Total Pageviews

Monday, 23 March 2015

Hudud Kelantan boleh membawa perpecahan kompenan umno bn

Perancangan hudud cara pas oleh pas untuk pecahkan kompenan Bn Dari umno dan membawa masalah kepada Pentadbiran politik antara Kaum bawah BN dan  ekonomi Malaysia 


Kajilah taktikal pembangkang habis habisan Makro mikro politik kejuruteraan political warfare pembangkang 



Membawa kepada ketidakstabilan politik Malaysia 


1. Geopolitik DUNIA dikuasai oleh Amerika dan sekutu 


Malaysia Akan diisitihar Negara ala taleban jika hudud Dibuat di Kelantan sebagaimana dialami oleh Brunei 


Kaji apa berlaku di Negara Sudan 


Kaji macam mana Amerika masuk campur tangan di Afghanistan dengan alasan taleban perintah 



2. Hudud hukum wajib Dalam Islam 


Adakah Kita Malaysia mampu seperti Brunei Arab saudi 


Adakah Kita nyakin Tiada sekatan ekonomi antarabangsa dikenakan kepada Malaysia atas dasar Hak asasi 



Adakah ekonomi kita 100% Tiada penguasaan Dari Amerika dan sekutu 


3. Pembangkang memang Ada hubungan dengan Amerika dan sampai Kes banduan peliwat pun mereka nak Amerika masuk campur 


Adakah kita nak beri peluang pada mereka pembangkang 


Dalam Islam Ada maqasid syariyyah 


Ada kaedah Fiqh mana yang perlu diutamakan 


4. Ekonomi Negara bergantung kepada Amerika dan sekutu 


Lebih 10% pelaburan Amerika  Dari Malaysia 


Anda Tahu apa kesan nya 



Sekian 


Ahmad Shuaib Ismail 

23/3/2015



Sunday, 22 March 2015

Debat Ahmad Shuaib dengan Sejuta Ahli pas

Boleh ikuti di Facebook Ahmad Shuaib Ismail sekarang 

Taktik dap pkr pasal hudud terbongkar Kerana mereka sebenarnya nak pecahkan umno dan Barisan Nasional

Kita nampak jelas 

Tujuan hudud untuk bagi kompenan bn berpecah 

Mereka bukan nak hudud tapi taktik mereka nak pecahkan hubungan kompenan bn 

KENYATAAN lim kit siang amat jelas permainan mereka 

Pas terlibat gunakan hudud politikkan hukum Allah Demi kepentingan politik nak survival politik pas  sama macam dap 

Maka Kita jangan terperangkap agenda pembangkang 

Akhirnya mereka kantoi dengan KENYATAAN lim kit siang 


Disini Saya setuju 200% ulaaam hujahan Dr Mim novandri dibawah jelas hujahan fakta 

Isu Rang Undang-undang Hudud telah menyerlahkan kekalutan dan kegagalan pemimpin-pemimpin Pakatan Pembangkang. Ianya lebih memalukan kepimpinan DAP yang sebelum ini beria-ia kononnya akan dapat menyakinkan rakan politik mereka untuk mengugurkan Hudud.
Kita juga menyaksikan betapa desperado nya kepimpinan tertinggi DAP seperti Lim Kit Siang yang pada mulanya sengaja merekacipta kononnya akan wujud 'kerajaan Perpaduan' di antara PAS dan UMNO. 

Bukan sahaja kenyataan beliau itu satu helah tetapi akhirnya, beliau sendiri yang mahu mewujudkan 'kerajaan Perpaduan'. 
Untuk menyelamatkan Malaysia, mungkin masa telah tiba untuk membentuk sebuah kerajaan baru yang terdiri daripada Ahli-ahli Parlimen dari parti kerajaan dan pembangkang yang mahu mempertahankan perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, dengan seorang Perdana Menteri baru. 
Perkara tersebut diajukan oleh Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dalam majlis makan malam Ulangtahun DAP Bukit Bintang malam tadi. seterusnya
MiM tidak pasti ada ahli-ahli Parlimen BN yang termakan dengan umpan Lim Kit Siang DAP ini. 

Tambahan pula, DAP sebelum ini telah menghina dan menjatuhkan maruah ahli-ahli Parlimen BN begitu teruk sekali tanpa belas kesihan. 

Dan sekarang, Lim Kit Siang dengan tanpa malunya menagih simpati ahli-ahli Parlimen BN ini.

Begitu terdesaknya tindakan Lim Kit Siang DAP untuk menutup kegagalan kepimpinan tertinggi DAP untuk memperjuangkan 'anti-Hudud' dan gagal menyakinkan rakan politik mereka untuk mengugurkan Hudud. 

Begitu juga dengan tindakan PKR yang dengan tanpa malunya 'mencabar komponen BN membubarkan parti mereka' ke atas masaalah dalaman Pakatan Pembangkang itu.
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, tindakan membubarkan parti dianggap lebih bermaruah daripada membiarkan mereka terus dipermainkan sandiwara Umno. 
"Sebab itu saya cabar presiden parti-parti komponen BN yang menyatakan bangkangan kepada rang undang-undang persendirian itu untuk mendapatkan pendirian Najib dan timbalan beliau Muhyiddin dalam bentuk bertulis secepat mungkin," katanya dalam satu kenyataan hari ini - seterusnya
Ke situ pula omongan kosong Rafizi Ramli iaitu dengan menunding jari kepada UMNO dan BN. Padahal, isu asasnya ialah masaalah dalaman Pakatan Pembangkang.

Sepatutnya, DAP, PKR dan PAS yang membubarkan parti masing-masing seberapa segera kerana gagal berkompromi sebagai satu komponen pakatan politik. Ketiga-tiga parti itu yang patut membuat pendirian dalam bentuk bertulis, bukannya UMNO dan BN.

Realitinya, parti PKR dan DAP yang tidak bernilai jika dibandingkan dengan keputusan PAS itu.

Yang memualkan ialah tuduhan murahan Rafizi Ramli yang menuduh 'sandiwara Umno berterusan melalui media di bawah kawalannya yang menyokong penuh pelaksanaan hudud'.

Padahal, pihak yang sebenarnya bersandiwara dan menipu penyokong masing-masing ialah parti DAP, PAS dan PKR yang berada di dalam satu rumah politik.

Rafizi Ramli mendakwa kononnya 'pendirian Umno berubah-ubah mengikut pengundi sasaran mereka dan ini adalah rentetan sandiwara demi sandiwara Umno untuk memecahkan PR menggunakan isu hudud'.

Yang berubah-ubah pendirian mengikut sasaran mereka yang sebenarnya ialah Pakatan Pembangkang terutamanya parti DAP. Ianya sangat terserlah dengan tindakan parti DAP yang 'menggantung' kerjasama dengan parti PAS hanya dibeberapa negeri yang terpilih sahaja! 

Yang terbaru ialah tindakan DAP Sabah yang bukannya mahu bercerai dengan PAS tetapi hanya sekadar 'beku kerjasama' sahaja. Sandiwara tahap longkang parti DAP yang sangat jijik.
Pengerusi DAP Sabah, Jimmy Wong Sze Phin berkata, keputusan dibuat ekoran tindakan PAS mengkhianati dan membelakangi perjanjian kesefahaman bersama PR apabila PAS Kelantan meluluskan Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993. 
"DAP Sabah melihat senario di Kelantan ini sebagai satu kegagalan terbesar PAS berpegang pada janji dalam kerjasamanya dengan PR.
Yang menimbulkan tanda tanya sekarang ialah di manakah chain of command parti DAP?
1. Benarkah DAP negeri sesuka hati mereka membuat keputusan drastik tanpa merujuk kepada Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang DAP? 
2. Apakah benar bahawa DAP negeri-negeri tidak menghormati Lim anak-beranak hinggakan mereka membuat keputusan sendiri?
Dan seperti yang MiM sering katakan, DAP akan menyalahkan semua pihak termasuk PAS. Padahal yang nyata ialah kegagalan kepimpinan DAP menyakinkan rakan politik mereka untuk mengugurkan Hudud.

Dalam konteks ini, DAP gagal memperjuangkan 'anti-Hudud' mereka.

Dan yang patut dijadikan bahan berita sekarang ialah 
1. tuntutan penyokong-penyokong DAP supaya kepimpinan DAP sedia ada meletak jawatan dengan segera kerana telah memalukan ahli-ahli dan penyokong-penyokong DAP. 
2. parti DAP dibubarkan atau pun keluar daripada Pakatan Pembangkang.
Tidak perlulah kita melayan segala putar belit dan cabaran Pakatan Pembangkang terhadap UMNO dan BN. Biarkan DAP dan PKR menjawab dan berbohong kepada penyokong-penyokong mereka. 

Kita lihat dan tunggu sahaja, setakat mana DAP dan PKR mampu bersandiwara di depan rakyat.


Ahmad Shuaib Ismail 
23/2/2015 



Saturday, 21 March 2015

Antara propoganda PR tahun 2015

Antara Propoganda PR antara yang penting tahun 2015 


Untuk pembinaan asas sokongan mereka kepada golongan Muda sasaran pengundi umur 18 tahun ke atas aset Pru 14 ialah 


1. Serangan peribadi pemimpin umno dan Barisan Nasional 


Dengan cara 


Persepsi 

Fitnah 

Hasutan 


2. Isu hudud perkauman agama 


Setakat ini mereka gagal 


Senjata Makan tuan 


Kerana mereka ingat bn berpecah pasal hudud sedangkan mereka bakal berpecah 


Kah kahkah kasi gelak sekali puiiii


3. Isu Hutang Negara 


4. Isu perbelanjaan Negara 


5. Isu gst dan minyak 


6. Isu harga barang 


7. Isu kemiskinan 


8. Isu Sabah Sarawak 


9. Isu kredibiliti pengurusan Kewangan Negara 


10. Isu sistem kehakiman dan keadilan 


Mudah Sahaja nak baca antara perancangan utama propoganda mereka 


So apa tugas kita 


1. Politik fakta bagi menjawab soalan mereka 


2. Pengurusan persepsi 


3. Kepimpinan yang mantap 


4. Kredibiliti kepimpinan 


5. Pertahankan dasar sedia Ada Kerajaan umno bn 



Sekian 


Ahmad Shuaib Ismail 


22/3/2015 

Kenapa kita perlukan Pas kekal Dalam pakatan

Hujahan Ringkas kenapa Kita perlukan Pas kekal dipimpin oleh Tuan Guru Haji Hadi Awang sehingga Pru 14 


1. Agar ummat Islam nampak apa agenda dap pkr kepada ummat Islam dan bangsa Melayu 


2. Agar Rakyat bukan Islam nampak permainan agenda dap pkr kepada Rakyat Malaysia 


3. Agar Presiden Pas terus bangkit buktikkan siapa dap pkr sebenarnya kepada Rakyat Malaysia 


Kenapa ?


Sebab jika kita orang umno kata apa apa kat dap pkr maka pencacai pencacai Akan spin tapi jika Presiden Pas dan ulamak Pas sendiri kata kat dap pkr adalah sekular maka apa pencacai nak spin Lagi ha ha ha



Ahmad Shuaib Ismail 

21/3/2015 

Friday, 20 March 2015

8 cadangan kepada Yb Lim Kit Siang

8 Cadangan Saya kepada YB Lim Kit Siang 


Yb lim , yb Tahu KAN pas telah langgar agenda konsensus pakatan 


Yb lim , pas dan umno dah buat Kerjasama di Kelantan membelakangkan dap dan pkr 


Yb lim , pas menjadi liabiliti kepada pengundi dap 


Yb lim , sejak bila Dap Percaya pada Pas 100% ? 


Yb lim tak baca ke wassap dr Zuhdi AJK Pas pusat pasal isu perjuangan Pas Dalam pakatan macam mana 


Yb lim , pas tak hormat Pendirian dap walaupun Ada dap dah bagi amaran kepada pas tentang hudud Kelantan 


Yb lim Takkan tak Tahu hubungan baik murshidul am Pas sekarang dengan umno 


Yb lim Takkan tak Tahu bahawa agama dan bangsa pemimpin pas dan umno adalah sama 


Yb Lim 


Tiba masa yb dan pakatan pecat Pas keluar Dari pakatan Rakyat 


Sekian  

Pas bubar Parti menurut wasiat Arwah Tok guru Nik Aziz umno terima hudud Kelantan

Bila nak laksana wasiat arwah Tok guru nik Aziz kata pas bubar Parti jika umno sokong hudud 

So bila nak bubar Parti dan masuk umno 

Ha ha ha 

Bukti jelas pemimpin Pas menipu dan fitnah Tun Dr Mahathir pasal hudud Kelantan selama puluhan tahun

Tiada darurat diisitihar di Kelantan sebab buat hudud 



Taktik pas akhirnya terbongkar 


Jelas pemimpin Pas selama bohong pada Rakyat konon kalau Pas buat hudud di Kelantan maka Kerajaan kemungkinan istihar darurat 


Dulu mereka fitnah tun dr mahathir konon tun halang hudud Kelantan sedangkan jelas adun umno sejak tahun 1993 mengundi perlaksanaan hudud 


Maka pas sekarang Dalam dilemma sama dap pkr 


Kah kah kah  

Thursday, 19 March 2015

Pas berjaya melawan Dap pkr dan Kerjasama dengan Umno telah bermula dengan hudud Kelantan

Pas perlu belajar tentang Pengertian kasih sayang dalam islam....

Selama kalian bersahabat denganku, apakah menurut hati kalian aku ini mencintai kalian atau tidak mencintai kalian?

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menjadikan kamu dari seorang laki-laki dan wanita, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya saling mengenal. Sesungguhnya orang mulia di antara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Mengenal.” – Surah Al-Hujuraat [49]:13

Malulah jika mengaku Islam, tetapi tidak memahami kasih sayang sebenarnya.

Sedih melihat saudara-saudari yang kebanyakan Muslim tetapi meyakini hari tertentu sebagai simbol kasih sayang.

Semoga itu hanyalah kerana minimumnya ilmu – daif terhadap ajaran.

Semoga diberi kekuatan dan semangat untuk mengkaji dan mengaji sehingga menjadi faham dan terkumpul dalam lingkungan orang yang soleh.

Padahal jika kita lebih jauh mengenal Islam, sesungguhnya Islam adalah agama yang penuh kasih sayang.Tahukah bahawa hari kasih sayang Islam versi Rasulullah Muhammad SAW?

Fathu Makkah, yang diabadikan dalam Al Qur’an sebagaiFathan Mubiiina (kemenangan yang nyata) terjadi pada bulan Ramadan, tepatnya pada tanggal 10 Ramadan tahun ke-8 Hijriyah.

Pasukan Islam dari Madinah masuk ke kota Makkah dengan damai tanpa peperangan.

Diizinkan Allah memperoleh kemenangan besar. Ribuan tawanan musuh diberi amnesti massal… Rasulullah berpidato kepada ribuan tawanan perang.

“…hadza laisa yaumil malhamah, walakinna hadza yaumul marhamah,wa antumut thulaqa….”

Wahai manusia, hari ini bukan hari pembantaian, melainkan hari ini adalah hari kasih sayang, dan kalian semua merdeka kembali ke keluarga kalian masing-masing.

Pasukan Islam mendengar pidato itu merasa terkejut juga.

Berjuang hidup mati, diperhinakan sekian lama; tetapi ketika kemenangan sudah di genggaman, musuh puladibebaskan.

Itu pun belum cukup. Rasulullah SAW memerintahkan rampasan perang dan pelbagai harta benda dan ribuan unta diberikan kepada para tawanan.

Sementara itu pasukan Islam tidak memperoleh apa-apa.

Mereka mengeluh dan memprotes. Mereka dikumpulkan dan Muhammad SAW bertanya: “Sudah berapa lama kalian bersahabat denganku?”

Mereka menjawab; sekian tahun, sekian tahun.

“Selama kalian bersahabat denganku, apakah menurut hati kalian aku ini mencintai kalian atau tidak mencintai kalian?”

Tentu saja sangat mencintai.

Rasulullah SAW mengakhiri pertanyaannya:

“Kalian memilih mendapatkan unta atau memilih cintaku kepada kalian?”

Menangislah mereka kerana cinta Rasulullah SAW kepada mereka; cinta yang tidak boleh dibandingkan dengan bumi dan langit.

“Cintailah manusia seperti kamu mencintai dirimu sendiri. –H.R. Bukhari

Islam sangat melarang keras untuk saling membenci dan bermusuhan, namun sangat menjunjung tinggi akan erti kasih sayang terhadap umat manusia.

Rasulullah saw. bersabda :

“Janganlah kamu saling membenci, berdengki-dengkian, saling berpalingan, dan jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Juga tidak dibolehkan seorang muslim meninggalkan (tidak bertegur sapa) terhadap sudaranya lebih dari tiga hari.” (HR. Muslim).

Di sini jelas bahawa kita dianjurkan sekali untuk saling menjaga dan menghargai antara satu sama lain sebagai tanda kasih sayang.

Dalam hadis Nabi SAW :

“Perumpamaan orang-orang Mukmin dalam hal kecintaan, kasih-sayang dan belas kasihan sesama mereka, laksana satu tubuh. Apabila sakit satu anggota dari tubuh tersebut maka akan menjalarlah kesakitan itu pada semua anggota tubuh itu dengan menimbulkan insomnia (tidak boleh tidur) dan demam (panas dingin).” – HR. Muslim

Bahkan dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Baihaqi melalui Anas ra. Nabi SAW bersabda :

“Tidak akan masuk syurga kecuali orang yang penyayang.”

Jadi jelas bahawa yang masuk surga itu hanyalah orang-orang yang mempunyai rasa kasih sayang yang tanpa dibayangi dengan niat-niat jahat.

Rasa kasih sayang yang diniatkan kerana Allah, bukan kerana keuntungan dan kesenangan duniawi.

Makna kasih sayang tidaklah berhujung, sedangkan rasa kasih sayang adalah sebuah fitrah yang mesti direalisasikan terhadap sesama anusia sepanjang kehidupan di dunia ini ada.

Ini bererti bahawa Islam tidak mengenal waktu, jarak dan tempat akan sebuah kasih sayang baik terhadap teman, sahabat, kerabat, dan keluarganya sendiri.

Sebuah kisah lain yang menarik ketika Amr bin Ash menaklukkan kota Mesir.

Saat itu datanglah seekor burung merpati di atas khemahnya.

Melihat kejadian ini, kemudian Amr bin Ash membuat sangkar untuk merpati tersebut di atas kemahnya.

Tatkala dia mau meninggalkan perkemahannya, burung dan sangkar tersebut masih ada.

Dia pun tidak mhau mengganggunya dan dibiarkan burung merpati itu hidup bersama sangkar yang telah dibuat.

Maka kota itu dinamakan sebagai kota fasthath (khemah).

Jelaslah bahawa ajaran Islam sangat menjunjung tinggi kasih dan sayang.

Pas perlu bersama Umno  mencontohi teladan Nabi SAW dan para sahabat dalam perkara ini. Moga beri manfaat buat diri dan semua. Insyaa Allah.

Tarikh pembebasan Anwar Ibrahim telah diperolehi

Tarikh pembebasan Anwar Ibrahim telah diperolehi 

Ini membuktikkan sistem kehakiman Malaysia adil dan Saksama 

Beliau dihukum penjara selama 5 tahun  dipenjarakan pada bermula 10 febuari 2015 dan tamat pada 10 febuari 2020 

Tarikh wawasan 2020 ... Terbaik la Dato seri Anwar Ibrahim 

Jika mengikut amalan semasa hukuman penjara kebiasaannya 2/3 Dari tempoh penjara 

Maka mungkin Anwar keluar sekitar tahun 2018 

Sekian