Total Pageviews

Tuesday, 16 June 2015

Siri 1 - Ramadhan bersama ASI

#Santapan_Ramadhan bersama ASI post  siri 1 

Syed Qutb,dalam bukunya Maa'lim Fi Al-Thoriq,Petunjuk Sepanjang Jalan.

"Adalah menjadi suatu kewajipan kita untuk tidak membiarkan umat manusia
terus menerus dikelirukan. Kita berkewajipan memberi pengertian kepada mereka bahawa Islam itu bukanlah hanya suatu aliran fikiran atau isme mengenai realiti kehidupan manusia, seperti isme-isme yang lahir sekarang (umpamanya sosialisme,komunisme, kapitalisme dll); sebab Islam bukanlah hanya sekadar suatu sistem yang mengenai realiti manusia sahaja, seperti halnya isme-isme bikinan manusia.

Islam adalah Islam. Islam dengan keperibadiannya tersendiri dan konsepnya yang bebas dan tidak terikat kepada mana-mana jua konsep duniawi. Islam sanggup dan mampu melahirkan suatu realiti yang lebih baik daripada yang diimpikan oleh umat manusia melalui isme-isme bikinan manusia sendiri itu. 

Islam yang tinggi nilainya, yang suci dan murni, terpancar indah dari sumber asli langsung daripada Allah Yang Maha Besar dan Maha Agung."

15/6/2015 ASI 

Awasi taktikal statergi Dapigs isu TMJ - Nazri

Amaran - awasi badan taktikal statergik dapigs yang di ketuai oleh lim kiat siang sendiri dalam isu TMJ - Nazri 

Mereka sedang cuba panaskan isu cuba jadi batu api serta sedang cuba membuat persepsi kononya untuk kaitkan UMNO 

1- kita kena faham agenda dapigs

Bukti hujahan - 

Pejuang aktivis dapigs Ali Jalil terangan hina kutuk kesultanan Johor serta hendak gulingkan kesultanan Johor selama ini tetapi mana pencacai dapigs nak buat perhimpunan bantahan perbuatan Ali Jalil , mana mereka bela sultan Johor mana ada mereka buat demonstrasi bela sultan Johor 

Jadi mereka dapigs gunakan isu Nazri untuk 

1- naikkan kebencian kepada UMNO 
2- persepsi jijik kepada UMNO. 

So - kita kena cantas perancangan dapigs 

2- kita kena jadi pendamai antara kita 

Melayu sama Melayu bermasalah , dapigs tepuk tangan 

3- kita kena tahu taktikal dapigs kepada tiga perkara utama 

- tanam kebencian rakyat kepada UMNO 
- buat fitnah hasutan provokasi Propoganda jahat kepada UMNO 
- perbodohkan rakyat dengan agenda dapigs mereka 


4- waspada taktik jahat dapigs dalam isu TMJ - Nazri sebenarnya masalah yang boleh diselesaikan cara mahabbah kasih sayang - 

Mana mana orang UMNO tak perlu keruhkan lagi keadaan Takperlu nak ambil kesempatan dalam hal ini seperti ambik kesempatan burukkan ds najib pasal kes Nazri 

Ingat - badan taktikal dapigs dipimpin oleh lim kiat siang kepakaran beliau yang lebih 50 tahun bermain politikal warfare dalam politik Malaysia. 

Sekian 

Ahmad Shuaib Ismail 16/6/15 

Monday, 15 June 2015

16 Jun 2015 - pakatan dibubarkan - tahniah kepada Pas dari UMNO bandar baru Bangi

Secara rasmi 16 Jun Pakatan rakyat dibubarkan -berita baik sempena Ramadhan .
Saya Ahmad Shuaib Ismail dari UMNO bandar baru Bangi ucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Guru Haji hadi dan Tuan guru Dr Haron Din serta dewan ulamak Pas kerana  kalian putuskan hubungan Dap buat pakatan hancur dan bubar .

Ahli ahli pas ada sekular - pengakuan dari Presiden Pas sendiri

Tips kepada semua Kekawan - jika cai cai Dapigs tuduh kata UMNO sekular , tunjukkan keratan kenyataan Presiden Pas sendiri mengakui dalam Pas ada ahli Pas yang sekular 

So cai cai takdapat spin lagi ahakss 

Nazri Aziz beri penjelasan isu teguran TMJ

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, kenyataannya terhadap Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim hanyalah untuk mempertahankan institusi raja berperlembagaan supaya terus dipandang mulia.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu berkata, kenyataannya bermaksud jika institusi raja mencampuri urusan politik negara, institusi yang mulia itu akan dihentam oleh masyarakat selain boleh menimbulkan salah faham.

"Kita tidak mahu Raja-Raja Melayu dihentam oleh mana-mana pihak, sebab itu saya kata Raja jangan campur dalam urusan politik sebab nanti orang akan 'whack'
(hentam), itu maksud saya," katanya di lobi Parlimen hari ini.

Sebelum ini, Tunku Ismail telah memuat naik komen pada status di laman Facebook Johor Southern Tigers berhubung dialog 'Nothing2Hide' di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), yang tidak dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas faktor keselamatan. 

Mohamed Nazri yang juga ahli Parlimen Padang Rengas berkata, beliau masih menghormati sistem raja berperlembagaan yang telah sebati di dalam hatinya sejak
sekian lama dan masih mempunyai pegangan agama yang kuat. - Bernama

Menjawab isu Senator Datuk Ashraf wajdi tentang Dap hendak bina masjid

Jawapan kepada ahli Majlis Tertinggi UMNO senator Datuk Ashraf Wajdi 

Saya ingin menjawab kenyataan senator Datuk Ashraf wajdi mengenai isu pembinaan masjid oleh dap dan isu wang haram atau halal dap bina masjid di Kelantan serta isu penghinaan konon terhadap Islam 

1- pertama - adakah dr Ashraf selama ini tidak tahu ramai pemimpin Melayu hidup atas wang keuntungan peniaga Cina dan Fund Fund politik banyak sumbangan dari orang cina ?  

2- pembayar cukai di Malaysia terdiri dari pelbagai agama dan bangsa 

Soalan kepada datuk Ashraf wajdi - 

Kita ambil contoh - ah chong berniaga daging babi 

Hasil perniagaan , Dia bayar cukai pintu cukai pendapatan katakan Rm 1000 
So Rm 1000 masuk dalam akaun LHDN - kerajaan gunakan untuk pembinaan jalan termasuk jalan ke masjid jalan ke gereja jalan ke tokong termasuk sistem longkang 

Ah chong bayar bil air -so hasil syarikat air buat paip sambung sehingga tempat ambil wuduk kat Masjid 

Soalan - apa hukum diatas ? 
Kedua - adakah selepas ini LHDN akan cek semua latar belakang pembayar cukai ? 

3- terdapat negara bukan Islam kerajaan mereka menyumbang sebahagian pembinaan masjid , apa hukumnya 

4- kerajaan bukan Islam bayar gaji pekerja beragama Islam di negara mereka 

Kita ambil contoh negara Singapore - hasil segala cukai tak di asing KAN untuk bayar gaji pekerja Islam rakyat Singapore - adakah gaji itu duit haram ? 

So tak perlu kita marah atau keluar hukum pasal benda ini secara melulu 

Kaji setiap sudut tentang isu dap nak bina masjid 

Bagi saya , tiada masalah dap nak bina masjid hasil sumbangan ahli mereka termasuk dari peniaga Cina bukan Islam - nak cek dari mana sumber mereka bagi , so sama seperti diatas contoh Saya berikan dan bagi  tahu mereka sumber haram tidak boleh dan mereka boleh bagi dari sumber halal dibenarkan dalam Islam 

Jawapan - anda sendiri pikir 

Ok - sekian terima kasih 

Just Pandangan seorang pengamal undang undang 

Sekian ... 

Ahmad Shuaib Ismail  
Peguambela Peguamcara 
Advocates & Solicitors 
16/6/2015 

Cadangan terkini kepada Presiden Pas , dewan ulamak dan majlis syura Pas

Cadangan kepada Presiden Pas , Dewan Ulamak Pas dan Majlis syura ulamak Pas 

1- pecat mana mana ahli pas yang menentang ulamak 
2- ambil alih surat khabar harakah dan letakkan dibawah kuasa penuh dewan ulamak Pas 
3- singkirkan semua ahli pas yang pro dap pkr dari jawatan dalam pas pusat  termasuk jawatan pesuruhjaya Pas setiap negeri wajib pro ulamak 
4- pastikan semua calon Pas pada PRU 14 DUN dan parlimen adalah pro ulamak dan bukannya pro Dap pkr 
5- adakan kerjasama dengan UMNO 
6- berjuang menentang Dap dan dedahkan agenda dap kepada ummat Islam . 

ASI -  15/6/2015 

Sunday, 14 June 2015

TMJ - Nazri : isu Raja sebagai ketua kerajaan dan hak hak rakyat

Fakta dan isu  perundangan dan perlembagaan  isu Tengku Mahkota Johor - Nazri 

Ketua negara Malaysia adalah Yang di-Pertuan Agong dan ketua negeri ialah sultan dan yang di-Pertua 

Perdana menteri hanya menjalankan tugas mentadbir bagi pihak Yang di-Pertuan Agong dan Menteri besar atau ketua menteri bagi pihak sultan dan yang di-Pertuan negeri 

Teguran TMJ dalam isu Forum nothing To hide dan isu Ayahanda Dr Mahathir - Ds Najib adalah hak TMJ selaku tengku Mahkota kerajaan negeri Johor dalam beri teguran kepada sesiapa sahaja termasuk Perdana Menteri 

1 - TMJ tegur Perdana Menteri dengan cara sopan dan berhemah 

2- tujuan TMJ agar kepiminan UMNO bersifat terbuka dalam menjawab isu isu rakyat 

3- tujuan TMJ agar rakyat tahu cerita sebenar isu isu semasa 

4- TMJ bukan kisah masalah ds najib - dr mahathir tetapi baginda kisah masalah rakyat Malaysia selaku beliau seorang bakal ketua yang mewarisi negeri Johor kelak 

Jangan Kan TMJ , kita sebagai rakyat pun berhak tegur perdana Menteri Malaysia mahupun kepimpinan kabinet mahupun kepiminan kerajaan negeri bawah pkr dap selangor pulau pinang Kelantan . 

Kesilapan Ds Nazri Aziz apabila menjawab teguran dengan keluar kata kata yang ada unsur ancaman dan ia jatuh dibawah seksyen 505 (b) Kanun keseksaan 

Kita desak ds Nazri Aziz memohon maaf kepada TMJ segera . 

5- institusi raja adalah pemerintah no 1 kerajaan Malaysia 

Sistem parlimen dan menteri dilaksanakan bagi menjalankan tugas pentadbiran bagi pihak yang di-Pertuan Agong 

6- sistem kesultanan Melayu payung rakyat dan berkuasa sepenuhnya menjaga rakyat Malaysia. 

Sekian 

Ahmad Shuaib Ismail 
Peguambela Peguamcara 
Advocates & Solicitors 
15/6/2015 

Sebelum lawan Dapigs , kenal dulu siapa dapigs

Sebelum kita nak lawan dapigs maka wajib ;- 

Memahami asas politik dapigs iaitu fremason sosialis Illuminati komunis cauvinis sekular 

1- kenal kekuatan dapigs 
2- kenal kelemahan dapigs 
3- kenal kekuatan UMNO 
4- kenal kelemahan UMNO. 

Kekuatan politik dapigs untuk lemahkan perjuangan anak anak Melayu 

1 - ambil kesempatan atas kesilapan pemimpin UMNO - seperti isu Nazri - TMJ dan kelemahan dasar kerajaan - isu penjelasan 1MDB serta kelemahan kredibiliti pemimpin - 
Isu kepimpinan UMNO seperti isu penjelasan tentang gst harga barang kewangan negara mata Wang negara 

2- cara pendekatan mereka 

- persepsi jahat 
- tanam kebencian rakyat kepada UMNO 
- fitnah hasutan provokasi 
- lagakan batu api KAN pemimpin UMNO - krisis najib - dr mahathir 
- cipta gelanggang untuk kelirukan orang UMNO mana isu penting 
- create isu isu semasa bagi orang UMNO leka menjawab permainan mereka 

Kajian kes - GST 

Cara dapigs 

1- mereka spin konon gst adalah dasar cukai baru sedangkan gst gantikan sst sistem cukai lama 

2- mereka main Propoganda gst sistem zalim bagi menarik kebencian rakyat terhadap dasar kerajaan 

Cara mereka - post dalam media massa , ceramah umum , dalam surat khabar mereka , forum dialog awan 

Sekian 

Ahmad Shuaib Ismail 15/6/15 

Memahami stratergi dapigs dalam isu TMJ

Memahami cara terkini  pasukan strategi Dapigs dalam isu TMJ 

Mudah nak faham - dapigs hanya nak main isu dan persepsi jahat tanam kebencian rakyat kepada UMNO. Sedangkan dapigs sendiri sejak bila mereka  hormat institusi kesultanan Melayu ? 

--- ambil peluang kesilapan pemimpin UMNO macam Nazri Aziz 
---cari point lagakan 
--- tujuan mereka sebab mereka tahu tunjang perjuangan umno ialah kedaulatan Islam dan kedaulatan raja raja Melayu jadi bila isu babitkan Nazri Aziz dan TMJ maka mereka teguk air keruh cari peluang kesempatan 

Lagipun dapigs mana Ada isu semenjak ulamak putuskan hubungan dengan dapigs 

Kita buktikan dengan ----

Di mana pencacai dapigs bila 

1- sultan selangor murka isu krisis MB selangor 

2- almarhum sultan Perak dihina dengan beberapa ahli pembangkang sekat laluan almarhum termasuk sembah derhaka oleh bekas MB Perak dari pembangkang 

3- isu pembangkang melakukan biadap dalam DUN Perak 

4- hasutan dilakukan oleh pemimpin pembangkang terhadap institusi raja Melayu sehinga ada pemimpin mereka didakwa 

4- Ali Abd Jalil Seorang pro dapigs menghina sultan Johor so dimana pencacai dapigs pertahankan sultan Johor sehingga sekarang


Kita kena kenal cara statergi pencacai dapigs dan RBA 


Fahamtak ? 

Sekian 

Ahmad Shuaib Ismail 15/6/15