Sunday, 10 May 2015

PRK DUA DUN DI PERAK AKAN BERLAKU ? Kedudukan semasa BN 31 DUN - PAS DAP PKR - 28


Apakah akan berlaku PRK di negeri Perak  jika berlaku kekosongan kerusi DUN Perak kerana calon yang kalah dari Pas kepada calon calon BN di DUN Rungkup dan DUN Manong menghujahkan bukan pemastautin tetap Perak, jelas melanggar Undang undang Tubuh Negeri Perak. 

Pada PRU13 lalu, Jamil -Pas  yang meraih 7,174 undi kalah kepada Mohamed Kamil -BN  yang mendapat 7,405 undi.

Misbahul Munir - Pas yang mendapat 5,802 undi pula kalah Shahrul Zaman -BN yang memperoleh 6,415 undi.

Sebelum itu Mahkamah Tinggi dmembatalkan saman dua calon PAS untuk mendapatkan perintah supaya kelayakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN bagi kerusi DUN Manong dan Rungkup, dibatalkan.

Saman pemula difailkan Jamil Dzulkarnain dan Mohd Misbahul Munir Masduk dibuat dengan alasan bahawa Mohamed Kamil Shafie (Manong) dan Datuk Shahrul Zaman Yahya (Rungkup) tidak menetap di Perak ketika bertanding bagi kedua-dua kawasan itu.

Hakim Datuk Zaleha Yusof membuat keputusan itu dalam kamar selepas membenarkan permohonan Mohamed Kamil dan Shahrul Zaman yang dinamakan sebagai defendan untuk membatalkan saman itu.

Zaleha turut memerintahkan Jamil dan Mohd Misbahul Munir yang bertindak selaku plaintif, masing-masing membayar kos sebanyak RM5,000 kepada defendan 

Mahkamah rayuan juga menolak rayuan permohonan bekas calon Pas yang kalah oleh Panel tiga hakim diketuai Datuk Mohamad Ariff Md Yusof menolak rayuan tersebut.

Hakim Mohamad Ariff berkata mahkamah berpendapat bahawa saluran sedia ada untuk mencabar pemilihan seseorang calon adalah dengan mengemukakan petisyen pilihan raya seperti termaktub di bawah Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

Sepanjang pembelaan di mahkamah , kedua-dua ADUN BN itu, dalam pembelaan, berkata mereka adalah penduduk Perak dan sebarang usaha untuk membatalkan kelayakan wakil rakyat adalah 
hendaklah dilakukan melalui petisyen pilihan raya dibuktikan terlebih dahulu 

Mahkamah Persekutuan Putrajaya akan buat pengumuman pada 13 Mei ini.

Laporan oleh - Ahmad Shuaib Ismail 11 Mei 2015 

No comments:

Post a Comment