Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, walaupun Dr Mahathir ada alasan untuk mengkritik Najib tetapi serangannya lebih berupa serangan peribadi yang bermotif untuk mendesak Najib berundur dari jawatan PM.
"Tun M seperti diserang histeria dan hilang kewarasan sebagai seorang negarawan yang disegani dan disanjung.
"Sedangkan beliau boleh melakukannya dengan penuh berhemah dan berhikmah," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Mengulas lanjut Mustapha berkata sekiranya Najib perlu dijatuhkan, Dr Mahathir perlu menggunakan 'saluran' yang betul.
"Najib menjadi PM kerana beliau adalah Presiden Umno.
"Beliau dipilih oleh perwakilan Umno, Jadi, cara yang paling demokratik ialah melalui pemilihan Umno juga.
"Sesiapa saja boleh menawar diri untuk bertanding jawatan Presiden, termasuk Tun M, Najib hanya alat institusi Umno.
" Najib boleh diganti, tetapi Umno sebagai satu institusi mesti dipertahankan oleh setiap ahli Umno," ujarnya.
Oleh itu,veteran berharap, Dr Mahathir
menghentikan serangan itu, kerana beranggapan natijahnya akan menghancurkan Umno dan merugikan Melayu.
"Sebelum nasi menjadi bubur, sebaiknya Tun M kembali ke pangkal jalan.
"Bertindaklah sebagai negarawan yang rasional dan bijak kerana veteran mahu Tun M terus dikenang sebagai tokoh kebanggaan Melayu sepanjang zaman," katanya.
Mutakhir ini, Dr Mahathir dilihat beberapa kali ‘menyerang’ Najib melalui tulisannya di blogchedet.cc, yang terbaharu menyentuh mengenai kes Altantuya, 1MDB dan ‘Nasib BN’ di bawah Najib menjelang PRU14. ( sinar Harian )
No comments:
Post a Comment