Friday, 16 May 2014

Kedah Sihat Datuk Mukhriz sihat

Jom mai

Akal yang cergas berkait rapat dengan badan yang sihat. Badan yang sihat berkait rapat dengan amalan makanan dan pemakan yang seimbang. Perpatah Arab yang berbunyi `Akal yang sihat adalah dari badan yang sihat’ kesihatan. Dengan bersukan, kekuatan fizikal dapat ditingkatkan malah dalam al-Quran turut menggalakkan umat Islam untuk mempersiapkan kekuatan fizikal dan mental.

Antara aktiviti yang membantu kesihatan dan menjamin kecergasan badan ialah berenang, memanah dan menunggang kuda.

Aktiviti ini dicadangkan supaya ianya didedahkan kepada kanak-kanak lagi supaya menjadi kebiasaan untuk diamalkan dalam kehidupan mereka Dalam hal berkaitan Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud

“Ajarilah anak-anakmu memanah, berenang dan menunggang kuda.” (Riwayat Thabrani)

Perbetulkan tanggapan bahawa kekuatan tubuh adalah disandarkan kepada banyaknya makan tetapi yang sebetulnya pengambilan yang seimbang menjadi faktor pembinanya. Mengambil makanan dengan kuantiti yang sedikit tetapi kerap adalah lebih baik berbanding dengan makan makan yang banyak secara sekali gus. Hidangan sewaktu berbuka puasa adalah cabaran yang menjadi realitinya.

Rasulullah SAW bersabda “ Barang siapa yang berada dalam keadaan badan yang sihat, aman dalam penghidupannya dan memiliki makanan seharian yang cukup maka seolah-olah dunia ini miliknya.” ( Riwayat at Tirmizi)

No comments:

Post a Comment