Friday, 7 August 2015

Draf novel bab 3 - dari pagoh ke sungai buloh

Sambungan draf novel dari pagoh ke sungai buloh 

Tak lama sebelum tok Din dipecat sebagai timbalan ketua kampung , beliau telah mengatur rancangan bersama lim komunis , min Ice krim untuk jatuhkan tok jib di persidangan JKK kampung tetapi lebai hadi Imam masjid kampung menolak rancangan tersebut 

Tok Maidin :- min , aku bagi ko jawatan timbalan ketua kampung jika aku berjaya naik ketua kampung tumbangkan tok jib 

Min :- aku ok je tapi masalah lebai hadi imam kampung tak setuju tindakan kamu tok Maidin 

Tok Maidin :- ala , bagi kat lebai hadi tiket pergi Jepun senyap la dia tu 

Lim :- itu lebai hadi gua boleh kasi selesai , dia manyak cakap kita minta JKKK masjid buang dia sebagai imam 

Gua kasi Fund sama mat syabu lepas ini kasi lebai hadi jatuh 

Tok Maidin : hahahaha bagus bagus kalian semua memang bagus otak bagus 25% 

Min : hahaha asalkan kita spin penduduk kampung cakap kita dah buat tahaluf siasi bagi mudahkan janji tok Maidin nak naikkan sebagai timbalan ketua kampung hahahaha

🔔🔔🔔🔔🔔
Min :- Tok tok ada masalah tok jerit min Ice krim 

Tok Maidin :- apa masalah dia 

Min :- lebai hadi dah bocorkan rancangan kita nak jatuhkan tok jib masa persidangan ketua kampung 

Undi kita tinggal 73 selepas lebai hadi tak mahu join campur 40 orang tok Maidin so rancangan kita akan gagal 

Tok Maidin :- aduh ... Macam mana boleh bocor rancangan ini min 

Min : tok Maidin , lebai hadi punya kerja dia bagi tahu kat tok jib rancangan kita termasuk rancangan nak spin isu projek 1 ayam kampung dan kambing nampak dah gagal dah ini tok Maidin 

Tok Maidin :- rileks min , aku ada plan lain aku nak umum kat orang kampung yang aku takpernah diberitahu tentang projek ayam kampung agar orang kampung benci sama tol jib 

Aku kena rancang bagi imej ketua kampung rosak 

Jangan takut , adik ketua kampung nampak macam nak join sebelah kita 

Min :- hahahaha ha bijak kepala tok Maidin 

🔔🔔🔔🔔🔔🔔
Min :- Nak ke mana tok 

Tok Maidin :- aku ada rancangan baru 

Aku nak bagi dokumen kat media Sarawak krepot 

Min : dokumen apa tok 

Tok Maidin :- dokumen pasal projek ayam kampung , orang aku dah adjust bagi nampak tok jib salah  

Min : bijak tok , otak tok memang class. 

Tok Maidin : aku selalu bermimpi aku jadi ketua kampung , dengan jatuhnya tok Jib maka cita cita aku tercapai 

🔔🔔🔔🔔🔔🔔🔔🔔
Assalamualaikum tok 

Waalaikumsalam 

Apa korang nak pepagi buta ini min 

Min : tok , rahsia tok nak lawan tok jib dah terbongkar 

Apa kita nak buat 

Tok Maidin :- rileks la aku dah suruh orang orang aku spin cerita konon pasal projek ayam kampung 

Min : dengar cerita tok madey bekas ketua kampung tak setuju tok Maidin buat cara macam ini sebab tok madey suruh tok jib turun je takda la sampai nak fitnah dan burukkan nama ketua kampung 

Tok Maidin :- ini aku punya kerja , orang kampung tahu bapak aku dulu lebai kampung so watak aku sebagai anak lebai memastikan orang kampung dengar cakap aku 

Rileks la min 

Jangan risau 
🔔🔔🔔🔔🔔🔔🔔🔔🔔

Pon pon pon tepi tepi 

Tok jib dah sampai 

Hah lebai hadi apa lebai nak pepagi ini 

Lebai hadi : tok jib , walaupun ente tahu ana tak suka sama tok mah tapi ana tak setuju 

Tok jib :- tak setuju apa ? 

Lebai hadi :- sabar sabar tok jin bagi ana bilang sama ente 

Surrrpppppp lega minum air sekejap 

Macam ini tok jib , tok Maidin dah rancang dengan min Ice krim dan lim komunis nak buat undi tak percaya sama tok jin masa persidangan JKKK kampung untuk kasi tok jib turun 

Tok jib :/ Astaghfirullah betul ka lebai hadi 

Lebai hadi : anta pun tahu ana punya kes ana sudah bilang itu orang kaki pil kuda , masuk mahkamah , hakim kata ana yak salah maka kata kata ana benar 

Ana lebai , mana boleh cakap bohong , lagipun saksi ramai tahu rancangan tok Maidin , min Ice krim dan lim komunis ini tok 
🔔🔔🔔🔔🔔🔔🔔🔔
Hahahahaha 

Apa hal tok gelak kuat ini tanya min 

Tok Maidin : rancangan kita hampir berjaya 

Ramai orang kampung mula percaya yang ketua kampung pinjam duit untuk beli reban baru harga 4300 

Kita dah spin baik kata reban takda ayam tak yang ada hutang 

Min : bijak kepala tok hahahah sambil betul KAN seluar 

Tok Maidin : aku nak jumpa tok madey jap nak tunjuk dokumen agar bekas ketua kampung ingat tok jib makan duit orang kampung pasal beli reban harga 4300 ha hahahah 

Tok madey senang sahaja aku ayat kata tok Maidin kat min 

Min : ayat apa 

Tok Maidin - aku bagi tahu la yang tok jib yang menentang cadangan tok madey pasal nak buat titi bengkok kat hujung kampung kita untuk seberang ke pulau sebelah 

Mesti tok madey marah sama tok jib , aku plan baik punya dengan bawa beberapa orang termasuk pie bedal sekali ayat tok madey kata tok jib taknak bagi anak tok madey jadi ketua pemuda kampung kita 

Hahahaha 

Min : bijak kepala tok 

Tok Maidin : hahahah wayang kena kuat la min , lagipun imej aku anak seorang lebai mesti orang kampung percaya punya 

Lagipun yang bercakap nanti tok masey bekas ketua kampung mesti orang kampung percaya cerita projek ayam yang tok jib dikatakan seleweng 

Hahahaha 
🔔🔔🔔🔔🔔🔔🔔🔔
Lawa tok nak pergi mana tanya min 

Tok Maidin : aku nak jumpa raja kita raja negeri pasir 4 butir 

Min : pasal apa tok 

Tok Maidin : aku kena nyakinkan sama raja yang tok jib dah seleweng duit projek ayam kampung untuk buat raja marah sama tok jib 

Min : takpe ke tok 

Ha ha ha sambil betulkan songkok 

Tok Maidin : ayat aku power mesti raja percaya cakap aku siap aku tunjukkan bukti dokumen kita dah ubah kat raja pasal projek ayam kampung tu 

Min ... Jangan risau pandai la Ali spin raja nanti 

Min : bijak kepala tok kita memang patut jadi ketua kampung ganti tok jib 
🔔🔔🔔🔔🔔🔔🔔🔔🔔🔔
Ya ya tok Maidin betui ka ini 

Tanya tok madey 

Tok Maidin : betul tok . Ini gambar gadis penjual icekrim magnoliam yang tok jin terlibat tu 

Tok madey : bukan ke yang buat gadis tu orang lain 

Tok Maidin : tak , tok jib terlibat , jap nak call tok MR bean dia tahu pasal kes ini 

Hello hello tok bean , saya dengan tok madey , kasi sembang sikit cerita gadis penjual icekrim magnoliam tu 

Tok madey pun borak dalam hp 

Tok madey : Takpa nanti saya akan umumkan kat kampung pasal kes gadis tu sekali dengan projek ayam kampung 

Tok Maidin : jangan lupa bagi tahu suruh tok jib turun jawatan ketua kampung ya 

( dalam hati ... Bagus . Ada dah berjaya spin tok madey pun nampak percaya hahahaha ha ) 
🔔🔔🔔🔔🔔🔔🔔🔔🔔
Hahahaha aku kaya aku kaya 

Aku akan jadi ketua kampung hahaha hahahah 

Ketawa tok Maidin sorang sorang 

Tok tok tok bunyi pintu rumah diketuk 

Apahal ini pie bedal malam malam buta ini 

Pie bedal : tok , rancangan kita hampir percaya 

Tok madey dah suruh tok jib turun pasal kes projek reban ayam 

Tok Maidin : ha hahahah baru ko tahu betapa bijak nya aku ha hahahah 

Pie bedal : tok kalau naik ketua kampung saya nak jawatan ketua kewangan , saya tak mahu lagi jawatan buat parit dan titi orang kampung , tak masyuk la 

Tempat tok Lan kita tukar , saya mahu jawatan dia 

Tok Maidin : takda hal pie bedal, asalkan rancangan aku nak jadi ketua kampung berjaya 

Ha ha ha ha 
🔔🔔🔔🔔🔔🔔🔔🔔🔔
Mah .... Ye sayang ada apa sayang tanya mah 

Tok jib : i pening kepala 

I dah buat terbaik untuk penduduk kampung sampai buat bantuan kewangan kat penduduk kampung buat klinik percuma dll tapi ada orang sedang komplot jatuhkan i 

Mah : jahat betul mereka tak habis habis nak buat fitnah sampai cincin yang  sayang belikan pun mereka kata harga Berjuta sedangkan sayang beli baru 4 ribu je 

Tok jib : kejap mah nak pergi ambil wudu nak buat solat hajat dan solat istikarah minta petunjuk siapa dalang nak jatuhkan jawatan i sebagai ketua kampung 

Mah : abg .... Sudah senang mah bersama sayang 

Moga Allah tunjukkan kebenaran ye sayang jangan risau Allah Ada 

Tok jib : terima kasih mah isteriku .... I rasa semangat sekarang dengar kata kata mah 

8/7/15





No comments:

Post a Comment