Gabenor letak jawatan -- Kenyataan Kementerian Kewangan tidak nyatakan sebarang sebab.
KUALA LUMPUR 28 Ogos -
Kementerian Kewangan hari ini mengumumkan peletakan jawatan Gabenor Bank Negara Malaysia (Bank Negara), Tan Sri Ahmad Mohamed Don dan timbalannya, Datuk Fong Weng Phak, mulai 1 September ini.Serentak dengan itu Penolong Gabenor, Datuk Dr. Zeti Akhtar Aziz dilantik sebagai Pemangku Gabenor Bank Negara berkuat kuasa mulai tarikh yang sama.
Kenyataan tiga perenggan kementerian itu bagaimanapun tidak menyebut sebab-sebab peletakan jawatan kedua-dua pegawai tertinggi bank pusat berkenaan.
Ahmad dipercayai telah menghantar surat peletakan jawatannya pada Rabu lalu kepada Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, manakala Fong pula berbuat demikian sehari kemudian.
Anwar sebelum ini pernah menafikan khabar angin mengenai peletakan jawatan Ahmad sebagai Gabenor yang telah tersebar sejak krisis ekonomi negara bermula pada pertengahan tahun lalu.
Desas-desus itu bagaimanapun kembali bertiup kencang sejak tiga bulan lalu apabila Bank Negara menjadi sasaran kritikan kerana melaksanakan dasar kewangan yang terlalu ketat menyebabkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku pertama dan kedua tahun ini masing-masing mengecut sebanyak 2.8 peratus dan 6.8 peratus.
Utusan difahamkan, mereka meletakkan jawatan kerana tidak setuju dengan keputusan kerajaan menurunkan kadar faedah.
Kerajaan pula dikatakan tidak senang dengan prestasi Bank Negara dalam mengendalikan ekonomi negara yang terus merosot.
Perdana Menteri pernah dilaporkan berkata bahawa tindakan bank pusat itu telah ''mencekik perniagaan sehingga tidak dapat bernafas.''
Kalangan kewangan pula menarik perhatian bahawa Bank Negara telah diberikan masa lebih setahun untuk merancang dan melaksanakan dasar-dasarnya bagi menangani krisis ekonomi.
Tempoh yang diberikan itu cukup untuk membuktikan bahawa segala dasar dan programnya boleh berjalan dan berkesan.
Bagaimanapun, ringgit dan pasaran saham telah terjejas teruk dalam tempoh tersebut termasuk sektor pembuatan serta perkhidmatan perdagangan.
Agensi berita asing pula melaporkan Ahmad meletakkan jawatan kerana enggan mengeluarkan arahan supaya dikenakan kawalan terhadap pengaliran keluar modal bagi mengukuhkan nilai ringgit.
Dua minggu lalu, Perdana Menteri membayangkan Malaysia akan mengambil langkah drastik bagi mengelakkan keadaan ekonomi negara menjadi lebih buruk, dan penganalisis berpendapat kawalan modal merupakan salah satu langkah yang akan diambil.
Ahmad, 51, dilantik menjadi Gabenor Bank Negara pada 1 Mei 1994 berikutan peletakan jawatan Allahyarham Tan Sri Jaafar Hussein selepas bank pusat itu mengalami kerugian tukaran asing berjumlah RM15 bilion.
Beliau kemudiannya dilantik semula bagi mengisi jawatan tersebut untuk penggal kedua bermula 1 Mei tahun lalu sehingga 30 April 2000.
Sebelum menyertai Bank Negara, beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Malayan Banking Bhd. (Maybank), bank yang mula-mula disertainya pada tahun 1982 sebagai Pengurus Besar Bahagian Perbendaharaan.
Fong pula dilantik sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara pada 17 April 1995. Sebelum itu beliau memegang jawatan Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif di OCBC Bank (Malaysia) Bhd.
Fong pada 17 Ogos lalu telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penyusunan Semula Pinjaman dan Pengarah Danamodal Nasional Bhd. empat hari lalu.
Sumber perbankan berkata, antara tokoh yang dijangka mengisi jawatan Gabenor Bank Negara ialah Presiden Petroliam Nasional Bhd. (Petronas), Tan Sri Mohd. Hassan Marican.
Nama lain yang turut disebut-sebut ialah Pengarah Urusan Maybank, Amirsham A. Aziz. Ini berdasarkan rekod sebelum ini yang menunjukkan sebarang pengosongan jawatan gabenor bank pusat itu biasanya diambil alih oleh pengurus tertinggi Maybank.
Selain itu, Pengerusi Eksekutif PriceWaterhouseCoopers, Datuk Raja Arshad Tun Uda turut disebut-sebut bakal pengganti Ahmad.
Sementara itu, Dr. Zeti, 51, yang juga anak perempuan kepada Prof. Diraja Ungku Aziz menyifatkan pelantikan terbarunya itu sebagai satu cabaran besar. Beliau akan memberikan reaksinya dalam kenyataan bertulis esok.
Sebagai satu bayangan kepada peningkatan yang dijangka dalam kerjayanya, Dr. Zeti telah diberi peluang mengumumkan angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku tahunan kedua negara di sidang akhbar di sini semalam di mana berbeza daripada amalan biasa bank pusat sebelum ini yang mengeluarkannya dalam satu kenyataan ditandatangani oleh gabenor.
Pada 1 Julai, 1995, beliau dilantik sebagai penasihat kepada bank pusat, bertanggungjawab untuk menguruskan jabatan ekonomi bank tersebut dan kemudiannya dilantik sebagai seorang daripada empat penolong gabenor.
Oleh: MOHD. ASUKI ABAS
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0829&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=fp_01.htm#ixzz3i7qCcyR1
© Utusan Melayu (M) Bhd
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (400) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH DEWA _082315999679_ terima kasI http://bocorantogelhariini-4d.blogspot.com لالله�أشهدألاإله إلاالله،وأشهدأن محمدرسوالل
ReplyDeleteKAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (400) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH DEWA _082315999679_ terima kasI http://bocorantogelhariini-4d.blogspot.com لالله�أشهدألاإله إلاالله،وأشهدأن محمدرسوالل
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (400) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH DEWA _082315999679_ terima kasI http://bocorantogelhariini-4d.blogspot.com لالله�أشهدألاإله إلاالله،وأشهدأن محمدرسوالل
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (400) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH DEWA _082315999679_ terima kasI http://bocorantogelhariini-4d.blogspot.com لالله�أشهدألاإله إلاالله،وأشهدأن محمدرسوالل