntukan tahun ini bertambah berbanding tahun lepas berjumlah RM35.23 juta,” kata Noh.
Noh berkata peruntukan itu meliputi pembayaran elaun guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa), elaun imam masjid dan elaun guru takmir untuk tahun 2013.
Beliau berkata sebanyak RM29,832,000 diperuntukkan bagi membayar elaun kepada 2,600 guru Kafa.
“Elaun sebulan bagi guru Kafa ialah sebanyak RM1,300 iaitu RM800 daripada kerajaan persekutuan dan baki dibayar kerajaan negeri,” katanya.
Noh berkata sebanyak RM6,273,000 pula diperuntukkan bagi membayar elaun kepada 669 imam masjid yang setiap seorang menerima RM750 sebulan.
Selain itu, sejumlah RM1,282,160 diperuntukkan kepada 140 guru takmir yang menerima RM800 sebulan, katanya.
Pada masa yang sama Noh turut membidas kegagalan kerajaan Selangor pimpinan pakatan pembangkang menaikkan jumlah elaun guru Kafa seperti yang dilakukan oleh kerajaan persekutuan sejak dua tahun lepas.
“Jika kerajaan negeri prihatin terhadap kebajikan guru Kafa mereka sepatutnya sudah naikkan elaun daripada RM500 kepada RM800. Sebelum ini ada kata nak naikkan elaun guru Kafa dan pengumuman itu dibuat semata-mata sebab pilihan raya. Jangan disebabkan politik rakyat menjadi mangsa,” katanya.
Menurut Noh kerajaan negeri juga boleh naikkan elaun imam dan guru takmir namun tidak berbuat demikian.
“Kerajaan persekutuan tidak politikkan isu agama dan dalam usaha membangunkan setiap negeri kita tidak anaktirikan kerajaan pembangkang. Ini dibuktikan apabila tahun lepas, kerajaan persekutuan peruntukkan RM5.6 bilion untuk pelbagai projek pembangunan di Selangor,” katanya -
Wednesday, 15 April 2015
Antara hujahan Kes dadah terbaik
Friday, December 5, 2014
HUJAHAN RAYUAN DI MAHKAMAH RAYUAN (SEMI-PRO LEVEL)
RINGKASAN HUJAHAN PERAYU
- ALASAN NO. 1 DAN 2 DALAM PETISYEN RAYUAN
- Pertamanya, Hakim khilaf apabila memutuskan wujudnya kes prima facie terhadap Perayu.
- Hakim telah gagal untuk mengambilkira bahawa beg berisi dadah (P19) tidak pernah berkunci langsung pada mana-mana bahagian. Malahan beg P19 hanya berzip sahaja tanpa apa-apa jenis kunci atau mangga. Tiada juga penemuan apa-apa kunci pada badan Perayu. Rujuk m/s 10 Rekod Rayuan JIlid 1 dan m/s 32Rekod Rayuan Jilid 1.
- Adalah tidak munasabah untuk Perayu tidak mengunci beg P19 dan membiarkannya begitu sahaja tanpa apa-apa precaution. Ini menunjukkan Perayu tiada usaha untuk menyembunyikan dadah dan tiada pengetahuan berkenaan kandungan beg P19 kerana beg tidak “carefully concealed”.
- Hujahkan ini bermakna Hakim telah gagal membuat penilaian maksimum di akhir kes pendakwaan. Dalam keadaan beg tidak berkunci dan tiada kunci dijumpai pada Perayu; tidak ada inferens yang kuat boleh dibuat bahawa Perayu memiliki pemilikan sebenar mahupun “mens rea possession”. Rujuk kes PP v Suzie Adrina Ahmad [2006] 3 CLJ 889 [TAG 1];
- ALASAN NO. 3 HINGGA 5 DALAM PETISYEN RAYUAN
- Keduanya, isu identiti melibatkan gangguan ke atas barang kes dadah. Hakim khilaf apabila gagal memutuskan bahawa wujud gangguan pada barang kes dadah dengan adanya keratan pada P10.
- SP2 tidak pernah ditanya di dalam pemeriksaan utama berkenaan keadaan P10 yang mana adanya kesan pelekat di salah satu bucunya. Oleh itu jelas dari keterangan SP2 bahawa beliau tidak memeriksa pelekat di P10. Apakah jaminan bahawa pelekat ini berupaya menghalang bahan Kristal dalam bentuk bercerai daripada keluar?
- Daripada keterangan SP4 pula, jelas bahawa beliau tidak ingat mengenai tampalan pada P10. Malah dalam pemeriksaan semula, sekali lagi beliau mengatakan tidak ingat samada ada dibuat ujian setelah ia dijumpai.
- Oleh itu inferens yang memihak kepada Perayu wajar dipilih iaitu kesan keratan pada bucu P10 tidak wujud semasa SP4 mula-mula membongkar beg P19. Tiada keterangan langsung untuk suggestbahawa secara tidak sengaja berlakunya kesan keratan ini semasa proses mengumpil beg.
- Juga adalah salah untuk suggestbahawa kesan potongan mungkin berlaku (secara tidak sengaja) semasa plastik kuning P21 dibuka oleh SP4. Ini kerana jelas SP4 menggunakan perkataan “koyak” terhadap P21 yang semestinya berbeza dengan kesan “potong” atau “kerat” yang mana Mahkamah sendiri meneliti secara fizikal sifat potongan itu.
- Inferens yang memihak kepada Perayu iaitu asalnya P10 itu tidak ada sebarang kecacatan mestilah dipilih oleh Mahkamah. Tiada penjelasan memuaskan diberikan oleh SP4. Tambahan pula, ekshibit dokumentari terutamanya gambar P5(16) yang dirakamkan di KLIA tidak menunjukkan kesan potong itu sudah wujud.
- Apabila dibandingkan pula dengan keterangan IO (SP5) jelas beliau dapati bucu P10 telah koyak semasa beliau membukanya di Nilai. Persoalannya, bilakah keratan ini wujud? Hujahkan ia berlaku antara tempoh selepas SP4 membuat pembongkaran di KLIA sehinggalah tempoh P19 dibuka semula oleh SP5 di Nilai. Ini adalah konsisten dengan gambar P5(16) dan P5(25) yang mana beza waktu keduanya adalah lebih kurang 2 jam.
- Wujud juga masa di mana P10 hanya ditinggalkan dalam kawalan SP5 dan SP1 sahaja tanpa kehadiran SP4 semasa SP4 membuat laporan polis dan ini berlaku sebelum penyerahan rasmi dibuat. Tempoh ini menurut SP5 adalah kurang daripada satu jam.
- Dihujahkan sebarang gangguan kepada P10 mesti berlaku antara tempoh SP4 selesai membongkar hingga masa SP5 mendakwa wujudnya keratan di Nilai.
- Penjelasan SP5 dalam pemeriksaan semula lebih mengukuhkan telahan bahawa beliaulah yang membuat gangguan ke atas barang kes dadah. Beliau pasti juga ketika SP4 menjumpai P10, tiada pelekat (bermakna tiada juga keratan). Fakta bahawa SP5 boleh sahkan tiadanya pelekat ketika itu menunjukkan beliaulah yang membuat keratan dalam keadaan SP4 tidak ingat apa-apa.
- Hujahkan benefit of the doubt iaitu berlakunya gangguan ke atas P10 dalam tempoh ini hendaklah diberikan kepada Perayu. Banyak persoalan gagal diperjelaskan. Bagaimana ia boleh berlaku? Apa keperluan keratan dibuat? Kenapa tampalan dibuat oleh SP5? Adakah ada perubahan berat yang wujud? Kesannya telah timbul satu keraguan serius atas identiti barang kes yang fatal kepada pendakwaan.
- Sebarang discrepancies dan doubtsyang wujud dalam satu kes capital offence mestilah ditutup dan diperjelaskan melalui keterangan oleh pihak pendakwaan. Kegagalan melakukannya adalah fatal kepada kes pendakwaan. Rujuk kepada kes Yeong Kia Heng v PP [1992] 1 CLJ 364 [TAG 2].
- Hakim juga khilaf apabila gagal memutuskan bahawa tindakan IO kes memindahkan barang kes dari plastik asal ke tiga plastik berasingan terjumlah kepada gangguan kepada barang kes.
- Keadaan asal apabila SP4 menjumpai barang kes dadah di dalam P19 adalah satu plastik kuning (P21) yang mana ada dadah di dalamnya. Manakala di dalam P21 ada satu lagi plastik lutsinar (P10) yang turut mengandungi bahan disyaki dadah seperti dalam P21.
- Menurut SP5, beliau tuang serbuk Kristal dalam P21 ke dalam 3 plastik lutsinar lain yang beliau bekalkan (P11, P12 dan P13). Alasan beliau kerana bahan ini bertaburan dalam P21 itu yang telah koyak.
- Persoalan pertama, mengapakah SP5 bertindak mengalihkan bahan disyaki dadah dari dalam P21 ke dalam 3 plastik yang beliau bekalkan sendiri? IO kes bukanlah orang yang sepatutnya melakukannya, sebaliknya ahli kimia lebih sesuai.
- Tambahan pula, SP5 melakukannya secara manual memindahkan bahan dari P21 ke 3 plastik lain itu. Dalam keadaan sifatnya yang berbentuk serbuk dan SP5 sendiri kata bertaburan, apa jaminan bahawa cara manual ini memastikan keseluruhan bahan berjaya dipindahkan?
- Persoalan keduanya, cara bagaimana pemindahan tersebut dibuat juga sangat meragukan dan menimbulkan syak wasangka. Sebelum mengalihkannya, SP5 tidak menimbang berat kandungan dalam P21, tiada gambar diambil menunjukkan proses pemindahan dan SP5 juga melakukannya seorang diri.
- Persolan ketiganya, 3 plastik P11 hingga P13 tersebut dibekalkan sendiri oleh SP5. Sedangkan plastik asal P21 pula tidak dihantar ke Jabatan Kimia. Mana mungkin satu kes melibatkan hukuman mati dikendalikan dengan cara begini di mana alteration dibuat sesuka hati ke atas dadah oleh pihak yang menyiasat kes? SP5 juga mengatakan beliau heat seal P11 hingga P13 sendiri.
- Jelas ini satu pencabulan serius ke atas rantaian keterangan barang kes dadah yang wajar diberi perhatian berat oleh Mahkamah. Jika pihak IO boleh mengubah bentuk, sifat dan komposisi dadah yang dirampas, apa jaminan tiada perubahan pada berat dadah? Sudah tentu identiti barang kes sudah tidak sama lagi antara yang dirampas dengan yang akhirnya diubah dan dihantar ke ahli kimia, seterusnya dikemukakan di mahkamah.
- Tiada juga penjelasan memuaskan mengapakah plastik asal P21 tidak dihantar bersama kepada ahli kimia walaupun didakwa sudah dikosongkan. Bukankah P21 itu plastik asal dijumpai dadah di dalamnya?
- Persoalan keempatnya, SP5 mendakwa ada maklumkan pemindahan ini kepada SP2 secara lisan. Namun, tiada keterangan dari SP2 bahawa beliau telah dimaklumkan hal ini. Tiada juga dinyatakan dalam borang permohonan (D18).
- Hujahkan tindakan SP5 memindahkan kandungan dadah dari P21 ke 3 plastin P11 ke P13 adalah satu gangguan (tampering) kepada barang kes. Tidak mungkin bahan serbuk yang bertaburan dapat dipastikan dihantar ke SP2 dalam bentuk, komposisi dan berat yang sama dengan yang asalnya dijumpai oleh SP4. Ini adalah fatal kepada kes pendakwaan.
- ALASAN NO. 6 HINGGA 8 DALAM PETISYEN RAYUAN
- Ketiganya, Hakim khilaf apabila gagal untuk “appreciate” kes pembelaan. Hakim telah gagal membuat analisa yang adil dan saksama berkaitan seluruh aspek pembelaan. Rujuk kes Rozmi bin Yusof v PP [2013] 5 MLJ 66 [TAG 3] dan kes Gooi Loo Seng v PP [1993] 2 MLJ 137 [TAG 4].
- Tidak ditunjukkan di mana-mana di dalam alasan penghakiman bahawa Hakim telah mengambilkira kewujudan percakapan beramaran Perayu (D45). Bahkan tiada rujukan langsung dibuat kepada D45 samada ianya bermerit atau tidak, sedangkan ianya dikemukakan seawal kes pendakwaan lagi melalui IO kes.
- Penolakan Hakim terhadap pembelaan Perayu telah tidak mengambilkira keterangan yang crucial ini. Ini bermakna Hakim telah gagal untuk address his lordship’s mind atas kewujudan D45. Hujahkan ini adalah satu salah arah yang serius (misdirection by way of non-direction) dan perlanggaran kepada tanggungjawab statutori di bawah Seksyen 182A Kanun Acara Jenayah. Ini mewajarkan satu “appellate interference” daripada Mahkamah Yang Mulia ini.
- Rujuk kes Prasit Punyang v PP [2014] 1 MLRA 387, [2014] 7 CLJ 392 [TAG 5];
- Kedudukan dalam kes Perayu adalah lebih buruk kerana Hakim tidak merujuk langsung ekshibit D45 pada mana-mana bahagian di dalam Alasan Penghakiman beliau.
- Rujuk juga kes Azmer bin Mustafa v PR [2014] 3 MLJ 616 [TAG 6].
- Hakim juga tersalah arah apabila menolak pembelaan Perayu sebagai pembelaan berbentuk penafian kosong dan tidak disokong. Walhal, pembelaan Perayu adalah konsisten dengan percakapan beramaran D45. OKT telah memberikan “Alcontara Notice” seawal kes pendakwaan lagi.
- Asas pembelaan Perayu seperti kewujudan Afam, tujuan sebenar kedatangan ke Malaysia, penafian pengetahuan mengenai dadah dan lain-lain telahpun dinyatakan seawal semasa Perayu direman lagi melalui D45. Rujuk m/s 282-285 Rekod Rayuan Jilid 2.
- Ini bermakna penemuan Hakim bahawa pembelaan Perayu tidak disokong adalah bertentangan dengan keterangan. Pembelaan Perayu juga telah memberikan penjelasan mengenai isu yang dibangkitkan iaitu isu pekerjaan dan return ticket. Rujuk m/s 57 & 59 Rekod Rayuan Jilid 1.
- ALASAN NO. 9 DALAM PETISYEN RAYUAN
- Keempatnya, Hakim gagal ambilkira bahawa pendakwaan gagal untuk mencabar pembelaan Perayu pada aspek yang crucial. Ini terjumlah kepada penerimaan pembelaan Perayu.
- Pihak pendakwaan telah gagal untuk menyoal-balas atau mencabar keterangan Perayu dengan secukupnya semasa kes pembelaan antara lainnya dalam aspek berikut;
- Kegagalan pendakwaan mencabar keterangan-keterangan ini secara kolektifnya memberi maksud pendakwaan gagal untuk menunjukkan bahawa keterangan Perayu tidak boleh dipercayai.
- Rujuk kes Wong Swee Chin v PP [1981] 1 MLJ 212 [TAG 7].
Isu pindaan akta hasutan : satu analisa dari sudut perundangan
Antara pindaan substantif yang dilakukan ialah:
• Pertama, perbuatan mana-mana orang untuk mengembangkan kebencian atau penghinaan atau membangkitkan ketidakpuasan hati terhadap kerajaan tidak menjadi kesalahan lagi. Mengikut huraian yang diberi, pindaan ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadi lebih terbuka dan dengan itu membolehkan orang awam bebas untuk memberikan maklum balas atau kritikan terhadap kerajaan agar dapat mewujudkan suatu pentadbiran yang telus dan bertanggungjawab di Malaysia.
• Kedua, memasukkan misalan untuk menjelaskan bahawa perbuatan mengapi-apikan mana-mana orang atau kumpulan orang untuk menuntut pemisahan mana-mana negeri dari Malaysia adalah perbuatan menghasut. Memandangkan apa yang sedang berlaku di Sabah sekarang, ini memanglah wajar.
• Ketiga, apa-apa perbuatan mengembangkan kebencian atau penghinaan atau untuk membangkitkan ketidakpuasan hati terhadap pentadbiran keadilan di Malaysia tidak lagi dianggap sebagai perbuatan menghasut dan oleh itu tidak akan ditangani sebagai suatu kesalahan di bawah Akta Hasutan.
Ini agak memeranjatkan saya. Saya tidak fikir pindaan ini perlu, terutama sekali memandangkan kepada perkembangan akhir-akhir ini. Kritikan terhadap hakim dan mahkamah tidak boleh disamakan dengan kritikan terhadap ahli politik dan kerajaan. Untuk mengkritik hakim di Parlimen pun memerlukan satu usul yang disokong oleh tidak kurang daripada satu perempat ahli dewan (Perkara 127).
Mengkritik penghakiman ada caranya. Mengutuk hakim, mahkamah dan Badan Perundangan tidak sepatutnya dibiarkan. Cuma saya harap selepas ini mahkamah sendiri akan tegas dalam memakai prosiding menghina mahkamah (contempt of court). Janganlah sampai hakim-hakim dilihat sebagai “cabut” apabila dikutuk oleh penjenayah.
• Keempat, untuk menjadikan kesalahan bagi mana-mana orang yang mengembangkan perasaan jahat, permusuhan atau kebencian antara mana-mana orang atau kumpulan orang atas alasan agama. Mengikut huraian, ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk melindungi kesucian agama yang dianuti oleh masyarakat berbilang agama di Malaysia. Perbuatan menghina dan mempermain-mainkan mana-mana agama boleh menyebabkan ketidakharmonian dan mengancam ketenteraman awam. Ini satu penambahbaikan!
• Kelima, untuk menggantikan hukuman sedia ada bagi kesalahan di bawah subseksyen 4(1) dengan hukuman minimum pemenjaraan selama tempoh tiga tahun sehingga tempoh maksimum tujuh tahun dan meniadakan hukuman denda. Sebagai tambahan hukuman yang lebih tinggi juga diperuntukkan bagi kesalahan jika kecederaan tubuh badan atau kerosakan harta benda telah disebabkan akibat daripada perlakuan kesalahan itu.
Dalam hal sedemikian, hukuman minimum pemenjaraan selama lima tahun dan hukuman maksimum pemenjaraan selama 20 tahun boleh dikenakan untuk mengambil kira keseriusan kesalahan itu. Ini memang wajar.
• Keenam, seksyen baru 5A memperuntukkan bahawa jika seseorang dituduh atas kesalahan di bawah subseksyen 4(1A) dan terdapat perakuan secara bertulis Pendakwa Raya yang menyatakan bahawa jaminan tidak boleh diberikan kepada orang yang kena tuduh demi kepentingan awam, orang itu tidak boleh dilepaskan dengan jaminan. Peruntukan ini penting untuk mengelak tertuduh memboloskan diri.
• Ketujuh, seksyen baru 5B bertujuan memberi mahkamah kuasa untuk menghalang seseorang yang dituduh di bawah seksyen 4 yang dilepaskan dengan jaminan daripada meninggalkan Malaysia. Ini termasuklah memerintahkan orang yang kena tuduh itu menyerahkan dokumen perjalanannya. Dalam hal keadaan seseorang yang dituduh tidak memiliki apa-apa dokumen perjalanan, mahkamah boleh memerintahkan Ketua Pengarah Imigresen untuk tidak mengeluarkan apa-apa dokumen perjalanan kepada orang itu.
• Kelapan, seksyen baru 6a menyatakan bahawa seksyen 173A, 293 dan 294 Kanun Tatacara Jenayah tidak terpakai berkenaan dengan kesalahan di bawah subseksyen 4(1A). Ringkasnya, ini untuk mengelakkan penjenayah-penjenayah itu dilepaskan atas jaminan berkelakuan baik yang langsung tidak memberi kesan deterrent.