Wednesday, 15 April 2015

Isu pindaan akta hasutan : satu analisa dari sudut perundangan

Kita semua Tahu pindaan terhadap akta hasutan telah dibuat 

Kita ulas secara ringkas yang mana tak kira pembangkang ke rakyat ke pro kerajaan ke pemimpin politik PR mahupun bn termasuk pemimpin ngo ngo melayu semua tidak terkecuali terhadap kuasa undang undang bawah akta hasutan menerusi pindaan terbaru 


1.   Undang-Undang (RUU) Pindaan Akta Hasutan 1948 yang diluluskan 10 April lalu merupakan satu tindakan tepat dalam mengekang perbuatan individu atau puak tertentu yang cuba mengembangkan perasaan benci atau menghasut terhadap perkara-perkara sensitif.

2. beberapa pindaan khususnya yang mencadangkan agar hukuman lebih berat dikenakan bagi individu yang melakukan kesalahan di bawah akta berkenaan, sememangnya amat wajar setimpal dengan impak daripada perbuatan yang dilakukannya. 

Antara pindaan substantif yang dilakukan ialah:


• Pertama, perbuatan mana-mana orang untuk mengembangkan kebencian atau penghinaan atau membangkitkan ketidakpuasan hati terhadap kerajaan tidak menjadi kesalahan lagi. Mengikut huraian yang diberi, pindaan ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadi lebih terbuka dan dengan itu membolehkan orang awam bebas untuk memberikan maklum balas atau kritikan terhadap kerajaan agar dapat mewujudkan suatu pentadbiran yang telus dan bertanggungjawab di Malaysia.


• Kedua, memasukkan misalan untuk menjelaskan bahawa perbuatan mengapi-apikan mana-mana orang atau kumpulan orang untuk menuntut pemisahan mana-mana negeri dari Malaysia adalah perbuatan menghasut. Memandangkan apa yang sedang berlaku di Sabah sekarang, ini memanglah wajar.


• Ketiga, apa-apa perbuatan mengembangkan kebencian atau penghinaan atau untuk membangkitkan ketidakpuasan hati terhadap pentadbiran keadilan di Malaysia tidak lagi dianggap sebagai perbuatan menghasut dan oleh itu tidak akan ditangani sebagai suatu kesalahan di bawah Akta Hasutan. 

Ini agak memeranjatkan saya. Saya tidak fikir pindaan ini perlu, terutama sekali memandangkan kepada perkembangan akhir-akhir ini. Kritikan terhadap hakim dan mahkamah tidak boleh disamakan dengan kritikan terhadap ahli politik dan kerajaan. Untuk mengkritik hakim di Parlimen pun memerlukan satu usul yang disokong oleh tidak kurang daripada satu perempat ahli dewan (Perkara 127).


Mengkritik penghakiman ada caranya. Mengutuk hakim, mahkamah dan Badan Perundangan tidak sepatutnya dibiarkan. Cuma saya harap selepas ini mahkamah sendiri akan tegas dalam memakai prosiding menghina mahkamah (contempt of court). Janganlah sampai hakim-hakim dilihat sebagai “cabut” apabila dikutuk oleh penjenayah.


• Keempat, untuk menjadikan kesalahan bagi mana-mana orang yang mengembangkan perasaan jahat, permusuhan atau kebencian antara mana-mana orang atau kumpulan orang atas alasan agama. Mengikut huraian, ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk melindungi kesucian agama yang dianuti oleh masyarakat berbilang agama di Malaysia. Perbuatan menghina dan mempermain-mainkan mana-mana agama boleh menyebabkan ketidakharmonian dan mengancam ketenteraman awam. Ini satu penambahbaikan!


• Kelima, untuk menggantikan hukuman sedia ada bagi kesalahan di bawah subseksyen 4(1) dengan hukuman minimum pemenjaraan selama tempoh tiga tahun sehingga tempoh maksimum tujuh tahun dan meniadakan hukuman denda. Sebagai tambahan hukuman yang lebih tinggi juga diperuntukkan bagi kesalahan jika kecederaan tubuh badan atau kerosakan harta benda telah disebabkan akibat daripada perlakuan kesalahan itu.


Dalam hal sedemikian, hukuman minimum pemenjaraan selama lima tahun dan hukuman maksimum pemenjaraan selama 20 tahun boleh dikenakan untuk mengambil kira keseriusan kesalahan itu. Ini memang wajar.


• Keenam, seksyen baru 5A memperuntukkan bahawa jika seseorang dituduh atas kesalahan di bawah subseksyen 4(1A) dan terdapat perakuan secara bertulis Pendakwa Raya yang menyatakan bahawa jaminan tidak boleh diberikan kepada orang yang kena tuduh demi kepentingan awam, orang itu tidak boleh dilepaskan dengan jaminan. Peruntukan ini penting untuk mengelak tertuduh memboloskan diri.


• Ketujuh, seksyen baru 5B bertujuan memberi mahkamah kuasa untuk menghalang seseorang yang dituduh di bawah seksyen 4 yang dilepaskan dengan jaminan daripada meninggalkan Malaysia. Ini termasuklah memerintahkan orang yang kena tuduh itu menyerahkan dokumen perjalanannya. Dalam hal keadaan seseorang yang dituduh tidak memiliki apa-apa dokumen perjalanan, mahkamah boleh memerintahkan Ketua Pengarah Imigresen untuk tidak mengeluarkan apa-apa dokumen perjalanan kepada orang itu.


• Kelapan, seksyen baru 6a menyatakan bahawa seksyen 173A, 293 dan 294 Kanun Tatacara Jenayah tidak terpakai berkenaan dengan kesalahan di bawah subseksyen 4(1A). Ringkasnya, ini untuk mengelakkan penjenayah-penjenayah itu dilepaskan atas jaminan berkelakuan baik yang langsung tidak memberi kesan deterrent.

 
3. pinda akta ini dengan menghapuskan hukuman denda menjadikan mandatori penjara, ia akan ada satu kesan 'deterrent' kepada masyarakat. 

Bermakna rakyat  akan lebih takut kerana melihat hukuman yang bakal dikenakan nanti adalah hukuman penjara.
 
4.  Akta Hasutan ini akan ada lebih kuat kesannya berbanding satu akta yang hanya hidup segan mati tak mahu, yang hukuman tak berapa kuat, orang perlekeh dan orang tak takut.
 
5.  sesuatu undang-undang yang kita nak adakan mesti ada unsur-unsur 'deterrent'. Kalau undang-undang itu tidak ada unsur 'deterrent', ia tak berkesan , ia tak akan ada kesan kepada masyarakat. Nanti ia sekadar ada tapi tak mendatangkan apa-apa kesan terhadap masyarakat," ujarnya kepada Antarapos. 
 
6. Pindaan terhadap akta berkenaan mengambil masa sehingga 14 jam untuk dibahaskan, berikutan perdebatan hangat antara ahli parlimen kerajaan mahupun pembangkang. 
 
7. Pindaan berkenaan mencadangkan hukuman lebih berat dikenakan bagi individu yang melakukan kesalahan di bawah akta itu.
 
8. Ia meminda hukuman penjara daripada 3 tahun dalam akta asal kepada minimum 3 tahun dan maksimum 7 tahun, serta meniadakan hukuman denda.
 
9. Bagi kesalahan yang dikategorikan serius, peruntukan baharu meletakkan hukuman minimum penjara 5 tahun dan maksimum 20 tahun. 
 
10. Sementara itu, dalam pindaan berkenaan juga perbuatan menghasut sehingga mendatangkan kebencian, penghinaan atau membangkitkan ketidakpuasan hati terhadap kerajaan tidak akan lagi menjadi kesalahan. 
 
10 . Pindaan  wajar dilaksanakan memandangkan rakyat juga perlu diberikan ruang untuk menyuarakan sebarang ketidakpuasan hati terhadap pemerintahan mereka, namun sebaiknya biarlah menjurus ke arah kritikan yang membina dan bukan menghasut. 
     
11. masa yang sama peruntukan yang berkaitan dengan tak boleh mengkritik kerajaan, maknanya kecenderungan menghasut untuk membawa masyarakat mempersoalkan sesuatu keputusan kerajaan, yang katanya menjadi satu kesalahan di bawah akta hasutan, yang itu pada pandangan peribadi saya patut dimansuhkan.
 
12. Kerana  tiba masanya sistem demokrasi yang diamalkan di negar kita ini memerlukan rakyat lebih kritikal terhadap pemerintah yang mereka pilih. Kita pilih pemerintah, kita nak pemerintah yang sensitif, yang mendengar denyut nadi rakyat. 

So niat bukan Alasan untuk Kata perbuatan seseorang bukan hasutan Kerana pindaan terbaru tidak pentingkan niat tapi perbuatan so terlalu Keras sekarang ini 

Apa kita dapat ialah akta hasutan boleh jadi alat bukan Sahaja kepada pembangkang tetapi pro kerajaan yang melakukan kesalahan 

Sekian 

Ahmad Shuaib Ismail 
Advocates & solicitors
Peguambela Peguamcara 
16 April 2015
 

No comments:

Post a Comment