Total Pageviews

Saturday, 29 November 2014

Antara 7 serangan diterima orang Melayu

Antara 7 Serangan kepada orang Melayu datang dari segala arah

Kita kena pandai membaca cara mereka dan sistem mereka

Serangan pemikiran @ teologi

1. Serangan ke atas pegang aqidah

Isu kalimah Allah  dalam bible
Isu kuasa Mahkamah Syariah

2. Serangan dari segi akhlak

Isu liberalisma lgbt comanggo

3. Serangan dari politik

Isu asobiyyah perkauman
Persepsi fitnah

4. Serangan dari mazhab

Syiah  kawarij qadiani

5. Serangan dari mental

Hiburan judi dadah 

6. Serangan dari segi perundangan

Akta hasutan mansuh

7. Serangan dari segi adat istiadat

Kuasa ekonomi perniagaan Melayu
Pertikai hak Istimewa orang Melayu

Friday, 28 November 2014

Ringkas padat hujahan Zulkifli Noordin

http://zul4kulim.blogspot.com/2014/11/warisan-akta-hasutan-tahniah-ds-najib.html?m=1

Ada rakyat mungkir janji pada Najib dan bukan Najib mulakan

Mudah sahaja nak jawab spin macai tak paham siapa mungkir janji

PM Malaysia janji nak mansuhkan akta hasutan pada 2012 tetapi ramai rakyat Malaysia terus menerus  langgar undang undang dan buat hasutan kepada rakyat dengan hina Islam Raja Raja Melayu dan lain lain maka kerana mereka yang mulakan  mungkir janji maka PM kekalkan akta hasutan dengan pindaan menjaga hak agama bukan Islam .

Perumpamaan mudah " Serupa seorang lelaki berjanji akan berkawin dengan seorang perempuan pada 2012 tapi pada 2014 perempuan tersebut curang maka laki tersebut terpaksa batalkan janji akibat kecurangan perempuan bukan atas lelaki itu . "

Ahmad Shuaib Ismail

Persepsi taktikal kejuteraan politik PR pada 2015

Antara Taktikal kejuteraan politik PR pada 2015

1. Mempergunakan isu harga  minyak
2. Menggunakan isu harga barangan
3. Memainkan isu Sabah Sarawak
4. Memainkan isu akta hasutan
5. Pergunakan isu GST
6. Pergunakan isu TPPA
7. Pergunakan isu royalti Minyak Kelantan
8. Isu hudud di parlimen oleh Pas Kelantan
9. Isu Kes liwat Anwar Ibrahim
10. Isu comanggo kalimah lgbt

Kita orang UMNO jangan leka dengan permainan mereka .Kita boleh baca persepsi mereka

Mudah saya nak memahami politik kejuteraan PR

Mereka akan main lagu lama mereka

Ahmad Shuaib Ismail

Kenapa MCA DAP tidak buat laporan polis ke atas vivian

Hujahan balas perundangan ke atas MCA dan DAP

1. Kenapa Kes Vivian hina Islam anda berdua tidak buat laporan polis

2. Kenapa Ali hina raja ketua negeri anda tidak buat laporan polis ?

3. Kenapa melibat Isma anda buat laporan polis

Yang paling best kenapa Dap nak akta hasutan mansuh tapi masih gunakan akta hasutan ke atas Presiden Isma ???

4. Kenapa wujud kumpulan bawa sabah keluar Malaysia anda tidak buat laporan polis

Mudah sahaja nak jawab dan kenal siapa Dap MCA dalam isu melibatkan hasutan keatas hak Melayu hak Islam

Ahmad Shuaib Ismail

Pertikai nama Jalan termasuk kesalahan Akta Hasutan

Siapa pihak yang pertikaikan nama Jalan di KL ditukar nama Raja Raja yang menjadi Yang Dipertuan Agong Ketua Negara Malaysia  adalah termasuk dibawah seksyen 4 akta Hasutan

Isu penukaran nama Jalan

Tindakan YB KJ adalah tepat dan selaras dengan perundangan

1. Hak menukar nama jalan atau nama baru jalan terletak diatas pihak berkuasa tempatan

Kerajaan Dap tukar nama jalan karpal Singh di Pulau pinang so APA masalah nya ?

2. Tindakan DBKL jelas mengikut perundangan dan sebagai mmastikan nama nama Ketua Negara turut dijadikan nama Jalan

3. Sepatutnya semua rakyat bangga kerana nama ketua Negara Malaysia dijadikan nama Jalan Jalan di IBU kota negara Malaysia

Ahmad Shuaib Ismail
Unit Profesional Umno
Jabatan Penerangan Umno Selangor

10 sebab utama golongan muda Tolak Umno

Pendedahan sebenar  .bacalah wahai semua ahli UMNO termasuk Presiden

Saya cerita pengalaman saya yang tidak akan di cerita oleh semua perwakilan termasuk tansri muhyidin sendiri dan Presiden Umno Haji Najib Razak sendiri dalam PAU 14 APA MASALAH SEBENAR UMNO sebab APA golongan muda ramai benci pada UMNO termasuk ramai golongan Profesional tolak UMNO

10 ISU SEBAB APA MAJORITI ANAK MUDA TOLAK UMNO

1. Pertama rasuah. Dan pasal ketirisan  dan seleweng Wang rakyat . skandal Lembu suami ketua wanita UMNO skandal pkz skandal kapal selam libatkan ratusan juta dan lebih 100 skandal libatkan berbilion ringgit kerugian Wang cukai rakyat

2. Isu peribadi majoriti pemimpin UMNO termasuk kebanyakkan menteri UMNO adun ahli parlimen berlagak sombong bongkak termasuk ahli keluarga mereka tayang kemewahan mereka yang mana orang tahu mereka bukan kaya dari kecik tapi sebab bapa emak mereka terima habuan kontrak tender kerajaan

3. Tidak memberikan kebebesan media kepada pembangkang sperti beri ruang 5 jam seminggu pemimpin pas Dap PKR terangkan dasar dan isu semasa termasuk debate terbuka dengan pemimpin BN dalam media RTM TV dan radio kerajaan

4. Kehidupan mewah ahli keluarga pemimpin UMNO ditayang

5. Pemimpin UMNO dari peringkat ketua cawangan sampai peringkat bahagian ke majlis tertinghi  ramai tidak mesra masjid surau  solat jamaah .rakyat memerhati

6. Kegagalan pemimpin MCA mic ppp gerakan dalam perjuangan mereka beri kesan pada UMNO kerana pemimpin dan keluarga mereka pun hidup mewah

2x5 5x2 sama je sikap pemimpin kebnyakkan UMNO MCA mic DLL .

7. Kos sara hidup meningkatntinggi harga barangan makanan harian , isu minyak subsidi , Duit rakyat banyak dibazirkan ratusan billion seperti konsesi tol jambatan bengkok projek gajah putih pkz dan banyak lagi kerugian besar kepada negara

8. Ramai menteri UMNO amat cerdik menjawab isu semasa seperti menteri paling maharaja lawak mega Malaysia iaitu Datuk Hassan Malek ahli parlimen Kuala pilah

9. Sikap liberal dibawa oleh ketua pemuda UMNO dan pemimpin pemuda yang hidup Cara barat dan liberal dengan kemewahan hasil projk tender kerajaan dan kaki main golf sambil runner projek tender komisen .

10. Anak muda taknampak UMNO perjuangan Melayu dan Islam kerana

Rakyat Nampak kehidupan mereka
Rakyat nampak isu murtad isu ribuan anak luar nikah
Rakyat nampak kerajaan Melayu takut sama PR
Rakyat Nampak kehidupan isteri mereka
Rakyat sedar rizab Tanah Melayu terhakis
Rakyat sedar siapa yang halau ke luar orang Melayu dari bandar sejarah buktikan ratusan setinggan kampung Melayu hilang dari Peta malaysia

Sedarlah wahai Presiden UMNO majlis tertinggi perwakilan bahagian semua !

#fahamtak 10 punca perkara diatas ???

Akhirnya ...pada bulan September  2014 . Dato Zein Isma Ismail ketua Penerangan Umno Selangor dan Ds Noh Omar Ketua Perhubungan Umno Selangor  dengan berani menerima mengambil saya dan golongan saya masuk ke dalam perjuangan UMNO selangor termasuk Dato Razali Ibrahim ahli parlimen muar MT Umno  membawa masuk BFF of  Umno  dan insyaAllah peluang diberi Cuba saya gunakan bersama rakan seperjuangan demi parti Umno demi agama bangsa Tanah air

Sekian

Ahmad Shuaib Ismail
28 November 2014

Thursday, 27 November 2014

PM cadang gubal akta baru gantikkan ISA .Isu selesai !

Sebarkan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa PM dengar nadi denyutan rakyat

Akta Isa sedang digantikan dengan Akta Baru Oleh PM

1. PM telah bentangkan kertas putih pekenalkan akta baru termasuk pindaan kepada Akta Sosma dan Kanun Keseksaan seksyen 130 .

2. Akta anti Pengganas sama seperti ISA yang mana wujud penahanan terus kepada sesiapa terlibat dalam pengganas mahupun menyokong

3. Akta baru terpakai kepada sesiapa terlibat dengan kegiatan keganasan termasuk bantuan duit kewangan peralatan latihan maklumat kepada Pengganas dan penahanan dilakukan dengan adil dan berketerengan dengan sumber dan bukti .

4. Jelas PM berjaya menyakinkan rakyat dengan pembentangan kertas putih cadangan di Parlimen Semalam

Semoga Allah lindungi Malaysia dari ancaman pengganas .

Ahmad Shuaib Ismail
271114
Ketua Unit Profesional Umno
Jabatan Penerangan Umno Selangor

Menjawab spin pr mengenai janji mansuh akta hasutan

Hujahan menjawab spin pembangkang isu janji MANSUH AKTA HASUTAN

1. PM bertindak kerana teguran Rakyat. Tiada kaitan PM mungkir janji kerana PM BERCADANG akta hasutan akan dimansuhkan JIKA MENDAPAT SOKONGAN MAJORITI AHLI parlimen serta rakyat Malaysia tetapi majoriti ahli parlimen mahu kekal

2. Apabila majoriti akar umbi rakyat minta akta hasutan kekal maka PM MENDAHULUI RAKYAT

3. Akta Hasutan bukan kuasa PM SEORANG tetapi kuasa 134 ahli parlimen Bn

4. Akta hasutan dipinda dengan menjamin hak agama selain Islam dijaga daripada unsur penghinaan.

5. Ternyata PM MENDAPAT SOKONGAN MAJORITI RAKYAT MALAYSIA AGAR AKTA HASUTAN KEKAL

Ahmad Shuaib Ismail

Cadangan pindaan kepada Akta Hasutan

KENYATAAN MEDIA
Zulkifli Bin Noordin

Saya mengucapkan tahniah kepada DS Najib atas pengumuman mengekalkan Akta Hasutan dengan beberapa penambahbaikan terutama berkaitan melindungi agama Islam didalam PAU pagi tadi.

Ini membuktikan bahawa DS Najib telah mendengar suara hati rakyat bawahan terutama NGO dan orang Melayu.

Langkah ini juga akan memelihara tiang seri negara, dan menjamin kesinambungan keharmonian dan keamanan yang dikecapi selama ini.

Bagi maksud penambahbaikan, selain daripada pengembalian semula ISA atau penggubalan undang-undang preventif seumpamanya, saya mencadangkan penambah-baikan kepada Akta Hasutan dengan perkara berikut:

1. meminda Seksyen 3 (1) (f) Akta Hasutan dengan memasukkan peruntukkan tambahan seperti berikut iaitu:

“Seksyen 3 (1) (f) memperuntukkan bahawa ‘kecenderungan menghasut (seditious tendency) itu adalah apabila ada mana-mana pihak cuba mempersoalkan apa-apa perkara, hak, status, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif mana-mana perkara berikut iaitu (dengan mengekalkan peruntukkan sedia ada) termasuk:

Perkara 3 (Islam agama Persekutuan), Perkara 8 (4) (c) (kedudukan orang asli), Perkara 8 (4) (f) (kedudukan Rejimen Askar Melayu DiRaja), Perkara 11 (4) (penyebaran agama bukan Islam), Perkara 12 (peruntukkan dana bagi institusi Islam), Perkara 121 (1A) (bidangkuasa Mahkamah Syariah), Jadual 9 Senarai II (bidangkuasa Dewan Undangan Negeri dan Mahkamah Syariah dalam hal ehwal Islam) , dan mana-mana undang-undang atau enakmen yang diperbuat dibawahnya”;

2. meminda Seksyen 114 (g) Akta Keterangan dengan peruntukkan ‘Mahkamah hendaklah membuat andaian/rumusan bahawa adalah merupakan satu perbuatan menghasut menurut peruntukkan dibawah Akta Hasutan jika ada mana-mana pihak yang cuba mempersoal, mempertikai dan/atau menghina apa-apa perkara, hak, status, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif berkaitan Bahagian 3, Perkara 152, Perkara 153, Perkara 181, Perkara 3, Perkara 8 (4) (c), Perkara 8 (4) (f), Perkara 11 (4), Perkara 12, Perkara 121 (1A) dan/atau Jadual 9 Senarai II Perlembagaan Persekutuan dan mana-mana undang-undang atau enakmen yang diperbuat dibawahnya”;

3. meminda hukuman bagi sabitan kesalahan dibawah Seksyen 3 (1) (f) Akta Hasutan dengan ‘hukuman penjara mandatori tidak kurang 5 tahun dan tidak melebihi 25 tahun' bagi sabitan kesalahan dibawah Seksyen 3 (1) (f) Akta Hasutan.

Sekian terima kasih.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
04 Safar 1436
27 Nov 2014