Total Pageviews

Wednesday, 15 April 2015

Pandangan peguam menngenai POTA

Akta Pencegahan Keganasan (POTA) 2015: 
Satu Lagi Langkah Yang Menyenangkan Amerika

Pada 07/04/2015 Parlimen Malaysia telah meluluskan Rang Undang-undang Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 yang membolehkan tahanan tanpa bicara, setelah tiga tahun undang-undang seumpama itu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), dimansuhkan. POTA diluluskan dengan majoriti 79-60 ahli Parlimen setelah perdebatan selama lebih 12 jam, satu proses perdebatan yang dilihat amat terburu-buru dan terdesak. Sehari sebelumnya, 17 orang yang dikatakan “pengganas” telah ditangkap oleh polis di mana 2 daripadanya dikatakan baru pulang dari Syria, kerana disyaki merancang untuk menyerang balai polis dan kem tentera. Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, semasa membahas POTA menegaskan bahawa ini adalah ancaman nyata kepada negara dan langkah pencegahan mesti dilakukan.

Di bawah Akta baru ini, mana-mana pegawai polis boleh menangkap, tanpa waran, sesiapa sahaja jika dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa terdapat alasan yang menjustifikasikan siasatan diadakan terhadap orang itu. Dengan kata lain, seseorang itu boleh ditangkap hanya atas pandangan seorang pegawai polis bahawa orang itu terlibat melakukan atau menyokong perbuatan keganasan. Polis dibenarkan menahan suspek selama 59 hari tanpa bicara sebelum dibawa ke Lembaga Pencegahan Keganasan di mana lembaga tersebut berkuasa pula untuk melanjutkan lagi tempoh tahanan selama dua tahun dan boleh diperbaharui tempohnya sekiranya lembaga memandangnya perlu. POTA juga tidak membenarkan semakan kehakiman dilakukan di mana-mana mahkamah dan tidak ada mahkamah yang boleh mengatasi keputusan lembaga yang dijalankan dalam kuasa budibicaranya.

Sesungguhnya penggubalan POTA ini tidak lebih dari usaha menghidupkan kembali ISA, dengan beberapa peruntukan yang lebih zalim. Walaupun Akta ini menyatakan seseorang itu tidak boleh ditangkap dan ditahan semata-mata atas kepercayaan politik atau aktiviti politiknya, namun aktiviti politik yang dimaksudkan hanyalah aktiviti yang disahkan oleh undang-undang sahaja yang bermaksud apa sahaja aktiviti, walaupun bersifat politik, tetapi jika tidak dibenarkan oleh kerajaan, maka ia boleh dikategorikan sebagai keganasan. Hal ini tidak ubah seperti ISA yang asalnya digubal untuk mengekang aktiviti komunis, namun ternyata ia lebih banyak digunakan ke atas musuh politik pemerintah.

Sehubungan dengan ini, menegaskan:

1. Kerajaan tidak sepatutnya meluluskan Akta ini dan hendaklah tidak menguatkuasakannya kerana ia secara nyata bertentangan dengan Islam. Dalam Islam, seseorang itu dianggap tidak bersalah sehinggalah dibuktikan bersalah dan pembuktian hendaklah dilakukan dalam sidang mahkamah, bukan selainnya. Hanya qadhi yang berhak menghukum seseorang sama ada bersalah atau tidak setelah orang tersebut dibicarakan menurut hukum-hakam Islam. Meletakkan kuasa pemutus kepada polis atau kepada Lembaga Pencegahan Keganasan, apatah lagi hanya dengan syak wasangka, bukannya dengan bukti, jelas menyalahi hukum syarak dalam hal pembuktian.

2. Di bawah demokrasi, ahli parlimen sepatutnya mewakili suara atau kehendak rakyat. Namun semuanya indah khabar dari rupa dan umum mengetahui bahawa ahli parlimen hanya mewakili suara parti semata-mata, bukannya mewakili kehendak rakyat. Inilah pembohongan nyata demokrasi. Lebih memburukkan, 25 orang ahli parlimen pembangkang tidak hadir semasa pembahasan. Semua ini menunjukkan yang rakyat terus ditipu di bawah proses demokrasi kerana ternyata ahli parlimen dalam demokrasi tidak mewakili aspirasi rakyat, tetapi hanya menuruti hawa pemimpin mereka semata-mata.

3. Kelulusan POTA hanyalah menunjukkan salah satu lagi usaha kerajaan Malaysia yang berjalan seiring dengan kehendak Amerika Syarikat (AS), selain untuk menutup mulut musuh politik. Kita semua tahu bahawa perang melawan keganasan yang dijaja oleh AS di sana-sini, khususnya di negara umat Islam, adalah demi menjadikan umat Islam sebagai target ‘pengganas’ yang mereka maksudkan. Apa jua aktiviti yang tidak sejalan dengan kepentingan AS apatah lagi membahayakan AS, khususnya aktiviti menegakkan Negara Islam (Khilafah), walaupun dijalankan secara politik, dianggap sebagai ekstrem dan ganas oleh AS dan AS mahukan para penguasa Muslim bersama mereka dalam peperangan ini bagi menyekat usaha kaum Muslimin yang ikhlas untuk menerapkan Islam secara kaffah di bawah naungan Khilafah.

4. Sebarang bentuk aktiviti keganasan atau kekerasan atau mengangkat senjata untuk menumbangkan pemerintah atau menimbulkan kekacauan atau ketidaktenteraman, termasuk membunuh manusia tanpa hak, baik Muslim mahupun non-Muslim, merupakan kesalahan dan dosa dan wajib dihukum. Namun, ia wajib dihukum sesuai dengan apa yang Allah turunkan. Kita memang tidak setuju dengan sebarang aktiviti keganasan tetapi pesalah wajib di bawa ke muka pengadilan dan dibicarakan, bukannya ditangkap dan ditahan hanya kerana syak wasangka.

dengan ini sekali lagi mengingatkan umat Islam bahawa POTA hanyalah salah satu undang-undang buatan manusia yang bertentangan dengan Islam, yang lahir dari rahim demokrasi. POTA,
sebagaimana ISA dan lain-lain undang-undang, wujud kerana diluluskan oleh suara majoriti manusia melalui proses demokrasi. Selagi sistem kufur yang berasal dari Barat ini diamalkan dan dipertahankan, selagi itulah segala bentuk undang-undang, sekejam mana sekalipun, akan dapat diluluskan dan dilaksana dengan mudah. 

Persoalannya, dari manakah ahli parlimen ini mendapat kuasa untuk membuat undang-undang jika bukan dari rakyat yang memilih mereka? 

Ahmad Shuaib Ismail 
12 April 2015

Rahsia 1MDB akhirnya terbongkar Demi rakyat Malaysia

KEMANA PERGINYA 42 BILLION HUTANG 1MDB?

RM42 bilion yang dipinjam oleh 1MDB tidak hanya hilang begitu sahaja. Inilah yang anda dapat dari wang itu.
1) Membeli dan memiliki 15 loji kuasa dan desalinasi di lima buah negara - dengan kapasiti penjanaan tenaga bersih 5594MW
- Mesir, Bangladesh, UAE, Sri Lanka, Pakistan dan Malaysia.
- IPP terbesar di Mesir dan Bangladesh. Kedua terbesar di Malaysia.

2) Membina 3 lagi Loji kuasa baru
- 2000MW Jimah East Power di Port Dickson (RM11b untuk kos)
- 2000MW Loji Kuasa Gas di Melaka - http://tinyurl.com/pxulqx8
- 50MW (RM1b untuk kos) Loji Solar di Kedah - terbesar di Malaysia - http://tinyurl.com/ljjar4a
- Membeli 310 ekar  tanah berharga RM300 juta di Pulau Indah untuk projek-projek yang berkaitan dengan tenaga. http://tinyurl.com/qfw22gh

3) Membantu mengurangkan kos kuasa IPP kepada TNB sehingga separuh pada tahun 2012 setelah berunding untuk kadar yang lebih rendah bagi loji kuasa sedia ada dan baru.
- Ini telah membantu pembekuan peningkatan harga elektrik yang dijadualkan pada bulan Julai 2014, Jan 2015 dan juga membenarkan TNB untuk mengurangkan kadar elektrik pada bulan Mac 2015 (pertama kali dalam sejarah bahawa kadar elektrik dikurangkan dalam Sejarah Malaysia) mungkin dengan satu lagi pengurangan kadar elektrik pada bulan Julai 2015.

4) Mengkonsepsikan, merancang dan membangunkan  70 ekar tanah di Tun Razak Exchange (TRX) yang mempunyai Nilai Pembangunan  Kasar (GDV) sebanyak RM40 bilion 
- Dijangka menarik lebih 250 syarikat global, mewujudka 
n 500,000 pekerjaan secara langsung dan tidak langsung
- Menjadi pusat global bagi kewangan antarabangsa, perdagangan dan perkhidmatan terutamanya bagi Kewangan Islam
- Jualan dan pembangunan Pertama adalah projek RM8b dengan syarikat terbesar di Australia, Lend Lease ditandatangani pada bulan Mac 2015 - http://tinyurl.com/knqebe2

5) Mengkonsepsikan, merancang dan membangunkan 495 ekar projek Bandar Malaysia dengan nilai pembangunan kasar RM155 bilion
- Termasuk hubungan melalui 60-90minute Keretapi Berkelajuan Tinggi ke Singapura dan MRT Kuala Lumpur (satu stesen dari TRX).
- Dijangka mempercepatkan pembangunan koridor selatan Malaysia dengan kawasan pertumbuhan satelit di Seremban, Batu Pahat, Muar, Melaka dan Bandar Nusajaya.

6) Membeli, membina dan melengkapkan lapan kemudahan ketenteraan baru untuk TUDM dan PDRM berharga RM2.7b (http://tinyurl.com/7eduhru)
- Termasuk dua lapangan terbang udara baru – 500 ekar pangkalan TUDM di Sendayan dan flying wing PDRM di Subang.

7) Merancang dan membeli tanah untuk beberapa projek bagi 30.000 rumah kos rendah dan mampu milik di seluruh Malaysia - khususnya di Pulau Pinang (9999 unit rumah mampu milik dengan kos tanah RM1.3b (http://tinyurl.com/ous4pcj) dan Lembah Klang (20,000 unit di Bandar Malaysia).

8) Menjalankan hampir RM400 juta projek CSR yang termasuk menghantar 2,300 orang di antara 2011 dan 2014 untuk menunaikan Haji, subsidi tayar untuk pemandu teksi di bawah TR1MA 1.0 dan 2.0, 15 tempat pemulihan untuk pelajar di Sarawak, projek bekalan elektrik dan air luar bandar dan klinik bergerak 1Malaysia. http://tinyurl.com/q225juq
- Termasuk membaik pulih rumah lama untuk golongan miskin di bawah program Nadi Kasih pada tahun 2011, dengan kos RM90.5 juta.

9) Membina dan mendalami hubungan dengan negara-negara utama di Timur Tengah - termasuk urusan dengan Arab Saudi yang telah membantu Malaysia meningkatkan kuota haji sebanyak 20,000 jemaah haji setiap tahun dan juga membantu pelajar  kita keluar dari Mesir.
- Membangkitkan minat dan menarik berpuluh-puluh bilion pelaburan dari negara-negara asing - terutamanya daripada kerajaan dan syarikat-syarikat dari Timur Tengah ke Malaysia sejak 2009 dalam pelbagai projek 1MDB dan projek bukan 1MDB yang lain.

English Version

The RM42billion borrowed by 1MDB did not just disappear. This is what you got for the money.

1) Bought and owns 15 power and desalination plants in five countries - with a net power generation capacity of 5594MW
- Egypt, Bangladesh, UAE, Sri Lanka, Pakistan and Malaysia. 
- Largest IPP in Egypt and Bangladesh. Second largest in Malaysia.

2) Building 3 more new power plants
- 2000MW Jimah East Power at Port Dickson (to cost RM11b) 
- 2000MW Gas Power Plant in Malacca - http://tinyurl.com/pxulqx8
- 50MW (to cost RM1b) Solar Plant in Kedah - largest in Malaysia - http://tinyurl.com/ljjar4a
- Purchased 310acres of land for RM300m in Pulau Indah for energy-related projects. http://tinyurl.com/qfw22gh

3) Helped reduce IPP power cost to TNB by up to half in 2012 by negotiating for lower rates for existing and new power plants. 
- this has helped freeze scheduled electricity price increase in July 2014, Jan 2015 and also allowed TNB to reduce electricity rates in Mar 2015 (first time in history that electricity rates reduced in Malaysian History) with another likely reduction of electricity rates in July 2015.

4) Conceptualized, planned and developed the RM40 billion Gross Development Value (GDV) 70 acre Tun Razak Exchange (TRX) 
- expected to attract over 250 global companies, creating 500,000 jobs directly and indirectly
- become a global centre for international finance, trade and services particularly for Islamic Finance
- First Major sale and development is the RM8b project with Australia's largest company, Lend Lease signed in March 2015 - http://tinyurl.com/knqebe2

5) Conceptualized, planned and developed the 495 acres Bandar Malaysia project with a GDV of RM155 billion
- includes connectivity via a 60-90minute High Speed Rail to Singapore and Kuala Lumpur's MRT (one station away from TRX). 
- expected to speed up development of Malaysia's southern corridors with satellite growth areas in Seremban, Batu Pahat, Muar, Malacca and Bandar Nusajaya.

6) Buy, build and equip eight new military facilities for RMAF and PDRM costing RM2.7b (http://tinyurl.com/7eduhru )
- including two new airfields – the 500acres RMAF base in Sendayan and PDRM's flying wing in Subang. 

7) Planned and purchased land for some 30,000 low-cost and affordable housing projects throughout Malaysia – specifically in Penang (9999 units affordable homes with land cost of RM1.3b http://tinyurl.com/ous4pcj ) and the Klang Valley (20,000 units in Bandar Malaysia). 

8) Undertake almost RM400million of CSR projects which include sending some 2,300 people between 2011 and 2014 to fulfil their pilgrimage, the tyre subsidy for taxi drivers under TR1MA 1.0 and 2.0, 15 halfway houses for students in Sarawak , rural electrification and water projects and 1Malaysia mobile clinics.  http://tinyurl.com/q225juq
- including repairing old homes for the poor under the Nadi Kasih programme in 2011, which cost them RM90.5 million.

9) Developed and deepened relationships with key Middle East countries – including the Saudi Arabia arrangement that has helped Malaysia increase the yearly Haj quota by 20,000 pilgrims and also helped evacuate students from Egypt. 
- Generated interest and attracted tens of billions of investment from foreign countries – particularly from the governments and companies from the Middle East into Malaysia since 2009 in the various 1MDB projects and other non-1MDB projects.

Setiausaha sulit menteri ditangkap disyakki lakukan perbuatan Rasuah

Setiausaha Sulit Menteri Ditahan Reman


KUCHING : Setiausaha sulit seorang menteri persekutuan yang didakwa membuat tuntutan palsu sebanyak RM500,000 ditahan reman selama tujuh hari untuk membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Suspek berusia 41 tahun itu, setiausaha sulit kepada seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri dibawa ke Mahkamah Majistret di sini semalam untuk ditahan reman sehingga 20 April.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM Low Chin How membuat permohonan untuk melengkapkan siasatan mereka dan pendengaran dibuat secara tertutup di hadapan Majistret Zulhairil Sulaiman.

Walaupun ada bilik mahkamah khas untuk mendengar sebarang kes tahanan reman, peguam bela Wit Malang yang mewakili suspek, memohon agar pendengaran permohonan dibuat secara tertutup atas alasan bahawa anak guamnya adalah ‘very important person’ (individu yang sangat penting).

Suspek disiasat kerana didakwa membuat tuntutan palsu bagi dana kerajaan dari beberapa program dan jumlah terbabit dikatakan sebanyak RM500,000.

Siasatan akan dijalankan di ibu pejabat SPRM di Kuala Lumpur. - Borneo Post

Tuesday, 14 April 2015

Apa hukum kutip cukai tanah Kat penduduk Miskin kelantan Wahai MB kelantan Dato Ahmad yakob

SHAH ALAM - Kerajaan Kelantan pimpinan Pas dicabar mengeluarkan fatwa bahawa semua cukai di bawah pentadbirannya adalah haram sebelum menyanggah hukum pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada masa ini.

Exco Pemuda Umno, Dr Fathul Bari Mat Jahaya berkata, Pas Kelantan tidak sewajarnya menyalahgunakan dalil untuk menyerang pelaksanaan cukai baharu itu sahaja tanpa pemahaman mendalam.

"Sebenarnya, nas-nas tersebut adalah bersifat umum terhadap apa-apa cukai, jadi kenapa ditumpukan kepada GST sahaja, saya melihat ini ada usaha-usaha politik.

"Kalau hendak cakap cukai itu haram, saya minta Kerajaan Kelantan bercakap haram ke atas semua cukai, cukai pendapatan haram...cukai pintu haram...haramkan semua cukai, kenapa GST sahaja, tolong jangan selektif," katanya kepada Sinar Online, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob semalam yang mendakwa Islam melarang pemimpinnya mengutip cukai daripada orang miskin untuk menyelesaikan masalah ekonomi negara.

Ahmad berkata, lagi cukai tersebut harus dikutip termasuk orang miskin apabila negara berada dalam keadaan darurat untuk tujuan mempertahankan kedaulatan negara.

Mengulas lanjut, Fathul Bari juga kesal apabila sesetengah ustaz Pas menggunakan hadis Nabi Muhammad SAW yang menyatakan, ‘Tidak akan masuk syurga pemungut cukai’ dengan mudah untuk menghukum kerajaan.

“Saya hendak betulkan ada sebahagian Ustaz dengan mudah gunakan hadis ini untuk memasuk atau menerakakan pemungut cukai, kena tengok penjelasan ahli ilmu dan ulama, jangan ambil sekerat saja.

“Al-Imam Az-Zahabi berkata, ‘Ambil dari seorang yang tidak berhak dan agihkan kepada orang tidak berhak’, Imam Nawawi pula berkata, ‘Ambil harta manusia tanpa hak, agihkan bukan dengan cara yang betul,” jelasnya.

Tambah beliau, perkataan cukai dalam hadis itu merujuk kepada dua perkara iaitu kurang dan zalim, maknanya secara zalim kutip cukai, paksa orang, bila dia agihkan secara tidak adil atau kurang.

“Jadi kalau orang yang kutip zakat pun dengan bukan cara yang betul, dia termasuk dalam hadis tadi (tidak masuk syurga pemungut cukai),” katanya lagi.

Pantun untuk KWSP Dari kami

Pantun Untuk KWSP

K ami kerja dari muda
W ang kami wajib disimpan
S ampai masa bila nk guna
P ngluaran pulak dh dilanjutkan

K ira-kira nk beli rmh
W ang yg ada nk jelas kereta
S iapa pulak pandai mengubah
P unah harapan nk ada harta

K alau sengkek katakan sengkek
W ang kami jgn disakau
S iapa berharta bertingkek tingkek
P andang remeh mmg xhirau

K udrat dibanting sesenja usia
W ang simpanan sinar harapan
S aranan kami kekalkan shj
P ayah benar kalau dilanjutkan

K alau benar mau membantu
W alau susah digayakan juga
S emua org matlamatnya satu
P ersaraan nanti akn terjaga

K umpul W ang S ecara P otongan
K erana W arta S emua P eka
K eluar W ang S eusia P ersaraan
K an W ajar S ecerdik P endita

K alam W akalah S emua P ekerja

Monday, 13 April 2015

Kita mahu sokongan undi rakyat bukan sokongan pemimpin umno

Jelas dibawah 

Saya dah tweet 

Fahamkan Maksud saya 

Inilah realiti politik kita k
Lupa KAN kuasa rakyat 




Antara 10 persepsi utama majoriti rakyat Malaysia

Persepsi ini Ada yang fakta dan auta tapi ia telah jadi persepsi yang menjadi beban kepada kerajaan umno bn untuk samada 

Menafikan 
Membetulkan
Membaiki 
Mengubah 

Iaitu 

1. Isu rasuah 
2. Isu salah tadbir Kewangan Negara 
3. Isu perkauman 
4. Isu  perbelanjaan Dana awam 
5. Isu kehakiman 
6. Isu kredibiliti pemimpin
7. Isu Hak asasi 
8. Isu agama 
9. Isu masalah sosial 
10. Isu masalah jenayah 

Sekian 

Ahmad Shuaib Ismail 
11/4/2015 

Sunday, 12 April 2015

Kita menentang sebarang tindakan disipilin ke atas dr mahathir Kerana tindakan Benar atau tidak itu Hak dr mahathir

KUALA LUMPUR: Tiada sebarang tindakan disiplin akan dikenakan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Tengku Adnan berkata tindakan disiplin tidak akan dikenakan selagi tiada laporan dibuat oleh ahli UMNO terhadap Dr Mahathir.

"Kami akan ambil tindakan disiplin jika ada laporan," katanya ketika ditanya tentang tindakan terhadap Dr Mahathir kerana membuat kritikan terbuka terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNo Wilayah Persekutuan itu juga berharap supaya Tun tidak membuat teguran terhadap pimpinan UMNO secara terbuka sebaliknya menggunakan saluran yang sepatutnya.

"Kenapa nak buat (kritik) secara terbuka, boleh buat secara peribadi," katanya lagi.

Semalam UMNO Wilayah Persekutuan mengadakan satu sidang media khas menyatakan sokongan mereka kepada Najib yang menerima kritikan keras dari Dr Mahathir mutakhir ini.

Dr Mahathir dalam siri kritikannya mendesak Najib menjelaskan kepada rakyat tentang isu dana pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Selain itu, Dr Mahathir juga mendesak supaya siasatan dilakukan terhadap kenyataan yang dibuat oleh bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Koperal Sirul Azhar Umar yang mendakwa dia menerima arahan untuk membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Khamis lepas, Najib dalam satu tembual menerusi rancangan Soal Jawab di TV3 sekali lagi mengulangi bahawa beliau tidak mengenali Altantuya.

Manakala dalam isu 1MDB, Najib menjelaskan beliau telah mengarahkan supaya satu siasatan forensik dilakukan oleh Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) terhadap perkara dibangkitkan. - Astro Awani

Pemimpin pas sendiri akui pas berpecah

BAGAN DATOH 12 April – Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar mengakui, wujud persengketaan dan perpecahan dalam kalangan pemimpin parti tersebut yang semakin ketara ketika ini.

MAHFUZ OMAR

Kata beliau, permusuhan itu kebanyakannya berpunca akibat perbezaan pendapat dan pemikiran yang berlaku dalam kalangan mereka berkaitan pelbagai isu yang timbul melibatkan parti.

Tambah Mahfuz, pertembungan tersebut sedikit sebanyak akan menjejaskan imej parti Islam itu di mata penyokongnya pada masa depan.

“Saya cukup bimbang apa yang berlaku dalam Pas pada hari ini. Sudah ada antara kita (Pas) label-melabel, kecam-mengecam akibat perbezaan.

“Kita boleh berbeza tapi jangan sehingga membawa kepada pertembungan seperti ketika ini. Semua itu dilihat oleh masyarakat. Saya takut mereka hilang kepercayaan pada kita akibat kegagalan kita mengurus perbezaan tersebut,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Pas Kawasan Bagan Datoh Ke-51 di Selekoh dekat sini hari ini.

Kata Mahfuz, apa yang lebih menyedihkan ialah perbezaan tersebut turut melibatkan pemimpin bawahan parti itu.

“Perpecahan yang berlaku di dalam Pas kini amat menyedihkan. Besar-besar (pemimpin atasan) kat (di) atas memang nampak, tapi bukan atas sahaja, di bawah juga. Ini sangat tidak baik.

“Kalau tidak suka, bila muktamar nanti tolak dia (calon pemimpin). Tapi bila tidak pilih betul-betul, bukan dia yang dihukum nanti tetapi parti, apabila rakyat tidak memilih calon tersebut. Itu yang saya risau,” katanya.

Kata Mahfuz, Pas juga sepatutnya menggunakan persengketan yang berlaku dalam UMNO sebagai satu kelebihan serta rahmat buat parti itu dan bukan melakukan sebaliknya.

“Kita kena bijaksana untuk pastikan krisis yang berlaku terhadap mereka (UMNO) bawa manfaat dan bukannya kita juga berlaku pertembungan,” katanya.

- See more at: http://m.utusan.com.my/berita/politik/pas-akui-wujud-sengketa-kalangan-pemimpinnya-1.80443#sthash.PUASlsQy.dpuf

Adun umno kedah suruh mb kedah letak jawatan satu tindakan bangang

Kenapa nak suruh mb kedah letak jawatan oleh adun bukit lada Anak Lebai sudin 

Jelas Perkara ini Akan buatkan rakyat terutama generasi Muda menjauhi umno bn 

Dah tentu bn kalah teruk dalam prk Permatang pauh Akibat tindakan ini telah dilakukan 

Ini adalah Budaya amat teruk berlaku dalam umno yang pasti Akan membawa perpecahan lebih serius dalam umno 

Campurtangan dalam urusan NEGERI jelas membuatkan bn bukan Sahaja Akan jadi pembangkang pada pru 14 malah kekal ko ko ko sampai bila bila pun