Bosnia dan Balkan
Untuk berbicara tentang sejarah Bosnia, kita tidak dapat lari daripada menceritakan tentang sejarah Semenanjung Balkan. Semenanjung Balkan adalah rantau yang terletak di antara Laut Hitam, Laut Adriatic, Laut Ionian, Laut Aegean dan Laut Marmara. Balkan hari ini terbahagi kepada Albania, Bosnia & Herzegovina, Bulgaria, Croatia, Greece, Kosovo, Macedonia, Montenegoro, Serbia, Slovenia dan sebahagian Turki. Sebelum wujudnya sempadan negara-negara ini, Balkan merupakan sebuah rantau luas yang asalnya dihuni oleh orang Greek dan Albani. Padah tahun 229 BC, Roman Empire mula menakluki Balkan. Akhirnya mereka menguasai seluruh Semenanjung Balkan dan menguasai peta politik wilayah itu. Disebabkan kemajuan yang dibawa oleh Rome, berlaku imigrasi besar-besaran bangsa Slavia dari Selatan Russia ke Semenanjung Balkan.
Bangsa Slavia
Bangsa Slavia adalah sebuah bangsa kulit putih yang berasal dari Selatan Russia. Pada kurun ke 6, mereka berimigrasi secara besar-besaran dan menduduki kawasan-kawasan Central Europe, Eastern Europe dan Semenanjung Balkan. Hari ini, bangsa Slavia menjadi penduduk majoriti di negara-negara Russia, Ukraine, Belarus, Poland, Czech, Slovakia, Bulgaria, Bosnia, Serbia, Montenegoro, Croatia, Slovenia, dan Macedonia. Orang Bosnia pada hari ini kebanyakannya berasal daripada rumpun Slavia ini.
Bangsa Slavia yang berimigrasi ini kemudiannya berasimilasi dengan penduduk tempatan dan menganut agama tempatan seperti Roman Catholic dan Christian Orthodox. Ada juga yang kekal Pagan.
Bahasa asal Slavia juga berevolusi menjadi pelbagai. Sebab itu hari ini banyak negara yang bertutur dalam bahasa yang lebih kurang sama. Rumpun Bahasa ini disebut Bahasa Slavic.
Bertahun kemudian, bangsa Slavia mula meletakkan identiti nasionalisme mereka berlatar belakangkan agama dan bahasa yang mereka gunakan. Maka, wujudlah pecahan-pecahan bangsa Slavia yang ada seperti hari ini – Polish, Czech, Slovak, Croat, Serb, Bosniak, Silesia dan sebagainya.
Kedatangan Islam Membawa Rahmat
Selama bertahun-tahun, rantau Balkan menjadi medan pertempuran akibat peperangan antara penganut Catholic dan Orthodox. Sejak perpecahan Roman Empire kepada Western Rome(Catholic) dan Byzantine(Orthodox), masing-masing cuba untuk menguasai wilayah yang besar. Peperangan berlangsung sejak kurun ke 12 di mana wilayah Bosnia menyaksikan pertembungan yang paling hebat kerana di sini terdapat bilangan penganut Catholic dan Orthodox yang hampir sama banyak. Tidak tahan dengan situasi perang yang berpanjangan, terdapat beberapa kelompok bangsawan di Bosnia yang keluar daripada agama masing-masing dan mencipta agama baru disebut sebagai Bogomil. Sejak daripada itu, berbondong-bondong masyarakat Bosnia menganut agama Bogomil kerana mahukan keamanan.
Bermula tahun 1463, Islam mula sampai ke Bumi Bosnia dan Balkan. Khilafah Uthmaniyyah menakluki wilayah Bosnia dan seterusnya seluruh Semenanjung Balkan sehingga ke Hungary. Sebagaimana Islam datang mendamaikan Aus dan Khazraj di Yathrib, begitulah juga yang berlaku di Bosnia dan Balkan. Peperangan antara kaum dan agama yang berlarutan tamat selepas kedatangan Islam ke rantau ini. Berbondong-bondong kaum Bosnia memeluk Islam. Penganut Bogomil menjadi kumpulan pertama yang masuk Islam secara beramai-ramai sehingga akhirnya agama Bogomil terus lenyap. Catholic dan Orthodox bebas mengamalkan agama masing-masing. Semenjak itu, kaum Bosnia mensinonimkan semua Muslim di rantau Balkan sebagai Bosniak (sama seperti Muslim di Malaysia dikenali sebagai Melayu). Penganut Orthodox di Bosnia menamakan diri mereka Serbs manakala penganut Catholic menamakan diri mereka Croats. Sehingga hari ini, Bosnia terdiri daripada 3 kaum utama ini – Bosniak, Serbs, Croats.
Khilafah Uthmaniyyah menguasai rantau ini selama 500 tahun lamanya. Selama itulah Semenanjung Balkan aman. Tamadun Bosnia dibangunkan. Urbanisasi besar-besaran menjadikan bandar seperti Sarajevo dan Mostar menjadi pusat tumpuan ekonomi, pendidikan dan sosial rantau ini.
Namun demikian, hanya beberapa kaum di Balkan sahaja yang menerima Islam seperti Bosnia, Albania dan Kosovo. Selebihnya kekal dengan agama masing-masing namun tunduk kepada kekuasaan khilafah.
Keharmonian Agama di Bosnia
Ketika pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah di Bosnia, sejarah mencatatkan berlaku diversity yang sangat besar dalam masyarakat. Ia pertama kali berlaku di Eropah di mana penganut-penganut agama yang berbeza boleh hidup harmoni dalam satu negara. Ia tidak pernah berlaku dalam mana-mana rantaian sejarah Ancient Rome di Eropah.
Islam, Catholic dan Orthodox dapat hidup bersama dalam suasana aman tanpa peperangan.
Bangsa Yahudi yang dibuang oleh Western Rome, Byzantine dan Iberia dari wilayah-wilayah mereka diterima masuk ke Bosnia. Bangsa Yahudi ketika zaman itu menjadi bangsa buangan. Kerajaan-kerajaan di Eropah ketika itu membunuh atau menghalau semua Yahudi daripada wilayah mereka. Namun, Muslim di Bosnia menerima kedatangan mereka dengan baik, hanya kerana mereka menyembah Tuhan yang satu. Sejak itu, Yahudi mula menduduki Bosnia dan sebahagian wilayah Balkan.
Bayangkan, sebuah negara yang dihuni Muslim, Catholic, Orthodox dan Yahudi pada masa itu, dapat hidup dengan tenteram. Jika berjalan di kota Sarajevo, kita boleh lihat masjid, gereja, katedral dan sinagog terletak bersebelahan atau bertentangan antara satu sama lain. Satu pemandangan yang unik, yang tidak ada di mana-mana tempat di dunia ini.
No comments:
Post a Comment