Thursday, 22 January 2015

Kes zamani jelas langgar hak tahanan

Sembang undang undang bersama ASI

Isu artis Zamani kumpulan Slam diarahkan menyanyi dalam lokap dalam keadaan bergari dan video disebarkan.

Kaedah-Kaedah Lokap (L.N. 328/1958) (The Lockup Rules 1953) khususnya kaedah memperuntukkan seperti berikut:

Kaedah 2 Kaedah-kaedah Lokap tersebut mendefinasikan perkataan “banduan” ertinya seseorang, sama ada telah disabitkan kesalahannya atau tidak, yang dikurung atau ditahan dalam lokap.

Ia tanggungjawab sepenuhnya OCPD atau ketua polis daerah

1.  Adakah tangkapan yang ditahan di lokap balai polis tertakluk kepada Kaedah-Kaedah Lokap tersebut?

2. Jawapannya ialah affirmative iaitu mana-mana orang yang ditangkap dan ditahan di lokap balai polis bagi siasatan adalah tertakluk dan perlu dilayani sebagai mana yang dikehendaki di bawah Kaedah-Kaedah Lokap tersebut.

Isu zamani adalah jelas perlanggaran undang undang sendiri dan seksyen 233 akta komunikasi terpakai begitu .

3. Kaedah 3 Kaedah-Kaedah Lokap mengatakan “penjagaan dan pentadbiran am lokap-lokap dan kawalannya oleh pegawai-pegawai polis yang menjaga lokap-lokap atau ditempatkan di lokap, hendaklah terletak ke atas Ketua Pegawai Polis”.

Maka polis yang menjaga lokap adalah bertanggungjawab sepenuhnya 

4. Kaedah 46 mengatakan “Pegawai polis tidak boleh memukul atau menggunakan kekuatan fizikal terhadap seorang banduan melainkan terpaksa berbuat demikian kerana mempertahankan diri atau dalam mempertahankan orang lain.”

Jelas bahawa zamani dikenakan arahan supaya menyayi adalah jatuh kepada penggunaan fizikal

Maka dengan ini

Satu perlanggaran ke atas hak tahanan yang ditangkap dan hak tahanan dari mendapat perlindungan sewajarnya

Dan pengedaran video dalam balai atau lokap tanpa kebenaran bertulis Kp Negeri adalah kesalahan serius kerana ia melibatkan  isu keselamatan sendiri .

Zamani berhak mendapatkan keadilan lebih lagi dari hak sivil beliau

Sekian

Ahmad Shuaib Ismail.
2212015

No comments:

Post a Comment