Total Pageviews

Sunday, 14 December 2014

Ulamak Islam berbeza dengan Ulamak Politik Pas Pakatan Rakyat

SIFAT SABAR ULAMAK MUKTABAR TERHADAP SIKAP PEMERINTAH TUJUAN MENGHINDARI PERPECAHAN UMAT ISLAM

Di zaman para Imam muktabar seperti Imam Ahmad bin Hambal, Muhammad bin Ismail, Muhammad bin Idris (as-Syafie), Ahmad bin Nuh, Ishak bin Rahawih dan ramai lagi, mereka menghadapi suatu masa di mana para penguasanya banyak melakukan perbuatan zalim dan bid’ah yang sangat teruk. Penguasa dimasa itu mengingkari sifat-sifat Allah. Para ulama dipaksa untuk menyokong kesesatan tersebut, tetapi para ulama tidak berganjak dengan perinsip-perinsip kebenaran. Para ulama diuji dengan berbagai-bagai siksaan. Ramai yang telah dibunuh, antara mereka ialah Ahmad bin Hashr. Walaupun keadaan ini sudah demikian sadisnya, namun tidak mendorong para ulama untuk keluar dari ketaatan dan tidak melakukan pemberontakan, tidak mencerca dan tidak memburuk-burukkan penguasa (pemimpin mereka).

(Lihat: Ad-Durar as-Sunniyah fil Ajwibah an-Najdiyah 7/177-178)

Dan Rasulullah Saw bersabda dalam hadits Ummu Salamah r.aha yang diriwayatkan oleh Imam Muslim;

“Sesungguhnya akan ada bagi kalian pemerintah yang kalian lihat melakukan yang ma’ruf dan kalian lihat melakukan kemungkaran. Siapa yang membenci (kemungkarannya) maka dia telah terbebas (dari ancaman Allah swt), dan siapa yang mengingkari (kemungkarannya) maka dia telah selamat (dari ancaman Allah swt), dan siapa yang rela dan mengikuti (kemungkarannya maka dialah yang akan dimurkai Allah swt).” Para shahabat berkata: “Wahai Rasulullah, tidakkah kami memerangi mereka?” Rasulullah bersabda: “Tidak!! Selama mereka masih menunaikan shalat. Tidak!! Selama mereka masih menunaikan shalat.”

(HR Imam Muslim)

Keterangan:Menginkari dan membenci di sini maksudnya dilakukan dengan kalbunya, bukan dengan tindakan yang anarkis (Melakukan Pemberontakan) sehingga meruntuhlah kewibawaan pemerintah. Dan maksud “Selama mereka masih menunaikan shalat” artinya sebagaimana dalam hadits sebelumnya: selama tidak terbukti adanya kekafiran yang nyata yang ada landasannya dari Allah swt.

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kalian kepada Allah, dan taatlah kalian kepada Rasul, dan juga kepada ulil amri dari kalian.”

(An-Nisa’: 59)

Ibnu Abbas Ra. berkata:
Rasulullah s.a.w. bersabda: “ Siapa yang membenci sesuatu dari pemerintahnya hendaknya SABAR. Sesungguhnya siapa yang KELUAR DARI PEMERINTAHNYA walau sekedar satu jengkal, kemudian ia mati,MATI DALAM JAHILIYAH “.

( HR - Hadis Bukhary Dan Muslim )

"Dan Sesungguhnya Inilah Jalan Ku Yang Lurus, Maka Ikutilah Dia (Muhammad ), Dan Janganlah Kamu Mengikuti Jalan-jalan (Yang Lain), Kerana Jalan-jalan Itu Hanya Akan Mencerai-beraikan Kamu Daripada JalanNya."

(Al-An'aam 153)

BAGI MENGELAKKAN PERPECAHAN UMAT ISLAM (TIADA DUA PARTI ISLAM)

Syara' tidak pernah menghalalkan umat Islam menubuhkan dua parti Islam ataupun dua pemimpin dalam sebuah negara Islam. Larangan ini terdapat dalam beberapa hadis sahih antaranya ialah :

"Apabila dilantik dua orang khalifah* (pemimpin dalam sebuah negara Islam) maka bunuhlah yang terakhir antara kedua (perlantikan kedua"**
*Khalifah yang dimaksudkan dalam hadis-hadis ini ialah pemimpin atau ketua negara/kerajaan

**(H/R Bukhari 5/401. Muslim 3/1471. Ibn Majah 2/958. Dan Ahmad 2/297).

Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Anas Bin Malik r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda : ‘’ Ulamak itu sebagai orang yang memegang dan meneruskan amanat (tugas) para rasul, selama mereka tidak bercampur dengan raja(pemerintah) dan tidak terjerumus dalam keduniaan, maka apabila mereka telah bercampur dengan raja (pemerintah) dan masuk dalam keduniaan, maka pasti mereka mengkhianati para rasul (yakni menyalahi ajaran-ajaran rasul) maka jika sedemikian jauhilah mereka dan berhati-hati dari mereka ‘’.

Berkata Ibnu Abi Hatim rahimahullah:

“Ayahku telah menceritakan kepadaku, Amr bin Ali as-Sairafi telah menceritakan bahawa Abdu Rabbuh bin Bariq al-Hanafi telah menceritakan bahawa Simak bin al-Walid al-Hanafi berjumpa Ibnu Abbas di Madinah, beliau berkata kepadanya: Bagaimana menghadapi sikap penguasa yang telah menzalimi kita, mencela kita dan merampas sadaqah kita, bukankah kita harus mencegah mereka? Ibnu Abbas menjawab: Jangan! Biarkanlah mereka wahai Hanafi! Lalu beliau menambah: Wahai Hanafi! Al-Jamaah, al-Jamaah (peliharalah persatuan di bawah pemimpin) sebab hancurnya umat dahulu kerana perpecahan, apakah kamu tidak mendengar firman Allah: Dan berpeganglah kamu semua kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai”.

(Tafsir Ibnu Hatim 2/455. Tahqiq Dr. Hikmat Basyir Sayuti. Lihat: Ad-Darrul Mansur 2/285-286)

Sabda Rasullullah SAW
“Tiga perkara yang menyelamatkan hati seseorang Muslim dari kedengkian: Ikhlas dalam beramal kerana Allah, menasihati penguasa dan komitmen dengan jamaah kaum Muslimin”.

(Hadis Riwayat Ahmad dalam Musnad 4/80-82)

"Dan Sesungguhnya Inilah Jalan Ku Yang Lurus, Maka Ikutilah Dia (Muhammad ), Dan Janganlah Kamu Mengikuti Jalan-jalan (Yang Lain), Kerana Jalan-jalan Itu Hanya Akan Mencerai-beraikan Kamu Daripada JalanNya."

(Al-An'aam 153)

“Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara”

(al-Hujurat 49: 10)

“Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka”.

(Ali Imran 3: 105)

Golongan Yang Kononnya Sebagai Pejuang Agama Dan Pendakwah yang keluar dari jalan lurus (Sunnah Rasulullah Saw) dan mereka berjalan di atas hawa nafsu pasti akan menimbulkan kerosakkan umat yang lebih besar daripada kerosakkan yang mereka fikir hendak menanganinya "

Surah Al-A'raf buat mereka yang faham

''Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang sesat.''

(Surah Al-A'raf (175)

''Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.''

(Surah Al-A'raf (176).

10 bukti pemimpin Pas melanggar hukum AlQuran Sunnah

Saya bagi 10 bukti Pas dan ulamak dan  Pemimpin Pas melanggar hukum Allah Taala dan Rasulullah saw mlanggar hukum Alquran Sunnah Ijmak Qiyas

1. Rasulullah saw takda doakan orang Islam lain hancur KO KO KO tetapi ulamak Pas buat di stadium kota bahru

2. Rasulullah saw suruh tegakkan negara Islam tapi Pas tegakkan negara kebajikan bersama Dap PKR

3. Rasulullah saw tak buat Parti Islam Madinah tapi Pas buat parti Islam Semalaysia

4. Rasulullah saw kerjasama dengan bukan Islam Untuk menentang musuh yang bukan Islam tapi Pas kerjasama dengan bukan Islam dalam Dap PKR Untuk menentang orang Islam dari Umno

5. Allah memberikan ganjaran syurga pada orang yang berjihad pada jalan Allah tetapi Pas memecat keahlian parti orang yang berjihad pada jalan Allah

6. Allah menyatakan fitnah adalah haram tapi pemimpin Pas Ada buat fitnah sampai kena saman rm 200k

7. Rasulullah saw kata ummat Islam bersaudara tapi pemimpin Pas Ada yang kafirkan UMNO

8. Allah perintah dakwah dilakukan tapi pemimpin Pas kerja menghukum orang termasuk kata baruah kata broker

9. Rasulullah saw perintah sambung silaturahim sesama ummat Islam tapi pemimpin Pas nak ludah siapa yang nak jumpa ajak silaturrahim

10. Rasulullah saw tolak sistem sekular tapi walaupun Presiden Pas haji hadi kata Dap PKR sekular tapi masih lagi undi dan sokong Dap PKR serta bertahaluf siasi

Ahmad Shuaib Ismail

Cadangan kepada Umno Selangor

Cadangan kepada Umno Selangor

Cadangan saya mudah

1 ketua bahagian + 15 AJK Bahagian + 15 AJK Pemuda + 15 AJK wanita + 15 AJK puteri

= 61 orang

Purata dalam cawangan setiap bahagian katakan Ada 50 cawangan satu bahagian

50 x 1 ketua cawangan x 1 ketua wanita x 1 ketua puteri x 1 ketua pemuda x 10 AJK cawangan tadi

Maka satu bahagian Ada minimum 200 berjawatan + 61

Maka satu bahagian Ada 261

Maka 261 x 22 bahagian

Ada lebih 6000

So 6000 tenaga kerja gerak bekerja setiap hari 24 jam

Maka Pru 14 UMNO BN boleh menang di selangor

Ni belum campur lagi

200 berjawatan dalam satu bahagian x 10 ajk wanita puteri pemuda wangan x 4

Maka Ada 8000 ahli berjawatan ada

8000 + 6000 = 140000 tenaga kerja yang Ada Jawatan dalam 22 bahagian UMNO + seluruh cawangan wanita puteri pemuda dlam selangor

So nak APA lagi

6000 tenaga kerja dari 22 bahagian x 15 AJK x 4 ( puteri wanita pemuda bahagian )

So tenaga kerja tetap peringkat bahagian sahaja di selangor Ada 6000

So gerakan 6000 orang setiap hari

Dalam media sosial 6000 orang viralkan post dalam fb wassap tweeter

So APA alasan lagi

Kami selepas ini boleh rehat dan serahkan 100% pada yang Ada Jawatan dari 22 bahagian sampai cawangan seluruh selangor

Ahmad Shuaib Ismail

Dalam Parti Islam SeMalaysia PAS ada baruah ada broker

Bukti jelas

Maka tungu apa lagi

Jelas kenyataan pengakuan dari Presiden Pas sendiri

So

Mari tinggalkan perjuangan Pas !!!

Tunggu APA lagi

Allah dah jelaskan dalam alquran bahawa terdapat golongan beriman sebahagian kitab dan kufur sebahagian

Jelas tahaluf siasi Pas membawa kegagalan

1. Pas gagal jadikan Islam sebagai dasar perjuangan Pakatan rakyat

2. Pkr Dap menolak rancangan pas laksana hudd di Kelantan

3. Pemimpin Dap terus menghina Islam seperti dilakukan terbaru oleh ketua menteri Pulau pinang lim guan eng dalam kenyataan benarkan bukan Islam guna kalimah Allah

Friday, 12 December 2014

Akta hasutan wajib dikenakan keatas ketua menteri Dap Pulau Pinang

Kenyataan KM Dap Pulau Pinang hendak benarkan penggunaan kalimah Allah kepada bukan Islam di Pulau Pinang

Sesiapa wajib buat laporan polis kena buat sesuatu kerana kenyataan LIM bangkitkan kemarahan rakyat

Dengan adakan bantahan besar besaran
Akan wujud ketidakstabilan dalam negara

Buat laporan polis  akta hasutan akta bawah kerajaan Persekutuan ke atas KM lim Penang segera

Kenyataan lim boleh mencetuskan ketegangan antara agama di Malaysia

Ayuh semua ummat Islam bangkit bantah dan heret ketua Menteri Pulau Pinang ke Mahkamah atas dakwaan Cuba cetuskan ketegangan Agama di Pulau pinang malah seluruh Malaysia

Ahmad Shuaib Ismail

Thursday, 11 December 2014

Gerakan nak hapuskan raja raja melayu oleh aktivis PR

Penubuhan Umno pada 11 Mei 1946 oleh semua golongan Melayu Islam kecuali pengganas Islam hizbi dan komunis yang menentang penubuhan UMNO

Jelas dasar perjuangan Umno pertahankan kedaulatan Islam Raja Raja Melayu Bangsa Melayu Bumiputra dan Rakyat berbilang kaum dan Agama

Mari Kita bangkit menentang gerakan Ali Abd jalil ketua aktivis PR  berpusat di Sweeden yang hendak hapuskan Raja Raja Melayu dan menubuhkan negara republik komunis di Malaysia.

Ahmad Shuaib Ismail

Nasihat kepada Ulamak Pas agar kembali kepada perjuangan Islam semula

Nasihat kepada Tuan Guru Haji Hadi Awang Tuan Guru Dr Haron Din Tuan Guru Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok dan semua ahli Dewan Ulamak Pas Ahli Majlis Syura Pas

1. Kembalilkan perjuangan Pas ke jalan Islam ahlu sunnah Waljamaah semula

2. Jangan kalian biarkan Pas terus tenggelam bersama arus politik sekular pragmatik sekular sosialis seperti dakwaan Presiden Pas sendiri

3. Jangan kalian nak terus menanggung dosa depan Allah di hari kiamat kelak kerana kalian membawa Pas ke arah perjuangan Dap PKR yang mana jelas Dap PKR tidak meletakkan Islam sebagai asas perjuangan

4. Perjuangan Islam tertegak atas dasar Dakwah . Sahabat Nabi saw yang Ada Lima ribu makam mereka di madinah Makkah selebihnya 136 ribu sahabat nabi saw mereka bertebaran di merata dunia sampaikan dakwah risalah Islam ke setiap pelusuk alam

5. Perjuangan Islam yang sebenar tiada dalam Dap PKR dan kalian pun tahu sikap layanan Dap PKR kepada ulamak ulamak Pas terutama isu murtad isu kalimah Allah dan lain lain

6. Letakkan dakwah atasi politik . ingatlah surah Albaqarah ayat 120 . dan ingatlah dalam surah alhujarat disebut sesungguhnya orang mukmin ITU bersaudara

7. Kalian lupakah agenda kristianisasi fremason Illuminati Jesuit komunis sosiialis lgbt akan bukan sahaja memusnahkan ummat Islam tapi jamaah pas sendiri

Adakah kalian sedar perancangan mereka ...

8. Adakah kalian sudah lalai dengan politik demokrasi acuan PR sehingga kalian lupa tanggungjawab tegakkan manhaj khilafah pada jalan nubuwwah

9. Adakah cukup kalian dapat kuasa dapat Yb dapat jadi ahli parlimen dapat pencen dalam masa sama anda terus sekongkol dengan Dap PKR

10. Adakah kalian sudah lupa janji Allah sendiri yang Allah akan pastikan Islam selamat ..

Nasihat Untuk diri saya juga

Ahmad Shuaib Ismail
12122014

10 fakta terkini tentang Selangor kena perlu tukar Kerajaan

10 fakta yang rakyat Selangor perlu tahu

1. Manifesto bukan janji .itu yang dinyatakan oleh bekas Menteri Besar Selangor TS Khalid Ibrahim

2. Janji janji kepada IBU tunggal tinggal tunggul .

3. Kelab malam pub Rumah urut berkembang dengan pesat semenjak tahun 2008 dan Pas gagal arahkan kerajaan negeri batalkan lesen menjalankan perniagaan Judi arak Rumah urut sedangkan Pas selalu laungkan takbir Allahuakbar .

4. Cukai cukai bawah Majlis Perbandaran naik sedangkan dalam manisfesto dinyatakan cukai pintu turun 20% .

5. Rumah Rumah dibina oleh kerajaan negeri adalah Rumah ' Mampu Tengok '

6. Pelaburan makin berkurangan masuk ke Selangor sebabkan peluang pekerjaan makin kurang

7. Belanjawan negeri melebihi pendapatan atau belanjawan defisit

8. Masalah penghinaan pemimpin PR selangor sperti Khalid Saman terhadap kuasa Sultan Selangor dan MAIS .

9. Masalah kegagalan kotakan janji janji piliharaya . gagal menggunakan kemudahan majlis perbandaran dalam membasmi nyamuk denggi dan penyakit berbahaya

10. Pembaziran wang cukai rakyat Selangor seperti Gunakan Dana awam membayar gaji penasihat kewangan selangor yang nilai jutaan ringgit dan imbuhan kepada bekas pekerja kerajaan negeri Nilai jutaan ringgit .

Ahmad Shuaib Ismail
11122014

Kerajaan ada kuasa beri kewarganegaraan

Kerajaan Persekutuan ada kuasa dibawah Perlembagaan Persekutuan Untuk mendaftarkan mana mana yang berumur dibawah 21 tahun sebagai warganegara dibawah perkara 15A Perlembagaan Persekutuan

1. Mana mana yang lahir di Malaysia pada tarikh kelahiran automatic menjadi warganegara apabila kedua kedua pasangan adalah warganegara

2. Jika kedua dua pasangan bukan warganegara maka tertakluk kepada kuasa kerajaan berdasarkan persetujuan ibu bapa bukan warganegara Mahupun salah seorang mereka merujuk kepada perempuan adalah warganegara  Untuk mendaftarkan anak menjadi warganegara tertakluk kepada kuasa budi bicara kerajaan persekutuan

Ahmad Shuaib Ismail
LLB Hons  DSLA  MILPW

Pengarah Imigresen ada kuasa batalkan Pasport

Pengarah Imigresen Malaysia dibawah Menteri Keselamatan Dalam Negeri boleh menarik semula passport pada bila bila masa seperti diperuntukkan di dalam undang undang imigresen Malaysia

Lihat di belakang passport antarabngsa saya di ayat no .4

" Pasport ini adalah milik Kerajaan Malaysia dan boleh ditarik bila bila masa "

So senang kan patahkan spin pembangkang kata batal kan passport tiada dalam undang undang dan perlembagaan .

Ahmad Shuaib Ismail
LLB Hons UKM DSLA Syariah Law