Saturday, 20 June 2015

Dap akan kurangkan kakitangan kerajaan jika perintah Malaysia

Mohon jasa baik sebarkan post ini kepada 1.4 juta kakitangan awam dengan tag di wall mereka Atau print pos ini beri kepada mereka 

Terjemahan Akhbar Cina : DAP Akan Buang Kakitangan Kerajaan Jika Berkuasa.

Entri kali ini khas untuk kakitangan Kerajaan yang masih tidak bersyukur berada di bawah pentadbiran Barisan Nasional.

Jika mereka merasakan pembangkang dapat membela nasib mereka, ternyata mereka silap. Belum berkuasa, DAP telah berani mengisytiharkan untuk mengecilkan saiz jabatan Kerajaan. Ini bermakna, makin ramai yang bekerja dengan Kerajaan akan hilang pekerjaan.

Sinchew Daily News m/s 9
1 November 2011 (Selasa)

Jika Pakatan Rakyat Memerintah Kakitangan Awam Akan Dikurangkan Separuh
Setiap Tahun Akan Dikurangkan  Ikut Peringkat: Tony Pua Kiam Wee

‘Pakatan Rakyat akan melalui kakitangan awam yang sudah berusia dipercepatkan bersara, termasuk ambil contoh cara negeri China kurangkan kakitangan awam yang berlebihan, dengan adanya satu sistem untuk kakitangan awam yang kurang berkesan menjalankan tugas, akan ditempatkan di rumah dan diberi separuh gaji, supaya pihak kerajaan dapat kurangkan perbelanjaan yang begitu besar untuk kakitangan awamnya.’

31hb JB, setiausaha bahagian penerangan DAP Tony Pua Kiam Wee berkata,  jika Pakatan Rakyat dapat memerintah kerajaan pusat sahaja, akan kemukakan satu projek yang dinamakan “Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam” untuk mengurangkan bilangan kakitangan awam berperingkat-peringkat setiap tahun.

Tony Pua berkata, bagi mengurangkan jumlah dan bilangan kakitangan awam ia adalah satu cabaran besar bagi Pakatan Rakyat, oleh kerana mungkin akan dapat bantahan daripada kakitangan awam itu sendiri, selepas Pakatan Rakyat memerintah, Pakatan Rakyat tidak akan laksanakannya projek itu secara mengejut.

“Pakatan Rakyat tidak akan gunakan budaya lama yang dilakukan oleh kerajaan membuat pengambilan graduan universiti untuk dimuatkan ke dalam sektor kerajaan, pada masa sama mungkin Pakatan Rakyat akan buat penambahan kakitangan awam, tetapi penambahan itu perlu yang berkualiti tinggi, dan memilih kakitangan awam yang punyai daya saing.”

Kakitangan Awam Yang Sudah Berusia Dibiar Bersara Cepat

Tony Pua berkata, Pakatan Rakyat akan menggalakkan kakitangan awam yang sudah tua dinasihatkan berhenti kerja.  Ia akan ambil contoh cara negeri China bagaimana mereka kurangkan kakitangan awam termasuk kakitangan awam yang kurang berprestasi, kakitangan awam yang diberhentikan ini akan mendapat pampasan separuh gaji, supaya pihak kerajaan dapat kurangkan bebanan dan tanggungan kos untuk membayar gaji kakitangan awamnya.

Tony Pua Kiam Wee berkata demikian semasa menghadiri seminar bertajuk “ke mana perginya wang titik peluh kita? Beranikan diri untuk bentangkan bajet 2012” yang diajurkan oleh pemuda DAP negeri Johor, ucapan dalam seminar politik itu, sebagai membalas soalan-soalan dari orang ramai terhadap kakitangan awam negara ini yang berlebihan itu,  sebagai menjawab soalan-soalan itu Tony Pua berkata demikian.

Dalam sesi soal jawab seminar itu, yang hadir Tony Pua Kiam Wee, Teo Nie Ching Timbalan setiausaha penerangan DAP, ketua pemuda DAP negeri Johor dan setiausaha DAP negeri Johor, mereka dapat mengumpulkan seramai 200 peserta yang hadir yang ambil berat tentang bajet tahun 2012, atur acara  majlis itu diusahakan oleh setiausaha penerangan pemuda DAP negeri Johor puan Liau Yu Fei (terjemah Mandarin).

Tony Pua Kiam Wee juga berkata, buat masa ini kakitangan awam yang berjumlah 1.3 juta orang di negara ini, dengan nisbah 4.6 peratus daripada penduduk Negara kita; jika dibandingkan dengan negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan Korea, bilangan kakitangan awam mereka hanya 2 peratus daripada jumlah penduduk negara tersebut.

Mendapat capaian tertinggi di page tanah Melayu tentang isu ini 






No comments:

Post a Comment